Mar 30, 2011

Pengubat Hati

"Assalamualaikum Cikgu .........!" cara menyampai salam dan salam yang menyapa di telinga ku masih sama. Persis tiada bezanya seperti zaman ku di Sekolah Rendah dulu. Kini daku kembali ke alam sekolah rendah, bukan sebagai seorang murid tetapi sebagai seorang guru, guru pelatih yang bakal menjadi guru dalam masa dua tahun ini. InsyaAllah. 
Pertama kali melangkahkan kaki ke SK Kampong Pasir Puteh, Ipoh. Sememangnya langkahku ketar, tidak dapat ku tafsirkan perasaanku semasa menuju ke pejabat dan senyuman yang saling berbalas-balas dengan warga SK Kampong Pasir Puteh bagaikan kelat di bibirku, perasaan takut yang melingkar di jiwa. 
Alhamdulillah kini, telah semingg dan masuk minggu kedua daku di SK Kampong Pasir Puteh. Memang sebuah pengalaman yang berharga.5 Al-Biruni memang permata hatiku, disebalik pelbagai wajah yang ku lihat, terpendam dan tersimpan seribu persoalan dan keinginan. Setiap seorang latar belakang anak didik ku ku selidik. Allah!!sedih menyelinap di dalam hati..kebanyakan mereka lahir dari golongan yang susah dan mempunyai masalah keluarga. Ku panjatkan kesyukuran pada Illahi kerana melahirkan ku dalam keluarga yang aman dan damai. Walaupun tidaklah berada dan kaya namun daku bersyukur dengan nikmat bahagia yang Engkau berikan kepada keluargaku. 
Tetapi anak muridku?masih kecil masih ada yang tidak dapat mengerti perit gerih kehidupan namun terpaksa menghadapi dugaan berat dariMu Ya Allah..Dari sehari ke sehari dapat ku lihat wajah suram dan muram itu bertukar ceria. Kini bisa tersenyum, gelak tawa anda semua memang menjadi pengubat jiwaku.Allah, tenangnya ku rasakan setiap kali melihat senyuman di bibir kalian.
Ya, Cikgu memang tidak reti untuk marah dan menjadi bengis.Cikgu sukakan senyuman kalian.Namun kadang kala terpaksa juga Cikgu menjadi bukan diri Cikgu.Anak muridku usah pandang belakang lagi, teruslah berusaha menuju kejayaan.Bukanlah nilai A yang menjadi ukuran namun cukuplah menjadi insan yang cemerlang dan berguna untuk diri sendiri,keluarga, agama, bangsa dan negara. Kini, doaku untuk kalian..semoga kalian menjadi insan yang berguna..amin..(menitis air mata mengenangkan keperitan kalian,rumah setinggan itu bukanlah pengukur kecemerlangan kalian.Namun segalanya terletak di bahu kalian) Cikgu sayang kalian.. 

Mar 28, 2011

Satu..per satu...

Ya Allah..bantulah daku..hindarkan daku dari fitnah dunia ini..
Mengapa satu per satu datang tanpa ku pinta..apakan daya daku manusia biasa yang hina dan dina..bantulah daku agar daku dapat memilih yang terbaik dan mengambil jalan yang terbaik.


Ya Allah mengapa Kau hadirkan pelbagai ragam manusia?
Daku hanya ingin yang sejati dan yang hakiki..
Jangan Kau bolak-balikkan hati ini..
Kekalkan hati ini dalam landasanMu..
Sungguh daku rindu untuk menjadi pejuang di jalanMu..


Ya Allah mengapa tiba-tiba diuji begini,sungguh rimas daku dengan semua ini..
Namun ku tahu pasti ada hikmahnya..
Pasti tersirat sesuatu....


Kurniakanlah daku insan yang dapat memimpin ku untuk terus berada di landasanMu...
Walaupun ku tahu tidak layak untuk ku memiliki pahlawan syuhada Mu namun cukuplah yang bisa menegur dan membimbing atau yang sama-sama dapat membimbing menuju redha Mu...


Ya Allah apa semua ini......bantulah hambaMu ini....



Mar 27, 2011

Alunan Nasyid Halwa Telinga Yang Memautkan Hati..alunan yang indah.. :)

Kembali

Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan


Mar 26, 2011

~Cantikkah Kita??~


Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya

Mar 20, 2011

Alhamdulillah Masih Bisa Bernafas..

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan daku peluang dan ruang untuk bernafas di bumi Mu Ya Allah..kejadian petang tadi di tengah jalan raya amat menggerunkan daku. Walaupun hanya beberapa saat dan sempat ku mengelak terpaan kereta tersebut namun tidak terkata apabila kereta biru itu meluru memasuki lorong kereta ku sedang bergerak.Lori depan hampir rebah ke kiri begitu juga dengan kereta ku.Cuma lafas Alhamdulillah sahaja yang dapat ku katakan pabila kereta itu melepasi kereta ku dan daku dan adik ku selamat. Rasanya.mungkin mengantuk pemandu tersebut.Andailah hari ini hari akhir ku??bagaimana ya?(tidak dapat ku jawab persoalan di benak ku itu).

Tetapi, alhamdulillah daku bersyukur kerana esok permulaan kaki ku akan melangkah ke alam praktikum InsyaAllah..Hari ini, pada mulanya agak lucu sebab penuh kereta dengan barang-barang dan beg-beg kami.Macam nak menetap terus di luar. Dalam hujan lebat, saya,kak salma dan ahli keluarga ku sama-sama mencari rumah saudaraku itu. Nampaknya hanya suaminya yang ada kerana saudaraku Kak Haiza bertugas sebagai nurse..tetapi sungguh teruja bila disambut oleh anaknya yang comel si Akmal.."comelnya..pandainya dia..alalalala..."hihi

Namun disebalik keriangan ada juga kesedihan..kerana terpaksa meninggalkan roomate tersayang..Wanie, jaga bilik elok2..jaga diri ya?demam jangan lupa makan ubat.Ija tak ada seminggu nie..(ewah..baru seminggu belum sebulan)huhu...Sedih la nak tinggalkan roomate,entah makan ke tidak..entah gembira ke tak..sedih-sedih..huhuhu :( Jaga diri baik-baik tau!!Kalau rindu, tengok "Rabbit" tau..comel..hihi Maaf lah nak keluar tadi terbuat perkara lucu..Si Kura-Kura pink tu..tak boleh berenggang..tapi segan kat Akmal jadi tinggal je dalam kereta.mungkin karang akan di bawa masuk ke dalam rumah..tapi SEGAN!!!hihi ^^, Kepada Ani,Zura,Alin, Anez..tolong jaga roomate saya!!huhuhu (amanah nie..hihi)

Doakanlah semua ya??moga praktikal ini berjalan lancar...~All The Best Semua~ =)

Mar 19, 2011

Semoga Berjayalah!! :)

Nasihat dah ku beri (sekadar nasihat yang boleh la,habis semua buku-buku daku rujuk,termasuklah seorang insan yang membantu ku pada pagi itu..terima kasih ya :), kita doakan yang terbaiklah buat mereka)..sekarang terletak pada andalah yang melaksanakannya..semoga berjayalah perancangan anda.


Suci dan tulus betul niat anda,semoga buah hati anda akan terbuka hatinya, yang penting paling gembira bila anda nyatakan ayat.."kalau bolah saya nak dia tahu yang saya sayang dia sangat..saya nak dia jadi isteri saya sebab bukan sebab kecantikannya tetapi sebab dia baik"..aduh2..saya yang dengar pun terharu apatah lagi insan tersebut..Semoga berjayalah!!
Semoga berjaya membina masjid dan istana cinta anda akan kekal.. :) 


Saya sebagai sahabat hanya dapat berdoa dan membantu apa yang termampu selebihnya ingat tau Allah..
Bak kata seseorang "Dia kan ada"  (curi ayat orang..hihi)
InsyaAllah yang terbaik untuk anda berdua andai niat itu murni pasti ada jalannya...

Mar 18, 2011

Fitrah Hati dan Perasaan

Sepasang burung terbang di kaki langit..berkicau merdu..deruan angin menderu nyaman "sepoi-sepoi bahasa"..mentari menyinari segenap benua..senyuman terukir indah di bibir-bibir..adakah ini keindahan yang dikecapi insan yang bercinta?
Tetiba jari tangan ini ingin menaip lagi..menjadi doktor cinta?adakah profesion terbaru ku?hihi..daku sebagai seorang hamba Allah yang kerdil ini,hanya mampu memberi kata-kata semangat dan berdoa pada sahabat-sahabat kerana diri ini pun tidaklah sehebat mana dengan cinta..Cinta Illahi yang belum ku temui mungkinkah cinta insan yang mencintai Illahi bakal ku miliki?:( sabarlah hati..
Tetapi nasihatku kepada sahabat-sahabat dan kepada diri juga.."ingatlah perasaan cinta,sayang, rindu dan kasih pinjaman dari Illahi..hanya daripadanyalah perasaan itu tumbuh di hati setiap insan andai tidak bersulam nafsu..maka pintalah pada Dia andai inginkan cinta, sayang, rindu dan kasih di dalam hati seseorang insan terutamanya ibu bapa kita, seseorang insan istimewa,mungkin juga dalam hati anak murid kita nanti..
Berbicara tentang cinta kadang kala membuatku ketawa dan sedih juga terasa....

Mar 16, 2011

Sedarlah Kamu Seorang Guru

Khas untuk semua sahabat yang bakal menjalani praktikum pertama, pelatih semester 5 seluruh IPG Malaysia..pasti semuanya sedang berdebar-debar untuk berpraktikumkan?begitu juga dengan saya.Apa-apa pun marilah kita sama-sama berdoa agar dipermudahkan urusan kita sebulan ini, semoga mendapat pensyarah pembimbing dan guru pembimbing yang benar-benar boleh membimbing kita menjadi seorang guru. Inilah permulaan kita, maka gunakanlah dengan sebaik-baiknya untuk menimba ilmu dan pengalaman yang berharga.InsyaAllah..

Ini kisah baruku, daku pelajar yang tidak pernah tinggal di rumah sewa.Sejak mula daku mendaftar di Maktab Perguruan Ipoh yang kini telah bertukar nama atau dinaik taraf menjadi IPG Kampus Ipoh daku menetap di asrama atau Kolej Kediaman namun untuk memudahkan perjalananku ke sekolah tempat praktikumku daku memilih untuk menetap di rumah sewa bersama sahabat atau partner praktikum ku. Memandangkan perjalanan ke sekolah mengambil masa 40 minit dan memandangkan risiko andai terlewat sangat tinggi.

Gementar juga hati tapi harap semuanya dipermudahkan.Oleh kerana praktikum mengambil masa sebulan, ibu dan ayah ku telah memberikan kata putus agar daku menetap atau menyewa bilik di salah sebuah rumah saudara-maraku. Ikutkan hati ingin menyewa rumah yang tidak berpenghuni, namun sebagai seorang anak perlulah ikuti nasihat ibu bapa kerana yang penting redha mereka. :) (sayang mama,abah..tetiba je).Tidak pernah pun ku kenal sebelum ini saudara maraku itu, memang ada hikmahnya dapat mengeratkan tali silaturahim antara keluarga.InsyaAllah pada hari ahad ini kami akan check in di rumah tersebut.

Kalau tidak silap, Kak Haiza tuan rumah yang merangkap saudaraku ini ada seorang anak yang berusia 2 tahun.Alhamdulillah,dapat juga nanti daku melepaskan rindu pada kanak-kanak.Habislah pipinya akan ku cubit-cubit.hehe Teruja juga bila tahu ada kanak-kanak kecil,sekurang-kurangnya dapat juga hilangkan kerungsingan nanti dengan telatah bayi yang semestinya comel (tak pernah jumpa pun lagi)..

Di rumah pada cuti ini, di samping menyiapkan tugasan yang susah iaitu sintaksis sempat juga bersama sahabat lama mengumpul bahan-bahan untuk ke praktikum.Alhamdulillah,dapat juga berkongsi cerita dan ilmu.Pertanyaan sahabatku..”ija bila nak daftar masuk usrah baru tu?” Allah,sukar betul ingin membuat keputusan,fikirkan naqibah..fikirkan masa dan komitmen diri..InsyaAllah pasti akan mendaftar nanti.amin Terima kasih sahabat kerana sering mengingatkan diri ini. Sejak dulu lagi memang tidak pernah jemu melayan diri ini yang banyak kekurangan diri.

Setelah usia mencecah 22 tahun ini tidak larilah dari bersembang dan tersembang tentang  perkahwinan.Rata-rata para sahabat telah pun punyai pasangan hati masing-masing.Ada juga yang baru sahaja melangsungkan pertunangan mereka pada hari Sabtu yang lepas,tahniah Pali dan Wanie semoga kekal selama-lamanya.Cepat-cepatlah nak makan nasi minyak pula ni.Selepas ini ramailah pula yang akan mengikuti langkah mereka. Tidak lupa juga kepada kakak Wanie (roomate kesayanganku) yang baru mendapat berita gembira iaitu bakal menjadi ibu tidak lama lagi.Semoga 9 bulan yang bakal dilalui oleh kakaknya dpat ditempuhi dengan baik dan mendapat baby yang comel dan sihat. Tapi..daku bila lagi?Ramai yang telah bertanya..tapi sama sahaja jawapanku InsyaAllah tunggulah kad undangan (pepandai je cakap..calon pun tiada lagi)..;) Gembira melihat sahabat-sahabat bahagia dengan kehidupan masing-masing. Cukuplah buat masa ini menumpang bahagia sahabat-sahabat.hihi


*p/s:sabar jela..hihi

Mar 15, 2011

Sanggupkah Berlari Lagi?

Sambil menyiapkan tugasan seperti biasa, tanganku akan sibuk men ‘klik’ blog2 sahabat-sahabat dan artikel-artikel serta informasi yang berada di dunia cyber ini. Tersentuhku tatkala membaca blog yang selalu daku kunjungi..tersentap hati ini buat seketika dan kembali memuhasabahkan diri akan keldinya jiwa ini.

Daku sangat takut untuk berdiri di permulaan kerana bila berada dipermulaan perlu terus berlari. Cuma larian itu, akan menuju penamat atau tetap terkandas di tengah larian? Kerana itu, daku takut ingin mulakan dirian di permulaan itu..takut “pisang berbuah dua kali”..takut rebah dan tidak bias bangun lagi..dulu daku rebah namun daku bangun kembali kerana insan-insan tersayang sekelilingku yang sudi memimpinku bawa daku kembali meneruskan larian. Larian baru yang mengajarku berlari menujuMu Ya Rabb dengan menyingkirkan segalaNya melalui itu hati kembali tenang.

Namun kini…pintu hati ini..bagaikan ada sesuatu yang sedang mengetuk pintu hati ini.Sesuatu yang sukar digambarkan,datangnya secara tiba-tiba tanpa disedari.Sukar ditafsir kerana ianya sukar diucap tidak terucap dengan kata-kata mahupun perbuatan.Tidak terjangkau oleh atma namun ada bisikan di hati. Bagaikan bunga kembali kembang di taman yang dulunya tiada serinya.

Ya Allah,andai ini adalah dugaan Mu buat hambaMu ini pimpinlah daku menuju redha Mu..Usah Kau lalaikan hati ini dengan sesuatu yang bukan diredhai olehMu.Andai ini yang terbaik buatku,tunjukkanlah daku jalan yang terbaik menuju redha Mu..Menangis hati ini mengenangkan rapuhnya hati.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:  Ketika Tuhan memberitahu: Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Ku tambah nikmat yang ada padamu. tetapi, jika kamu kufur, sesungguhnya seksaanKu amat keras”. ( Surah Ibrahim: 7 )







Mar 2, 2011

Minggu Keserabutan Melanda

Semoga dipermudahkan segala urusan pada esok hari.Kejohanan Sukan Tahunan kini menjelma lagi.Banyak perkara yang perlu disiapkan dan perlu semak kembali dalam masa tidak lebih dari 12jam dari sekarang.
Masa berlalu begiru cepat.Bermulanya dengan pemilihan sayap sukan kepada penubuhan organisasi sayap sukan,sukan tara dan kini Hari Kejohanan Sukan Tahunan IPG. 
Rasanya memang tidak banyak menyumbang tenaga walaupun penat juga menjadi "runner" ada je barang tidak cukup pergi beli.Ambil baju t-shirt dan macam-macam lagilah.
Namun yang paling seronok atau tergempar bila diberitahu bendera kejohanan hilang..serabutnya kepala hendak fikir.Manalah nak cari bendera kejohanan dalam masda dua hari.Apa lagi memecut laju sang hijau ku mencari kedai-kedai bukan restoran untuk menempah bendera kejohanan.Pelbagai kedai cuba ditanya dan dirunding semuanya menyatakan jawpan yang menghampakan.Sudahlah baget nak buatnya sangatlah tinggi.Dalam hujan lebat dan kilat sabung-menyabung kami pulang dengan hati yang hampa dan fikiran yang sangat serabut.Seserabut daun-daun yang bertaburan di atas jalanan. 
Tapi kami gagahkan jua kaki melangkah dan seterusnya keputusan diambil kami akan lukiskan bendera kejohanan sendiri.Alhamdulillah,dengan kerjasama sahabat di bilik rehat Blok J terciptalah lakarannya dan terus disambung mewarna di pondok asrama.Alhamdulillah cantik,berseni dan kreatif juga guru-guru ini walaupun ada yang tidak mengambil opsyen seni seperti saya. :)
Tiba-tiba handfhone seorang sahabat berbunyi dan menyatakan bahawa bendera kejohanan telah dipulangkan oleh insan yang menyimpannya.Hati bersyukur namun geramlah juga.tapi tidak mengapalah kerana melihat pada hasilnya tetap kami puas hati..
Esok Kejohanan Sukan,esok juga saya akan bertolak ke BTN bersama lima sahabat yang lain.Rasanya bagai tidak terurus masaku.Dengan pelbagai tanggungjawab yang belum disiapkan.Allah bantulah hambaMu ini,semoga segala yang ku lakukan ini mendapat keredhaanMu..amin..