Dec 26, 2011

Ku Capai Awan!!

Assalamualaikum..lama sudah tidak tercoret apa-apa di laman ini kan?Rindu membuak-buak ingin menulis pelbagai pengalaman menarik sepanjang cuti ini.

Pengalaman mendaki Puncak Tertinggi Di Asia Tenggara iaitu Puncak Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut. Memang sesungguhnya tidak pernah terlintas dek fikiran untuk menjadi salah seorang pendaki gunung. Walaupun memang meminati aktiviti lasak, namun tidaklah pernah mengidamkan sesuatu yang diluar jangkaan, terima kasih Ya Allah memilih hambaMu yang kerdil ini untuk sama-sama melihat keindahan ciptaanMu. Apabila berada di atas puncak menjadikan daku semakin kerdil.Luas terbentang kuasa Mu mencipta bumi ini penuh dengan keindahan. Benarlah, mengembaralah kalian untuk mencari keagunganNya untuk mendekatkan diri kepadaNya. 

Dalam banyak-banyak pengalaman, teringat semasa menunaikan solat subuh berjemaah semasa menuju ke puncak. Jam menunjukkan pukul 5.20 pagi.Waktu subuh telah pun masuk beberapa minit yang lepas. Perjalanan yang agak penat kerana berlawan dengan kesejukan angin gunung cukup menguji ketabahan dan kekuatan mental serta fizikal. Kadang kala, kaki ibarat membeku berhenti berjalan.Aduhai,berikanlah kekuatan.Hanya zikir-zikir untuk menguatkan rohani. Semasa rakaat pertama, ku sujud menyembahMu terasa amat sayu sekali,tidak pernah terlintas akan dapat sujud di batu sejuk ini di atas Gunung Kinabalu ini. Daku solat duduk berimamkan Ustaz Zakaria, air mata jernih jatuh satu persatu.Cukup sayu,dengan angin bertiup sejuk sekali nyaman terasa.Ku pohon keampunan padaMu dan memohon agar diberi kekuatan untuk terus bertahan agar dapat meneruskan langkah-langkah terakhir sebelum sampai ke puncak yang tidaklah beberapa jauh lagi. 

Alhamdulillah,sujud syukur di atas puncak Gunung Kinabalu.Itulah satu memori yang sukar digambarkan dan sukar untuk diluahkan.Hanya diri sendiri yang dapat menterjemahkannya. Semuanya dengan diri masing-masing apabila sampai ke puncak, hilang terus penat dan lelah mendaki. Selepas mendaki kami menyelam pula ke dasar laut.Subhanallah sungguh cantik di Pulau Mamutik. Dahulunya, Izz Zayani pernah menyelam di Pulau Manukan tapi Pulau Mamutik lebih indah dan cukup memberi kepuasan kepada pencinta kehidupan dasar laut. Terumbu karang yang cantik dan pelbagai spesies ikan yang jinak. 

Ingin juga dikongsi pengalaman menaiki "Paragliding boat' belon yang ditarik oleh bot di atas laut dan di udara. Memang satu percutian yang menarik. Alhamdulillah..syukur kerana menjadi tetamu di Sabah. :) Andai ada peluang, mahu lagi ke sana dengan insan-insan tersayang pula..amin..


Inilah contoh Paragliding best tau! :)

Dec 17, 2011

Menghitung Hari

Tinggal beberapa jam sahaja lagi akan bertolak menuju ke bumi di bawah bayu.Persediaan fizikal mahu pun mental nampaknya kurang sekali.Aduhai,tidak praktis langsung cuma tawakal sahaja kepadaNya.Boleh pula tawakal tanpa usaha aduhai redha sahajalah. Sahabat-sahabat dan pembaca diharap dapat mendoakan Izz Zayani agar sepanjang pendakian ke Gunung Kinabalu semuanya berjalan lancar dan selamat serta yang paling penting dapat menjejak ke puncak Gunung Kinabalu..Tidak sabar rasanya mahu melihat keindahan ciptaan Allah lagi.Pasti terdapat kelainan kali ini.Moga pendakian ini dapat mendekatkan hambaMu ini kepadaMu.Amin....


Seminggu ini terasa hati melayang-layang bagai mahu terbang ke awan..(aduhai ayat sabar jela) alhamdulillah sedang merancang sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup.Moga dipermudahkan jua hendaknya.Penat juga mencari barang-barang terima kasih tidak terhingga kepada Mama dan Abah  ,begitu juga kepada "Mak dan Abah". Kepada insan istimewa terima kasih dan sangat terharu.InsyaAllah


Tahun depan bukanya semester baru pengajian di IPG Kampus Ipoh..Banyak juga perancangan tahun depan.Satu per satu perlu disusun dengan baik, tapi semestinya akan merindui kesibukan dalam berorganisasi namun bersyukur kerana amanah tidak perlu digalas lagi.Terasa sangat banyk dosa kerana tidak dapat melunaskan tanggungjawab dengan baik.. :'( Banyak lagi kelemahan diri yang perlu diperbaiki untuk menjadi seorang guru yang dapat mendidik anak bangsa dengan baik. Alhamdulillah, peperiksaan tidak mendukacitakan..Terima kasih Ya Allah memberi rezeki ini kepadaku,terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang banyak membantu.Terima kasih buat mama abah yang mendoakan anakmu ini. P/s:Kalau macam ini bolehlah kahwin awal!!hehe (yelah tu..ish3) ;)

Dec 5, 2011

Kek Pic ^_^

Khas untuk Shamimi...nie resepinya..Kek Pic..senang je nak buat..semoga rawatan mimie berjalan dengan baik dan diberi kekuatan serta lesihatan yang baik.Nanti boleh kita tukar-tukar resepi lagi..Sayang mimie... ^_^


Bahan-bahan:

300g mentega
250g gula kastor
4 biji telur
250g tepung naik sendiri
100g buah pic (kisar tanpa air)
Cara buat:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu kemudian kacau sebati
3. Masuk tepung dan buah pic yang dikisar kemudian kacau sebati
4. Tuang dalam acuan dan 
bakar pada suhu 170 darjah celcius sampai masak (40-50 minit)

p/s:kek boleh dihias mengikut kreativiti..



Selamat mencuba :)

Dec 2, 2011

Semanis Kurma

Sebelum bertolak ke kampung petang ni,nak mencoret menconteng-conteng sedikit. Tengok-tengok apa yang patut. Hari ini nak cerita tentang "mama dan abah" insan yang amat daku cintai. Pagi-pagi lagi mereka sudah sibuk memotong daging dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak daging masak hitam. Masakan ini merupakan masakan orang Perak. Bagi memastikan masakan ini sedap dan terasa aromanya pemilihan rempah masak hitam yang berkualiti perlulah dilakukan.Kena pastikan cap orang kampung maknanya yang dibuat oleh orang-orang yang telah mahir.

Bukan nak bercerita tentang masak hitam tetapi tentang mama dengan abah.Mereka saling bantu-membantu di dapur. Abah sangat ringan tulang membantu mama di dapur maklumlah sama-sama bekerja maka penatnya turut sama merasa.Anak-anak pun ramai dahla semuanya kuat-kuat makan, masakan mama dan abah lah yang terbaik, restoren mana-mana pun tidak dapat tanding.

Kalau tidak percaya datanglah rumah rasa masakan mama dan abah.(ewah lebih-lebih pula) Mungkin inilah salah satu resepi untuk kekal harmoni dalam rumah tangga. Tipulah kalau tidak pernah bergaduh tapi biasalah gaduh-gaduh sayang.Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri?(bak kata P.Ramlee) ^_^

Macam mana agaknya penerimaan orang lelaki sekarang untuk membantu isteri di dapur?Bolehkah?Dahulunya, suami bekerja tetapi si isteri menjadi suri rumah sepanjang masa. Kini rata-rata pasangan bekerja dan tanggungjawab di rumah masih terletak pada bahu seorang isteri. Mana nak menjaga anak,memasak,basuh baju,basuh pinggan, kemas rumah itulah kehebatan seorang perempuan tetapi untuk memastikan sebuah rumah tangga yang harmoni suami isteri perlulah saling bantu membantu. Ringankan mana yang berat kalau berat sama-sama merasa.Fikir-fikrikanlah wahai kaum Adam. Kalaulah si Adam yang menjadi jantung hati si Hawa seorang yang ringan tulang pasti mendapat markah bonus dan akan disayangi oleh si Hawa. ^^,

Macam mama dan abah, abah tidak segan silu membantu mama di dapur, membansuh pinggan, menyidai kain.haaa...kan manis tu? "Semanis Kurma" Semoga rumah tangga yang mereka layari diberkati hingga ke syurga..amin "sayang mama abah"

Dec 1, 2011

Sedapnya...

Cuma nak ucapkan terima kasih kepada Adik Shamimi kerana bagi resepi puding telur yang sedap..Mudah je cara membuatnya dan rasanya alhamdulillah suka..Memang suka pun puding dan kek.Terima kasih nanti ada resepi upload lagi boleh belajar buat. ^_^

Lembutkan Hatimu

Ku biar kalam berbicara 

Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 

Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku 

C/O : 
Oh Tuhan 
Tunjukkan ku jalan 
Untuk menempuhi dugaan ini 
Teman, maafkan jika ku melukaimu 
Moga ikatan ukhwah yang dibina 
Ke akhirnya 

Aku tidak kan berdaya 
Menahan hibanya rasa 
Kau pergi meninggalkan diriku 
Redhalah apa terjadi 
Usahlah kau kesali 
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi




Bisakah berulang semua ini...huhu 


Nov 30, 2011

SeBaNtaL

Bersyukur kepada Ilahi diberikan beberapa hari untuk merasai batuk,demam dan selesema. Diri ini bersyukur sudah lama rasanya tidak merasai nikmat sakit ini.Kadang kala, pabila larut malam menjelma hidung  daku tersumbat  menyebabkan sukar untuk bernafas.Pada masa ini otak ligat mengimbau kenangan lepas,kenangan bersama sahabat-sahabat yang tidur sebantal iaitu teman sebilikku.

Dahulunya Farahana seorang yang periang dan sangat happy go lucky.Hari-hari dihiasi dengan gelak tawa di bilik.Kemudiannya Noor Haszwani ini pun apa kurangnya,dahulu pendiam sekarang..hihi berjangkit dengan teman sebilik agaknya,sudah pandai mengenakan orang. Walaupun dua insan yang berbeza tapi yang samanya, kedua-duanya diberi ujian yang hebat iaitu "Ujian Kesihatan". 

Wujud juga rasa cemburu kerana daku tahu insan-insan yang hebat dan dikasihi olehNya sahaja yang akan diberi ujian sehebat itu.Jika daku ditempat mereka entah tabah tidak melawan semua itu. Daku sangat bangga dan memuji kekuatan mereka. 

Jika ingin dibandingkan dengan ubat yang ada boleh dijadikan farmasi sudah..Banyak sungguh..Daku yang jarang sakit ini, andai disuruh makan ubat, aduhai..sangatlah malas..kalau boleh ingin sahaja ada yang menyuap terus ke dalam mulut tetapi mereka perlu ikut jadual ubat yang disediakan.

Pernah juga menjadi "jururawat" yang xbertauliah.Mengatur jadual makan ubat.Aduhai sudah sama seperti jadual waktu belajar.Tapi memang daku akui kalian insan yang hebat.Semoga cepat sembuh ya sahabat.Jangan sedih-sedih,pasti ada hikmahnya...Tidak lupa juga kepada adik tersayang Shamimi semoga selamat dalam rawatan kimoterapi..^_^ Semoga diberi kekuatan kepada kalian..amin...

Nov 29, 2011

Tajamnya Sembilu

Masih dalam rupanya luka itu menghiris halus dalam hatimu..Walau berkali dicuba merawat luka itu namun masih sukar,kerna dalam terhunus..Benar,daku pun mengerti sungguh tajam belati yang tertikam.Kalau daku di tempatmu mungkin daku juga persis seperti mu melakukan perkara yang sama.Aduhai,tapi hati ini mengapa kini makin dirobek-robek rasa bersalah.Rasa rindu yang membuak-buak kepadamu.Ketahuilah bahawa hati ini menunggu dirimu kembali seperti sedia kala.Agar kita dapat kembali menyulam erti sebuah kasih dan sayang. 

Tapi daku tahu,sukar bagimu menerima semua ini kerana masakan dulu telah campakmu jauh-jauh tanpa belas kini ingin kembali menagih kasih..Maafkan daku..Namun akan ku cuba mencuri hati itu semampuku.Entah mampu entah tidak dengan hanya berbakikan beberapa purnama.Aduhai..rasa bersalah bersarang di jiwa..rindu padamu terlalu mencengkam jiwa..Entah silap di mana silaturrahim ini terkubur.
Doaku moga kembali dieratkan seperti dahulu.."akak rindu kamu" (jujur setulus hati)

Nov 25, 2011

Tidur-Tidur Ayam

Beberapa malam ini nampaknya tidak dapt tidur dengan lena tidak seperti selalu.Aduhai,bilalah akan tidur sambil diulit mimpi-mimpi indah?(cewah) hehe...
Bukulah menjadi teman setia tatkala mata tidak boleh terpejam..Mungkin banyak yang difikir sehingga tidak dapat melelapkan mata..
Hanya Allah sahaja tahu, betapa gementarnya hati ini.Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar..Kisah lama telahku kuburkan dalam-dalam namun nisannya pasti tampak jua..Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini untuk menghadapi setiap saat dan ketika.amin..
Tapi excited juga semalam walaupun penat pusing-pusing kedai,tesco, barang tidak juga ditemui.Aduhai,memang benarlah barang yang paling mahal di dunia "barang baby dan barang pengantin" siapa setuju?bunga-bunga yang kecil-kecil pun sudah seringgit dua..ish3..maka kepada bakal-bakal pengantin silalah berbelanja dengan berhemah..

Nov 21, 2011

Tamatnya Semester 6

Alhamdulillah..tirai semester 6 ditamatkan dengan Pertandingan Forum Peringkat IPG..Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan kepada pasukan yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan.
Tidak lama lagi, peletakkan jawatan..Alhamdulillah masa-masa dan detik-detik yang dinanti akan tiba..Mendoakan agar tiada lagi kerungsingan,tiada lagi kesibukan dan boleh terus fokus akan beberapa perancangan di dalam hidup..Selamat datang tahun 2012..(berdebar rasanya)

Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan ahli jawatankuasa forum yang banyak membantu..terutama kepada group URUS SETIA..yang sentiasa SETIA...^_^ Tahniah wanie,mimie,ika,nani,zima,salma dan yang lain-lain lupa nama..hee..(maaf ye) atas kerja dan pengorbanan anda...

Sepanjang beberapa hari di maktab dan pulang ke asrama beberapa topik didiskusi bersama roomate...muhasabah diri sebenarnya dan terima kasih juga kepada roomate di rumah..aduhai...kesian tidur kesorangan..rindu pula pada anda..teringat diskusi di bilik...bertuahnya rasa ada sahabat-sahabat sebaik kalian dan yang memahami semoga kalian dimurahkan rezeki dan apa yang diingini dimakbulkan..amin..^_^ moga diri ini tidak tergolong dalam kalangan insan yang riak dan takbur serta golongan insan yang rugi (takut sebenarnya)..semoga memberi pengajaran kepada semua..amin..

Doaku moga segala perancangan berjalan dengan lancar..amin...

Nov 9, 2011

Nikmat dunia yang sementara..

Usai menghantar seorang sahabat karib,terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama. Aduhai bila teringat kata-katanya "lepas nie tidak bolehlah selalu macam nie (tak boleh ronggeng bersama lagi) terasa sayu juga hati ini..Tidak mengapa banyak masa lagi untuk bersama...InsyaAllah.. ^_^ Terasa erti sebuah persahabatan yang terjalin sejak hingusan di bangku persekolahan. kemudian, kembali membuka mata untuk meneruskan sisa-sisa semester yang tinggal.Beberapa hari lagi bakal menjelang hari yang mencabar iaitu 'Peperiksaan'.Kemudian,menghitung hari pula hari yang bermakna..Persediaan langsung diabaikan..Lantaran, menyiapkan tugasan yang entah bilakan siap rasanya.Kadang kala ingin memarahi diri kerana sanggup menerima tugasan tersebut namun, daku insan biasa tidak reti menyatakan tidak kepada insan yang memberi ilmu, terhutang budi rasanya..Kala insan lain sibuk menelaah untuk menyiapkan diri mental dan fizikal menghadapi peperiksaan daku pula sibuk mencari isi-isi penting untuk menyiapkan tugasan-tugasan tersebut. Ya Allah bantulah daku agar diberi kekuatan dan masa yang mencukupi untuk menelaah pula..

Pelbagai perkara yang bermain di fikiran kala ini.Satu persatu...Semoga semuanya dipermudahkan..Aduhai,risau memikirkan mama dan abah di rumah.Moga segalanya berjalan lancar.Mungkin sepatutnya tidak perlu terlalu memikirkan namun sebagai seorang anak perempuan pastinya memikirkannya juga.Otak perlu di set dengan "exam"..bantu..bantu..bantu..jangan tension,tension...huhuhu

Serahkan segalanya padaMu kerana segalanya telah Engkau aturkan...kata-kata penguat jiwa. "Semuanya dalam perancanganNya" amin.......

Oct 29, 2011

Tawan Puncak Gunung Korbu

Alhamdulillah berkat kesabaran,kegigihan dan kerjasama sepasukan pelatih-pelatih IPG Kampus Ipoh telah berjaya menawan puncak Gunung Korbu. Seramai 25 orang pelatih termasuklah SAYA!! ^_^ Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.Subhanallah Allah ciptakan manusia dengan pelbagai kelebihan sehinggakan bejaya menawan puncak tertinggi.Hebat ciptaan Allah...Di atas puncak banyak keagunganNya yang dapat dilihat dan diperhatikan.Subhanallah...cantik...















Oct 16, 2011

Malasnya nk kemaskan barang-barang untuk pulang kembali ke ipoh...aduhai......nak duduk rumah....huhuhuhu....


Nak minta mama tolong kemaskanlah..hihi..saje je buat alasan tak mahu pulang..aduhai......rindu masakan mama nanti....


Tapi perlu pulang jua banyak perkara yang menanti...Semoga semuanya dipermudahkan..amin..

~Masak Memasak~

Di sini Izz Zayani nak kongsi sikit resepi Kek Batik dan Kek Coklat Kukus... ^_^ Sebelum ini Izz Zayani ada bagi resepi kek coklat tapi yang tu bakar kan?kali ini kukus pula...Selamat Mencuba...ehem..ehem... ^^,

Kek Coklat Kukus
Bahan-bahannya:
3 biji telur (dipukul)
1 cawan gula perang
1cawan fresh milk (perisa coklat)
1 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan tepung gandum (dianyak)
3/4 cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik

Cara-caranya:
Panaskan periuk, masukkan minyak jagung,serbuk koko,gula,susu pekat manis, fresh milk,telur dan kacau sebati. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Kacau lagi sehingga sebati, kacau jangan sampai berketul-ketul ya..Kemudian letakkan dalam acuan dan kukus selama 1jam hingga 1 jam 1/2 minit. :)

Topping pula:
1 cawan koko, 1 tin kecil susu pekat manis dan 100 gram margerin. (masak bahan-bahan ini sehingga sebati)

Setelah letakkan topping di atas kek, letakkan kek di dalm peti sejuk untuk disejukkan.Boleh juga dimakan panas-panas. ^_^


Kek Batik Koko

Bahan-bahan:
300 gram biskut marie-dipatah empat bahagian
125 gm mentega
1/2 tin susu pekat manis
4 biji telur
2 sudu makan serbuk koko

Cara membuat:
Satukan mentega, telur, serbuk koko dan susu pekat manis.Kacau rata
Masukkan ke dalam kuali
Kacau sehingga menjadi pekat.
Masukkan biskutmarie
Kacau seketika dan angkat
Letakkan di dalam dulang, padat dan sejukkan.

Selamat mencuba ^_^

Oct 8, 2011

Kerja Gila!!

Mendaftarkan nama dalam Misi Mendaki Gunung Kinabalu merupakan salah satu perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Walaupun gementar dan gerun memikirkan cabaran dan liku-liku sewaktu mendaki nanti namun terus menguatkan hati.

Stamina..stamina...setiap kali berfikir tentang Misi ini. Hari ini sesi latihan yang pertama bermula iaitu mendaki Bukit Kledang.Ha..nama sahaja Bukit Kledang, Mengelembu Ipoh namun ketinggian dan cabarannya sukar untuk diluahkan.Memang penat.....sangat-sangatlah penat dan pancit.

Mendaki menggunakan jalan atau trek tar memang memenatkan tetapi dengan keindahan alam ciptaan Illahi..Sungguh cantik permandangan di sepanjang trek menuju ke puncak. Kami mengambil masa dua jam untuk menawan puncak Bukit Kledang.Alhamdulillah,saya juga tidak ketinggalan dalam menawan puncak tersebut.

Melihat ketinggian puncak yang menempatkan menara Telekom rasanya bagaikan tidak percaya telah sampai ke puncak.Alhamdulillah..tetapi nampaknya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Akan datang perlu mendaki Gunung Korbu...bagaimanalah agaknya..semoga dipermudahkan segala-galanya..amin...

(menunggu para sahabat mengupload gambar) ^_^

Oct 7, 2011

Malam


Setiap saat jantung yang berdenyut 
Setiap minit nafas yang dihirup
Setiap jam detik-detik yang berlalu
Mentafsir rasa

Dibiarkan sahaja bukan kerna terpaksa
Dibiarkan sahaja bukan sekadar suka-suka

Memang runtun kalbu 
Memang pilu menyapa 

Melihat gelap malam yang menyimpan seribu rahsia...

Oct 6, 2011

Rantai Hati

Hamba yang hina dihadapanMu Ya Allah...terlalu memikirkan dunia dan kian hanyut....amanah dan tanggungjawab yang kian dilupakan...dimanakah tempat untuk berpaut......rantaikanlah tiang jiwa dan hati...semoga berada dilandasanNya...




"Apabila da'ie tidak menjaga hatinya, maka rosaklah dirinya,terfitnahlah Islam kerananya dan runtuhlah dakwah di tangannya...Kejayaan dakwah tidak terletak pada kepandaian berkata-kata.Bukanlah juga pada keindahan paras rupa.Bahkan bukanpada pimpinannya yang belum dibentuk sempurna. Tetapi apa yang penting adalah kejernihan hati dan keikhlasan memberi..Maka jagalah hati selalu agar ia selamat dari nafsu yang menipu...."

Ku renung kembali..berkali-kali membaca..ada sinar jernih mengalir....Ya Allah...........

Oct 1, 2011

Sahabat Tersayang

"Kepada seorang sahabat yang disayangi..cepat sembuh ya?"

Walaupun tahu pastinya susah menempuhi hari-hari yang memenatkan dan fizikal yang tidak sihat..Namun kadang kala terasa cemburu juga pada anda kerana anda beruntung Allah berikan rasa sakit itu untuk menguji anda.Bersyukurlah....Pasti ada hikmahnya...tetapi sebagai seorang sahabat yang sangat menyayangi anda, mengharapkan anda cepat sembuh..boleh bersama-sama mengukir hari-hari indah bersama..InsyaAllah...

Cepat sembuh tau... ^_^

Stamina...stamina...

Kini usia telah mula menjengah ke usia dewasa..sekejap sahaja masa berlalu...kalau dahulu masih kuat berlari,kini aduhai..mahu bersiap untuk beriadah pun susah.kalau dahulu ada sahaja aktiviti yang diaturkan tiap-tiap petang, dengan kemudahan pusat gimasium sangatlah menarik minat untuk beriadah. Sahabat karib juga sangatlah memberi galakan. Pastinya boleh dikatakan, setiap petang kami akan berlumba-lumba menyiapkan diri dan beriadah..selepas beriadah..makan..hehehe rutin harian yang sama dan stamina sentiasa dapat dijaga.terima kasih sahabat. ^_^ (walaupun selalu sahaja kalah dengan anda setiap kali pertandingan diadakan..tapi saya berbangga dengan anda yang penting ada tempat dan tak dapat tempat tercorot..hihi

Lamanya sudah tidak beriadah...pagi ini, telah ku niatkan untuk beriadah..dalam hati sebelum tidur semalam, mengingatkan diri agar kuatkan tekad...sebelum mengikuti pendakian nanti,daku perlu tingkatkan stamina..perlu sangat-sangat untuk memaksa diri melakukan senaman.Kalau dahulu ada sahaja sahabat peneman setia untuk beriadah,kini aduhai susah la pula mahu cari yang ingin beriadah bersama mungkin masing-masing sibuk dengan jadual masing-masing. Tapi tak mengapa, semangat dan sokongan padu mereka pun telah memadai.InsyaAllah

Selalunya apabila dikaitkan dengan riadah atau senaman rata-rata menyatakan seseorang itu berniat untuk menurunkan berat badan atau 'diet'. Bagi daku bukan begitu,riadah dilakukan bagi menjaga stamina dan memastikan jantung serta organ-organ dalaman badan terutamanya dan luaran sihat. Apabila semuanya sihat InsyaAllah kita akan hidup dengan ceria.Selain itu, petua untuk menghilangkan stress atau tekanan ialah dengan beriadah atau senaman.

Haa...nak ingatkan...dalam masa beridah tu jangan lupa cover aurat..pakai pakaian yang sesuai untuk melambangakan muslimat.Sudah banyak pakaian sukan untuk muslimat, pakaian renang pun ada untuk muslimat maka tiada alasan untuk tidak menutup aurat..Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat.. ^_^


Marilah kita sama-sama beriadah...hehe (mood bahagia mengimbau kenangan dulu)


Sep 16, 2011

PadaMu Sepenuh Jiwaku

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa yang tidaklah terlalu lama menjadi cukup panjang bagi kami.Aduhai..masing-masing mahu tunjukkan jalan yang betul...akhirnya dengan muka masam dan mulut ibarat muncung itik daku memacu laju kereta membelah jalan raya. Dalam hati "Ya Allah...cepatlah sampai moga sampai ke destinasi yang diingini..." niat hati penuh murni menziarahi sebuah keluarga..InsyaAllah bakal menjadi keluargaku juga akan datang...

Alhamdulillah..sampai juga akhirnya namun ada sedikit kesedihan yang terpendam di dalam hati.Namun...apabila terpandang sahaja wajah-wajah ibunda,ayahandanya dan adik-adiknya buat ku terlupa akan kesedihan yang bertandang di hati..Terima kasih Ya Allah....Kau kurniakan perasaan ini....

Berita itu mengejutkan daku...berderai air mata...kesyukuran...mendoakan agar semua insan yang terlibat dilembutkan hati dan dipermudahkan segala urusan..Doakanlah yang terbaik...InsyaAllah..akan menjadi bunga yang setia pada kumbangnya dengan izin Allah...landaskan cinta itu kerana Mu Ya Allah kerana cinta adalah anugerah teragung daripadaMu..Cinta,kasih,sayang,rindu dan seangkatan dengannya merupakan pinjaman dariMu..Terima kasih Ya Allah.....terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang memahami....^_^

Sep 1, 2011

Syawal Penuh Makna

Syawal..pastinya ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam terutamanya insan-insan comel yang kecil..Teringat zaman dahulu ketika masih kecil, sanggup berjalan sejauh mana pun tak kisah semata-mata mahu mengumpul duit raya..Main bunga api?Main mercun?semua menjadi rutin..kini sudah menjengah usia dewasa hari raya??banyak di habiskan di dapur..(ehem..ehem....xdela pandai masak pun..) ^^,

Namun dalam kegembiraan kehadiran Syawal terasa sayu Ramadhan berlabuh..moga tahun hadapan dapat lagi ku ketemui Ramadhan..(rindu padamu Ramadhan) moga segala amalan diterima olehNya...

Alhamdulillah....Aidilfitri kali ini membawa seribu satu makna...terima kasih kepada semua saudara mara yang jauh pulang beraya di kampung..kemeriahan hari raya masih lagi terasa..Begitu juga buat sahabat handai,jemputlah datang ke rumah..^_^ Buat yang teristimewa,terima kasih kesungguhan itu amatlah dihargai..semoga Syawal ini menjadi titik permulaan bagi dua buah keluarga untuk mengeratkan silaturrahim...Semoga diberkati niat di hati.....amin...

Tidak lupa juga..ampun dan maaf dipinta andai ada silap dan salah terkasar bahasa terguris hati kepada semua yang mengenali diri ini..Maaf zahir dan batin...^_^





Aug 21, 2011

Ramadhan

Air mata jatuh satu persatu..Bersaksikan sehelai kain alas yang menjadi peneman lima waktu sehari kadang kala lebih dari lima waktu bertemankannya..Diselak pula helaian naskah suci...sungguh hati diruntun sayu...Terkenangkan dosa-dosa yang membelenggu diri..Mengharapkan keampunan dariMu..Bulan ini, bulan yang dinanti semua muslimin dan muslimat seluruh dunia andai ada penghuni lain di planet lain yang menganut agama yang sama pastinya sama seperti penghuni bumi yang menantikan kehadiran Ramadhan...

Muhasabah diri, merenung, mengingati masa-masa lampau penuh onak dan duri..Itulah onak dan ranjau kehidupan remaja.Perlu pandai, hati-hati memilih jalan jangan diturutkan kata hati yang penuh dengan hasutan nafsu..Berpegang teguhlah dengan ajaran Allah..yakinlah dengan qada' dan qadarnya.

Sekiranya pernah berada dan sedang meniti hari-hari dengan dosa-dosa maka bertaubatlah..Pintu taubat sedang dibuka luas..Rebutlah peluang dalam bulan penuh nikmat dan barakah ini. Jangan sesekali merasai diri yang berdosa akan terus bergelumang dengan dosa.Jangan mudah berputus asa.. Sesungguhnya hidayah Allah tidak tahu bila akan dipancarkan."Hidayah itu milik Allah" maka kita sebagai hambanya perlu memohon untuk mendapat hidayah itu. 

Hidup ini ibarat roda maka jangan menghina dan mencerca serta mencaci insan yang membuat kesilapan..Namun bimbingilah mereka menuju jalan Nya.Mungkin mereka masih kabur dengan jalan yang sudah terbentang luas di hadapan mereka.Mungkin kini, jalan itu masih tertutup untuk mereka.Maka, pimpinlah mereka membuka pintu jalan tersebut agar sama-sama memperoleh manfaat dariNya. Jadilah insan yang memberi bunga kepada insan lain bukannya duri yang tersembunyi di sebalik keindahan bunga yang mekar berkembang...

Mencari pintu rahmat dariNya..menyesali segala kesilapan...moga lahir kembali menjadi kain putih yang bersih...amin.... :'(

Aug 20, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Minggu-minggu akhir praktikum ini mulalah rasa sedih....aduhai..maklumlah nak tinggalkan sekolah, anak-anak murid yang comel-comel dan memerlukan perhatian..Macam mana la agaknya hari hari persekolahan nanti...
Maka minggu lepas hari jumaat satu statement telah  pun dikeluarkan :

Anak murid: cikgu ada fb?no hp cikgu?
Guru : Minggu depan bermula dari isnin hingga jumaat kamu nak tanya apa-apa pun saya akan jawab.Tanyalah banyak-banyak pun xmengapa..(sambil tersenyum :) )

Entah apalah soalan anak-anak murid akan tanya.InsyaAllah akan cuba menjawab sekiranya soalan yang menepati ciri-ciri soalan yang baik (cewah). Praktikum tinggal lagi seminggu namun nampaknya masih belum boleh honeymoon seperti yang diinginkan.Ya Allah permudahkanlah segala-galanya dalam minggu terakhir ini.Terutama mural yang masih belum bersentuh dan terconteng...Aduhai kuatkan hati untuk mencontengnya..amin...

Banyak pengalaman bermakna yang manis,yang pahit, yang masam, yang tawar, yang busuk, yang wangi semuanya bercampur baur..Yang pastinya terima kasih SK Pengakalan Pegoh banyak pengalaman yang dapat ditimpa di sana.Semoga bekalan ini dapat menjadikan diri ini seorang guru yang baik yang dapat mendidik anak bangsa. (Perlu mencintai profession perguruan ini..sedang cuba menyuburkan kecintaan pada karier ini..moga ikhlas mendidik..amin)

Kepada sahabat-sahabat yang menjadi calon praktikum cemerlang buat yang terbaik ye?Saya doakan kejayaan kalian..Kalian memang hebat moga menjadi contoh kepada diri ini yang masih bertatih untuk menjadi guru yang baik..Kepada roomate tersayang buat yang terbaik,jangan sakit-sakit, jaga kesihatan..^_^
Kepada sumber inspirasi sentiasa menyokong anda,anda memang terbaik..all the best!! ^_^

Maka bermulalah mood hari raya Aidilfitri..namun ramadhan yang kian berlabuh tirainya terasa cukup sayu hati ini..Apalah himpunan amalan dan kekayaan yang telah daku kumpulkan untuk ramadhan kali ini..Muhasabah diri yang kerdil di hadapanMu Ya Allah....Moga segala amalan diterima dan Kau hapus dan gugurkanlah dosa-dosaku yang tidak terhitung.. :'(

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin.............




Aug 14, 2011

Moga Diterima

Bersyukur...baik akhlaknya,baik agamanya, baik tutur kata dan budi bahasanya..pertemuan yang tidak dirancang menjalinkan ukhwah persahabatan...Terima kasih Ya Allah..semakin lama mengenali ruang di hati mula tercambahnya rasa yang sukar ditafsirkan...rupa-rupanya masing-masing menyimpan rasa yang sama..syukur atas pemberianNya..

Keluarga yang baik dan dihormati, keserdehanaan yang diterapkan dan landasan syariat yang dipegang cukup memberi keyakinan dan menenangkan jiwa.Ya Allah sungguh bersyukur..Terasa kerdil untuk menghala langkah kaki jauh ke sana.Banyak persoalan bersarang di hati, adakah diri akan diterima?Kekurangan yang ada mampukah diterima seadanya?Mampukah membawa sinar kebahagiaan?Walau tidak pernah bersua muka, namun gambaran yang itu cukup kuat memberi keyakinan.


Ya Allah arahkan cinta,rindu dan sayang ini tepat pada tempatnya dan masanya,.InsyaAllah...Banyak ilmu yang perlu dikutip dan banyak lagi persediaan yang perlu dititik beratkan..bimbing daku ke jalanNya...Moga diberi peluang dan dipanjangkan nafas ini untuk terus bernafas di bumi Mu Ya Allah..Andai benar jodoh milik bersama mengharapkan keredhaan dan dimurahkan rezeki oleh Mu.

Jul 25, 2011

Ya Allah..

Kilang air mata bagaikan tidak mahu berhenti.aktif sungguh bekerja..satu persatu ayat yang tertulis ku baca penuh penghayatan cuba memahami dan mengerti setiap ayat yang tertacap.Sungguh ditulis dengan jiwa, maka ku baca juga dengan jiwa.

Ya Allah berikan daku ruang untuk berada di sisinya tika gembira dan tika duka..Izinkan daku menjadi sahabat baiknya dan sahabat permainannya tika suka mahu pun duka..

Ya Allah Kau kuatkanlah hatinya..tiupkanlah semangat dalam dirinya dan keluarganya..sesungguhnya balasanMu pada mereka yang redha dengan qada' dan qadar Mu sangatlah besar.

Ya Allah izinkan daku menjadi penemannya..penenang jiwanya dan tempat dia mencurah kasih dan memberi kasih..Walaupun tidak bisa ku lafaskan semua ini..daku tahu kau bisa mengerti..

Tidak ku mahu melihat air mata mu gugur..namun andai itu terapi buatmu..menangislah...biar hilang duka walau sesaat...

Jul 22, 2011

Hikmah..

"Bukan ALLAH itu bakhil..Bukan ALLAH itu kedekut...namun ALLAH menahan sesuatu kepada kamu merupakan satu pemberian sekiranya ALLAH memberi sesuatu kepada kamu mungkin sesuatu hadiah atau larangan kepada kamu"

Allah mengatur sesuatu itu cukup cantik,cukup indah...walaupun kita sebagai seorang manusia kadang-kadang merasai kesukaran namun yakinlah dengan hikmah yang diaturkan oleh Allah..Dia yang Maha Menciptakan kita, maka pastinya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Bersyukurlah dengan nikmat iman dan islam sesungguhnya banyak hikmah dan nikmat-nikmat yang ALLAH berikan dan akan berikan..bersyukurlah dengan apa yang telah kita perolehi.

Ingat, tidak selalunya bumi ini terus dibasahi hujan namun akan tiba mentari muncul berseri bersama pelangi.Syukur dengan nikmatMu dan pemberianMu semoga pemberian dan pinjamanMu ini bukanlah sesuatu larangan untuk kecapi kebahagiaan..Menitis air mata kesyukuran setiap kali memikirkan..Ya ALLAH jangan Kau palingkan hati kami daripadaMu.

Nikmat pemberian dan pinjamanMu ini tak terkata dan tak terlafas oleh ku..Cukup sayang dan banyak nikmat yang Kau berikan..Kesedihan dan mendung yang pernah berarak kini makin hilang, bukan daku tiak redha dengan qada' dan qadar Mu, namun tidak ku sangka pemberian Mu kini lebih berharga..

Terima kasih Ya ALLAH...moga pemberianMu menambahkan kesyukuran ku padaMu dan mendekatkan diriku denganMu kasih utama yang memberi nikmat ini..


syukur padaMu

Jul 11, 2011

Menjenguk Kembali...Sesedap Rasa.. ;)

Hari ini cuti...maka tidak ke sekolah..masih berada di kampung halaman menghabiskan masa-masa menenangkan fikiran yang tidaklah kusut mana pun..^^ Alhamdulillah seminggu sudah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh dan mula menyesuaikan diri dengan keadaan.Mula-mula agak tertekan dengan gerak kerja dan layanan semua pihak namun sekarang sudah faham yang penting ikhlaskan niat.Wahai anak muridku,cikgu masih mencuba untuk memahami anda.Harap bagi kerjasamanya?Semoga pengalaman praktikum kali ini membawa kenangan terindah seperti sebelumnya. ^_^

Sebenarnya nak berkongsi kaedah campak-mencampak bahan dalam bekas or kuali dan jadilah juadah.Ingat nak mencampak pun kenalah ada cara..jangan main campak je..hihi Moh kita belajar cara membuat kek pisang.Senang je. ^_^

Kek Pisang

Bahan-bahan:
(A)
3 biji telur ayam
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak

(B)
1 cawan pisang dilecek
1 sudu teh soda bicabonat
1 sudu teh garam halus

Cara-cara penyediaan:
Gaulkan bahan A dan B sehingga sebati dan naik bau wangi.
Masukkan acuan ke dalam bekas pembakar.
Bakar pada suhu 160 selama 30-40minit
Selamat mencuba. (cara untuk pastikan kek masak atau tidak ialah cucuk bahagian kek dengan lidi bersih hingga ke dasar dan tarik semula lidi,andai tiada bahan yang tertinggal maka kek masak dengan baik jika ada bahan yang melekat maka kek masih belum masak dengan baik) ^_^

Pasta Goreng

Bahan-bahannya:
1 paket pasta 'macaroni'
1/2 kotak susu segar
mentega
1 labu bawang besar
4 sudu tepung gandum
garam secukup rasa
lada hitam
daging cincang
cendawan butang
brokoli
lobak merah

Cara penyediaan:
1. Rebus makaroni dan toskan
2.Panaskan mentega di dalam periuk
3.Gorengkan bawang merah+daging cincang+lobak+cendawan sehingga layu dan berubah warna
4.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat bagi mengelakkan berketul
5Masukkan susu,biarkan sehingga kuah pekat
6Masukkan garam dan lada hitam
7Masukkan makaroni yang telah direbus dan gaul sebati
8Bolehlah dihidangkan..Selamat mencuba...^_^

Jul 4, 2011

Selamat kembali Ke Sekolah

Praktikum fasa kedua kini sudah menjelang...hati,perasaan bercampur baur..tapi rasanya tiupan semangat tidaklah sesemangat praktikum fasa pertama mungkin kerana takut atau tidak tahu bagaimana situasi di sekolah baru ini iaitu Sekolah Pengakalan Pegoh.Macam-macam perkara bermain difikiran tambahan pula bakal mengajar mata pelajaran minor iaitu Pendidikan Jasmani yang bukanlah merupakan bidang kegemaranku maka daku berserah padaNya dan hanya mampu mencuba yang terbaik.InsyaAllah, redha andai apa jua yang berlaku tanamkan niat dalam hati untuk belajar menimba ilmu dan pengalaman menjadi guru.Moga anak murid kali ini dapatku didik sebaik-baiknya.Mulai hari ini,daku perlu buang sejauh-jauhnya pujian dan keadaan di sekolah lama agar daku tidak membanding-bandingkan sekolah lama dengan sekolah baru kini.Tinggal beberapa jam sahaja lagi daku bakal mendaftar di sekolah baru.InsyaAllah datang dengan hati yang terbuka,ingin bertemu anak-anak murid comel yang bakal mencairkan jiwa ini.(Segala yang terbaik cikgu akan cuba tanamkan dalam hati)

Walaupun banyak perkara yang perlu disiapkan dalam praktikum kedua ini seperti penilaian untuk memperoleh manikayu untuk pengakap dan beberapa aktiviti di IPG namun akan cuba kuatkan semangat jua.Ibu bapa dan keluarga serta sahabat-sahabat sering memberi sokongan dan dorongan.Begitu juga insan istimewa yang cukup baik dan memahami..InsyaAllah akan cuba menimba ilmu sebaik-baik dan sebanyak-banyaknya untuk masa depan bersama. Bergiat aktif dalam unit beruniform pengakap bukanlah sesuatu yang diimpikan tetapi setelah sampai ke peringkat ini mula merasakan minta itu mula bercambah.Cukup mengerti bahawa diri ini masih belum layak untuk menjadi pemimpin pengakap kerana banyak lagi perkara yang belum diketahui namun akan cuba menambahkan ilmu dari semasa ke semasa.Mendapat semangat baru setelah tamatnya Kursusu Kepemimpinan Manikayu 3A dan B.Selepas ini beberapa penilaian perlu ditempoh sebelum segala hasrat dan cita-cita tercapai.

(Sudah mengantuk..jom tidur) :)

Jul 1, 2011

Semoga Kau Aturkan Yang Terbaik

Alhamdulillah....mendapat panggilan telefon daripada pengerusi Masjid Al-Furqan berkenaan sewaan rumah wakaf masjid tersebut untuk didiami selama dua bulan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pengakalan Pegoh..hanya beberapa minit sahaja daripada Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh..Ya Allah,permudahkanlah segala urusan kami.Semoga praktikum kedua ini dapat daku tempuhi dengan baik dan daku akan menjadi seorang yang rajin.Amin....(hati sebenarnya sangat-sangat berdebar kerana bakal mengajar subjek Pendidikan Jasmani yang bukan merupakan kegemaranku namun akan ku cuba juga mengerah fikiran ini demi anak murid tercinta)

Hari ini pelbagai perkara gembira yang diperoleh..Bermula pada sebelah pagi melaksanakan BIG ke cameron angat menyeronokkan.Masing-masing sangat teruja melihat keindahan SK Convent Tanah Rata cukup cantik dan tersergam indah di atas bukit.Malar hijau pemandangan di sana cukup mendamaikan.terasa ingin posting di sini tetapi perlu batalkan niat agaknya kerana insan istimewa...^_^ Sabar duhai hati,setahun sahaja lagi.

Pengalaman paling berharga apabila dapat bersama dalam slot bersama guru cemerlang SK Convent ini iaitu Puan Rosnani binti Ghazali yang cukup memukau dan memang layak mendapat anugerah tersebut.Anda memang sangat hebat dan bersemangat serta kreatif.Semoga semangatnya turut dapat ditiupkan ke dalam diri ini untuk menjadi seorang warga pendidik yang berguna.Amin

Seterusnya,sebelah petang pula pertandingan futsal peringkat akhir.Walaupun agak terkilan kerana hanya dapat beraksi selama 3minit namun cukuplah sekadar memperoleh tempat kedua.Sebenarnya tujuan atau objektif utama mengambil bahagian dalam futsal ini ialah bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli JPP dan sekadar suka-suka ingin beriadah tetapi alhamdulillah rezeki menyebelahi kami hingga dapat layak ke pusingan akhir namun tewas 2-0 kepada pasukan lawan.

Minggu ini pelbagai aktiviti bakal berlangsung,semoga tabah dan kuat untuk daku tempuhi.Kepada semua sahabat yang bakal ke praktikum semoga berjaya.InsyaAllah..

Jun 28, 2011

Permulaan Yang Baik

Assalamualaikum..

Lama juga tidak menjenguk di sini, Izz Zayani kini telah berpindah atau menetap di rumah sewa bersama sahabat-sahabat tercinta.Terima kasih sahabat-sahabat yang cukup baik dan melayan Izz Zayani dengan baik semoga persahabatan dan uhkwah ini berterusan hingga ke akhirat sana. ^_^

Ucapan sekalung tahniah atas kejayaan sahabat mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat serta Tahlil sempena memasuki rumah sewa baru ini.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun terpaksa berkejar-kejaran kerana risau barang-barang tidak cukup namun alhamdulillah semua berpuas hati dan majlis dilihat teratur dengan tetamu yang hampir atau lebih daripada 70 orang.Terima kasih kerana sudi hadir pada majlis kami ini.

Kini kaki kembali melangkah dalam alam pendidikan,mulalah episod baru seorang mahasiswa menelaah dan kembali membuntangkan mata melaksanakan tugasan sehari-harian sebagai seorang mahasiswa serta mencuba yang terbaik melunaskan tanggungjawab yang digalas di bahu ini.

Permulaan semester yang baik dengan keputusan peperiksaan yang tidak mengecewakan namun masih terasa banyak kekurangan kerana tidak mampu memperoleh keputusan sehebat sahabat yang lain.Bagi sahabat sekumpulan belajar, Alhamdulillah semuanya mendapat keputusan yang baik.(semester ini kita buat study group lagi)

Dalam semester ini juga satu lembaran baru dibuka,moga hati dibuka luas menerima takdir ini.Takdir apakah ini?Pastinya takdir yang menemukan hati dengan jiwa yang sukar ditafsir.Moga pencarian ini dihentikan di sini moga keredhaan dan restu dariNya dan dari semua diperoleh. InsyaAllah,akan diikat dan disimpul dengan kemas. Semoga apa yang dirancang terus mendapat keberkatan dan dipermudahkan..

Ya Allah,limpahkanlah dan murahkanlah rezeki kami..amin...

Jun 23, 2011

Detik-detik Manis

Alhamdulillah tamat sudah Minggu Pengurusan Pelatih Baru untuk Pengambilan Jun 2011.Pelbagai kenangan manis, pahit dan masam yang dapat dikutip. Terima kasih kepada semua pihak terutamanya sahabat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang bertungkus-lumus menjayakan minggu ini.Begitu juga pihak pentadbiran dan pensyarah pembimbing yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami. 
Bagi sesi kali ini, merupakan sesi yang kesekian kalinya Izz Zayani terlibat dengan minggu orientasi ini.Walaupun dahulunya, memang portfolio yang lain dan kini yang lain namun situasi dan kelainan tetap dirasai.

Entah mengapa kali ini dirasakan cukup bermakna.Terharu dengan layanan baik para pelatih Unit L bukan bermakna unit lain tidak baik namun orientasi kali ini lebih mendekatkan jarak hati dan ruang untuk bersama.Alhamdulillah mungkin kerana niat di hati yang menuju satu wawasan dan kata sepakat.

Ucapan maaf beribu kali bahkan berjuta kali juga ingin Izz Zayani ungkapkan dan lafaskan lagi kerana tidak sanggup ingin mengenangkan kezaliman yang dilakukan demi menjayakan "Lakonan Malam Bersama JPP" pasti akan anda kenang sampai bila-bila. Tidak sangka dapat menepis topi seorang pelatih baru yang disemat cantik dan rapi di atas kepala sehingga jatuh ke tanah akibat "lakonan" tersebut.Astaghfirullah...kembali betulkan niat demiNya.Maaf ya adik-adikku,malam tadi mungkin kerana terlalu menjiwai watak atau sudah lama tidak mengeluarkan suara "singa".Aduhai sabarlah ya?

Hari ini, sesi penutupan merupakan sesi paling bermakna apabila dapat bersua muka sekali lagi dan dapat menerangkan segala-galanya.Alhamdulillah,disambut dengan air mata kegembiraan dan keterharuan oleh adik-adik.Nampaknya,kurang juga beban yang ditanggung dalam hati akibat rasa bersalah yang membelenggu diri.Ucapan terima kasih juga diberikan kerana memberi tunjuk ajar.Alhamdulillah niat kami dapat difahami dan diterima dengan baik oleh mereka.Paling terharu apabila kami dihadiahkan serentang kad ucapan yang ditandatangan oleh semua pelatih baru.Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah.

Hari ini pengakhiran Minggu Pengurusan Pelatih Baru namun merupakan permulaan tapak mereka untuk terus melangkah di bumi IPG Kampus Ipoh ini.Maka tanggungjawab masih digalas berat di bahu kami.Sahabat-sahabat seperjuangan JPP terasa sungguh indah ukhwah yang terjalin dipermulaan semester baru ini harapan hati moga diteruskan jalinan ini jangan ada lagi duri-duri dan ranjau-ranjau dalam diri kita.Jika ada, biarlah yang bisa kita kutip dan redah bersama-sama.InsyaAllah...niat kerana Allah kerana agama...

p/s: Moga dapat mengutip kenangan terindah bersama kalian di penghujung sisa kita bersama dalam kepimpinan ini.Beri tunjuk ajar pada diri hamba yang banyak kekurangan dan kelemahan diri ini.Terima kasih sahabat-sahabatku.^__^

Jun 22, 2011

Bebanan Kian Ringan

Alhamdulillah....kemaafan memang sukar diluahkan, pabila hati sudah dibelenggu dengan hasad pelbagai perkara negatif akan bersarang menyebabkan hati,jiwa serta fizikal individu menjadi kurang baik.
Namun sedarlah perkara dahulu biarlah berlalu, bawalah hati bukalah minda...

Alhamdulillah kini semakin kuat menghadapi ujian dan hati telah mula memadam kisah-kisah duka.Terima kasih Ya Allah..terasa kembali bertenaga dan kembali kepada sediakala.

Ingin mula belajar menjadi diri sendiri, belajar memaafi dan menerima insan-insan lain.Biarlah duka yang dahulunya pernah ada biarkan sahaja kerana redha Allah yang diingini..

Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Maka, untuk memperoleh kehidupan yang lebih sempurna dan ketenangan hati maafkanlah kesilapan dan kekhilafan insan lain.Semoga dengan itu, bila tiba masa kita dihimpit kekusahan atau kita melakukan kekhilafan mudahlah insan-insan lain memaafkan kita pula.

Suburkanlah sifat-sifat mahmudah dalam jiwa untuk mendapat kecantikan yang abadi tanpa perlu berbelanja tinggi untuk bersolek,rawatan muka dan pelbagai lagi. Cukuplah dengan  kecantikan semulajadi yang lahir dari hati. InsyaAllah...

p/s:andai ada salah silap dan kekhilafan diri ini harap dimaafi..InsyaAllah,saling maaf-memaafi..^_^ jangan tunggu raya je nak minta maaf...^^,

Mari Berfikir..

Seusai mengorak langkah pulang,duduk termenung memikirkan diri.Apakah amalanku pada hari ini diterima oleh Mu?Bagaimana solatku setiap kali mendengar azan berkumandang?Bagaimana niatku dalam melakukan setiap pergerakan dan apa jua pekerjaan?Bagaimana istiqamahku dalam beribadat kepadaMu?Bagaimana pengabdianku dalam membantu menegakkan agamaMu?

Allah...air mata menitis mengenangkan kehinaan diri dan kekurangan serta kekhilafan diri ini.Banyak yang perlu diperbaiki.Mengapa sering kali terlalai dengan nikmat dunia?Sedangkan keredhaanNya diakhirat kelak yang diingini.Mengapa sering biarkan hati sesak tanpa nafas mengapa dibiarkan akal terbelenggu dengan persoalan yang tiada penghujung dan belum pasti.Pasakkan keyakinan padaNya kerana padaNyalah jalan utama terbentang luas.

Masihkah esok akan ada nafas buatku yang hina ini?Adakah taubatku diterima dan dosaku diampunkan?Ya Allah daku tidak layak berada di syurgaMu namun daku tidak sanggup berada di nerakaMu..nauzubillah...Berikan hambaMu ini pertunjuk dan redhailah setiap yang daku lakukan.


Jun 18, 2011

Polis Cinta Bertanya "Apa Motif Kita Bercinta?"



Cinta mempunyai motifnya yang tersendiri.Motifnya adalah apakah yang menyebabkan manusia mudah jatuh cinta kepada pasangannya.Ini menjadi latar belakang kepada permulaan kisah cinta pasangan. Apakah faktor yang mendorong, sehinggakan tidak ada manusia lain yang mampu memenuhi ruang hatinya. 


  • Ibnu Qayim meletakkan tiga motif yang membawa kepada cinta manusia yang dipanggil "simpulan cinta":
  1. Simpulan pertama ialah sifat orang yang dicintai dan ciri-ciri fizikalnya.
  2. Simpulan kedua ialah perasaan orang yang mencintai kepada orang yang dicintai.
  3. Simpulan ketiga ialah keserasian yang wujud antara pasangan.
Bertambah atau berkurangnya rasa cinta dalam hati, bergantung pada erat ataupun longgarnya ketiga-tiga simpulan ini. Setiap simpulan tidak boleh kehilangan satu daripada faktor itu.

Dalam ketiga-tiga faktor ini Izz Zayani ingin menyentuh simpulan cinta yang ketiga iaitu keserasian yang wujud antara pasangan. Keserasian yang bermula daripada penampilan fizikal tidak dapat dielak. 

Nabi Muhammad s.a.w menyatakan, harus untuk lelaki melihat wajah pasangan yang mahu dijadikan teman hidupnya, supaya lebih kukuh rasa hati dengan cinta dan kebersamaan kepada gadis yang mahu dikahwini.

Keserasian roh menjamin timbulnya cinta antara pasangan. Berkongsi matlamat hidup yang sama secara langsung mewujudkan keserasian dalam jiwa. Keserasian secara semulajadi mendorong cinta, adalah secocok dari sudut akhlak,persamaan jiwa, dan kerinduan kepada jiwa yang serasi dengannya. Persamaan mewujudkan daya tarikan antara satu sama lain. 

Kata pujangga menyebut, cinta tidak timbul kerana alasan keindahan dan keelokan yang tampak di mata, dengan anggapan tanpa kedua-duanya tiada cinta. Tetapi cinta adalah keserasian jiwa dan tabiat yang secocok. 

Sekiranya cinta diibaratkan seperti manusia yang berhadapan dengan cermin, kita akan melihat cinta memantulkan kembali setiap gerakan yang dilakukan. Keserasian antara manusia dan imej, seumpama cinta dalam diri yang menjadi cermin, memantul kembali imej diri. Setiap satunya sama, serasi bergerak searah.Keserasian selalu menggerakkan jiwa pasangan bagi bertindak dalam gerak langkah yang sama. Adakalanya, apa yang menimpa kepada pasangannya akan turut menimpanya jua. 

Bagi pembaca yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi bolehlah mendapatkan Buku Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa yang ditulis oleh Zamri Mohamad.Buku yang diolah secara santai dan mudah difahami. ^_^ Bercintalah untuk menuju ke alam pernikahan andai bukan pernikahan matlamatnya tangguhkan dahulu. (muhasabah diri)

p/s: (sekadar perkongsian bersama dan renungan untuk diri sendiri jua..semoga mencapai matlamatnya..amin)

Bersawang Sudah Blog ini...

Assalamualaikum

Lamanya rasa tidak menconteng di blog ini..Izz Zayani ni semakin malas ingin menaip nampaknya..Bukan begitu,kekangan masa yang mencemburui dan cara pengurusan masa Izz Zayani yang kurang profesional agaknya.

Esok akan kembali ke IPG Kampus Ipoh yang tercinta..meneruskan pengajian di sana dan aktiviti yang paling memenatkan untuk pembukaan semester baru ini ialah Minggu Orientasi. Masih perlu melibatkan diri rasanya sudah tidak ada hati namun tanggunggjawab perlu diteruskan. (sabar jela) Harap adik-adik junior yang bakal menjadi pelatih IPG Kampus Ipoh kali ini baik-baik belaka kalau tidak memang senior-senior akan berubah jadi singa.

~Catatan sedikit dahulu kira warm up untuk seterusnya..semoga ada kesempatan untuk menulis lagi~ ^_^

Jun 10, 2011

Tuntutan Menutup Aurat

Tersenarai antara dosa utama yang sangat diperjuangkan oleh syaitan ialah aurat selain zina, mengandung anak luar nikah, membunuh dan pelbagai lagi. Ini kerana dengan terbukanya aurat bermulalah cabang-cabang dosa-dosa yang lain.

Maksud Firman Allah SWT:
"Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup daripada (pandangan) mereka, sambil ia berkata: 'Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada(menghampiri) pokok ini melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)." Al-A'raf:20

Tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki mahupun perempuan menutup aurat ialah:


1.Perbezaan dengan binatang
 -Penutupan aurat ditujukan kepada seluruh anak Adam iaitu manusia.Maka sesiapa yang berpaling dari arahan ini, secara tidak langsung menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan akal bagi melaksanakan arahan ini.

2.Agar kaum wanita tidak disakiti
"Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikan misalnya dada,leher dan rambut sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik(jahat) dan yang suka berzina. Kemudian turunlah ayat yang memerintahkan perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara ('afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik." (Syeikh Dr Yusof Al-Qaradhawi)

3.Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam
Sebagai syiar diri sebagai penganut agama Islam. Firman Allah ertinya "...Demikianlah ajaran Allah; dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka termasuklah dia orang yang bertakwa." (Al-Hajj:32)

4.Tanda profesionalisme dalam sistem pemakaian Islam

5.Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah swt.

p/s:Menjaga aurat bukanlah sesuatu yang mudah namun kita sebagai hambaNya perlu sentiasa cuba untuk meningkatkan diri dalam mencari kebahagiaan di jalanNya.Teringat semasa ingin berhijrah menukar jilbab,memang berat..namun atas dorongan sahabat-sahabat alhamdulillah..kini mengharapkan istiqamah yang berterusan. Pemakaian kita kadang kala menjadi perisai pada diri kita sendiri. Didiklah diri untuk berubah sedikit-sedikit kerana perubahan yang drastik yang tidak kekal adalah lebih rugi daripada perubahan kecil  yang baik tetapi berkekalan  "sehari selembar benang pastikan menjadi sehelai kain jua". :)Semoga kita semua di bawah rahmat dariNya. InsyaAllah.

Mendidik bukan mengherdik

Kan comel macam nie? :)


Jun 7, 2011

Main Masak-masak Lagi

Alhamdulillah terbentuk dan tercipta  juga kek kali ini..:) Adun kek dengan penuh kasih sayang barangkali..Walaupun masih terdapat kelemahan kerana bukanlah chef tersohor tapi InsyaAllah akan tambah lagi resepi dalam minda ini...amin..

Jadi untuk perkongsian sahabat-sahabat dan pembaca blog. Cara-cara membuat kek coklat kasih sayang..hihi (ada-ada sahaja ^_^) .

Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 75 gram tepung gandum + 25 gram serbuk koko + Secubit garam = diayak bersama
- 2 ½ cawan krim mentega coklat
- 250 gram coklat buku
- 50 gram planta majerin cair
- 100 gram gula kastor
- 1 sudu besar minyak jagung
- Sedikit kepingan badam
- Coklat urai

1. Telur dipukul bersama dengan gula sehingga gebu (pastikan sehingga agak keputihan)
2. Masukkan majerin cair diselang-selikan dengan tepung dan gaul sehingga rata
3. Sediakan bekas bulat dan alaskan dengan krim minyak. 

4.Tuang adunan dan bakar pada suhu 230˚C selama 30 minit
5. Sejukkan kek, kemudian potong kepada dua lapisan
6. Kedua-dua kepingan kek dilekatkan dengan krim mentega coklat
7. Kemudian salut keseluruhan kek dengan krim mentega coklat.
8. Dinginkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
9. Masukkan coklat buku ke dalam bekas dan cairkan di atas air panas
11. Minyak jagung dituang ke dalam coklat cair dan disejukkan selama 15 minit.
12. Coklat cair tadi dituang ke atas kek.
 
13. Hias tepi kek dengan coklat urai
14. Biarkan kek seketika sehingga coklat menjadi keras
15. Hias kek



~sedia untuk dinikmati : selamat mencuba~




Kek Coklat dah siap