May 31, 2011

Riadah Bersama Keluarga

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk hidup di bumi Allah ini. Hari ini kepenatan sedikit, esok akan disambung pekerjaan hari ini yang masih belum selesai sepenuhnya. Cuaca cerah hari ini apabila petang menjelma mulalah mengatur aktiviti petang bersama adik-adik.Terasa macam yang sulung pula bila mengarah adik-adik buat kerja. Hari ini aktiviti gotong-royong bersihkan kawasan rumah. (Macam di sekolah pula) Maklumlah sudah lama tidak pulang ke kampung halaman. Maka masa yang ada inilah bolehlah taburkan bakti semaikan budi kepada kedua ayahanda dan bonda tercinta. Mengemas dan membersihkan kawasan halaman rumah yang penuh dengan pokok-pokok tumbuhan kesayangan mama dan abah. Kedua-dua ayahanda dan bonda memang mempunyai hobi yang sama iaitu suka berkebun dan menanam maka rumah pun penuhlah dengan pokok-pokok tidak kira tumbuhan hiasa sehinggalah tumbuhan berbuah.

"Kalau berbakti pada tanah pastikan ada hasilnya" ^_^

Tetapi anaknya ini memang agak teruk sikit, habis pokok-pokok yang dilihat kurang senang di mata akan dicantas dan dipangkas. Buat cepat-cepat sementara tuan punya pokok tidak keluar lagi.Sabar jela..Adik-adik dah mula takut sebab banyak yang dipangkas oleh saya.Tapi nampaknya tidak habis lagi, perlu sambung lagi mungkin esok pula.

Apabila semuanya sudah penat membanting tulang, maka tibalah masa untuk minum petang. Alhamdulillah sempat juga menyediakan puding pic.Masih dalam situasi "saya budak baru belajar" tapi alhamdulillah habis sudah. ^_^

Meh nak kongis resepi kejap je buatnya, mudah sahaja:
~orang tua-tua pesan:tak boleh kedekut ilmu~ ^^,

Bahan-bahan:
1 tin buah pic
90gm gula
20gm tepung kastad
6gm serbuk agar-agar
1 biji telur
500ml air
200ml susu cair

Cara memasak: 
1.Didihkan air bersama serbuk agar-agar sehingga larut.
2.Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga larut.
3.Seterusnya pukul telur bersama tepung kastad dan susu cair. Kacau sebati.
4.Apabila adunan agar-agar telah larut,masukkan pula adunan susu cair dan kacau sehingga hampir pekat.
5.Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai.(jangan lupa masukkan juga potongan buah pic dalam acuan tadi)
6.Akhir sekali, sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

p/s:boleh juga menukar buah lain selain buah pic mengikut citarasa masing-masing.Selamat mencuba.. :)

gambar hiasan sahaja :)




May 30, 2011

Gila NoVeL??

Kalaulah baca buku akademik boleh khatam macam baca novel, bukankah seronok begitu?(fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.) ^^

Baru semalam membelek novel yang dihadiahkan oleh adik.Sesudah makan tengah hari dan berehat-rehat, mulalah membaca novel tersebut. Dari satu helaian ke satu helaian dibaca dengan penuh khusyuk dan penghayatan. Semuanya 441 muka surat banyak kan?Jika buku akademik 200 muka surat pun sampai seminggu baru khatam..

Novel yang bertajuk "Terlanjur Mencintaimu" sebuah kisah yang santai dan menarik. Memang jadi kegemaranlah novel-novel romantis macam ni.Tambahan pula, ada sahaja bait-bait ayat sajak, kata-kata yang menarik perhatian. Kalau tengok muka hadapan novel pun kata-katanya "Cinta itu mudah datang kepada sesiapa yang bersedia menerima cinta" tertarik tak? ^_^  Maka, hanya mengambil masa kurang sehari sahaja saya dapat khatamkan novel ini dan yang paling penting, tidak kehujanan..(yes!hebatkan? ^^) cuma hilai tawa sahaja yang memenuhi ruang rumah sebab kelakar..

Hendak dijadikan cerita, sebenarnya membaca novel ini telah lama saya tinggalkan.Tidaklah tahu mengapa, hobi yang dulunya sangat diminati sejak bangku sekolah ditinggalkan apabila masuk ke menara gading. Entahlah macam tiada "hati" untuk membaca. Bukan menulis sahaja perluakan "hati" membaca pun perlu walhal dalam apa-apa juga perlukan "hati" atau niat. Niatkan lahir dari dalam hati. Kalau dahulu selalu memborong novel di kedai-kedai buku kini, memborong buku-buku resepi (masak tidak juga ^^) dan buku motivasi (dah makin tua agaknya).Namun nampaknya selepas saat ini, minat membaca atau "gila novel" kembali menjelma..Maka tunggulah kehadiranku di kedai-kedai buku berhampiran atau kawan-kawan yang ada novel akan saya pinjam.. :) 

Penutu kata,

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..
Seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu..
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..
Seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..

(karya Kahlil Gibran: petikan Novel Terlanjur Mencintaimu)

*buat insan-insan yang teristimewa terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan positif dalam bidang yang saya minati.^_^*

May 29, 2011

Teater..Adakah Hanya Sekadar Menonton?

Teater Kembang Cempaka Sari merupakan sebuah teater bangsawan yang diadaptasi daripada salah satu sejarah negeri Perak pada satu masa dahulu. Berkisarkan pasaknya ilmu ketuhanan dan keislaman kisah ini digarapkan penuh indah.Bait-bait ayat dialog yang tersusun dan dilafaz penuh keaslian.Terpegun juga mendengar dialog yang pastinya sukar untuk dihafal dan apatah pula ingin dilafaskan oleh para pelakon.Memang hebat penulis skripnya digandingkan pula dengan pelakon-pelakon teater yang memang berbakat besar. 

Dunia teater bagaikan sudah semakin jauh diri diriku namun tidak dapat dinafikan hasrat hati dan keinginan untuk mendalaminya sangat tinggi.Sungguh indah teater Melayu, memang pusaka dan patut disanjung tinggi.

Semasa teater sedang dipentaskan setiap kali usai babak, penonton dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu lama atau lagu asli tradisional oleh para penyanyi yang cukup berbakat.Meremang mendengar gemersik suara mereka..Subhanallah..sungguh syahdu dan merdu..Berbangga juga dengan seorang orang muda yang pandai menyanyikan lagu asli, lihat orangnya biasa-biasa..Bila mula buka mulut menyanyi suara aduhai...sungguh beruntung kerana diberi pendedahan tentang persembahan-persembahan ini.

Walaupun diri ini tidaklah hebat untuk berada di pentas namun harapan hati agar dengan menjadi pemerhati dapatlah kiranya menambahkan ilmu dan pengetahuan tentang bidang teater ini. Teater bangsawan bukan teater yang mudah untuk dilakonkan.Tahniah para pelakon..anda memang hebat.Alunan lagu iringan oleh pemuzik "live" tadi sangat menghiburkan..Tahniah juga buat pengarah teater yang dapat berimaginasi melahirkan teater ini.Akal yang Allah kurniakan sungguh hebatkan..




Tidak lupa juga, ucapan ribuan terima kasih ayahanda Rashidi dan bonda Alyzawati atas layanan yang cukup baik tadi.Masa-masa yang sekejap cuma dirasakan cukup berharga..Sayang kalian..Maaf tidak sempat menjamah juadah hari sudah lewat benar maka perlu segera pulang ke asrama takut andai tidur di luar pagar..^_^

*p/s:hargai budaya bangsa...(moh kita pakat cari ilmu dan pengalaman)

May 26, 2011

LeMah MaTemAtiK

Otak nampaknya semakin berkarat apabila simbol-simbol matematik mula menerjah ke kotak pemikiran.Mungkinkah sebab bakal menjadi Guru Bahasa Melayu? Kalau dahulu memanglah matematik bukanlah salah satu subjek pilihan tetapi boleh lah juga andai nak mengira, mendarab, membahagi masih bisa diconggak tetapi kini??Mungkin kerana rumus-rumus serta fakta-fakta bahasa yang makin sarat dalam fikiran.(aduhai tapi kosa kata teruk juga). 

Nak dijadikan cerita :-
Cikgu A: eh...27minggu tu berapa bulan ye?
Cikgu B: kenapa?
Cikgu A: tak de ni saja nak kira..berapa ye?
Cikgu B:hmm...(berfikir sebentar)..darab...berapa ye?(monolog sendiri)
Cikgu A:berapa minggu ye?
Cikgu B: 27 minggu darab 7..
Cikgu A: 27 x 7??
Cikgu B: lepas tu..jap..berapa ye 27x7?
Cikgu A:jap nak ambil kalkulatur...(27x7=189) kenapa nak kena darab 7?
Cikgu B: seminggu kan 7 hari...lepas tu..
Cikgu A:memandang dengan hairan..kenapa tak bahagi dengan 4 je?sebulan kan ada 4minggu??
Cikgu B: a'a kan...

*terburai ketawa dua orang guru ini..aduhai..lemah sudah matematik....kena beli buku latihan mate ni..^^,



"Awal mula tak kenal nombor..
Nombor tujuh ku sangka cangkul..
Nombor lapan macam cermin mata 
Tapi kini senang belaka..
Ku suka matematik
Ku rindu matematik
Ku sayang matematik
Matematik mudah...." 

-lagu yang seringkali didendangkan di dalam kelas semasa menuntut di Sekolah Kebangsaan Sri Adika Raja, Gerik..- ^_^

May 22, 2011

Sekadar Perkongsian (CINTAKAH??)

Rata-rata orang menganggap cinta itu perlu wujud antara lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumahtangga agar dapat hidup bahagia bila dah berkahwin. Namun Islam menafikan perkara ini. Dalam Islam, hanya perkahwinan yang mampu menghadirkan cinta kerana cinta itu anugerah Illahi pada hambaNya yang menjaga hak2Nya..yang selain dari itu hanyalah tipu daya nafsu godaan syaitan.

Pernah seoarang sahabat bertanya pada saya, “Macam mana nak jalinkan hubungan dengan seseorang kalau cinta tak wujud dalam hati?”

Saya menjawab,”Mudah..melalui cinta Illahi”

“Tapi bagaimana?” sahabat bertanya balik inginkan penjelasan.

“Apabila kita suka seseorang itu demi cinta Illahi, maka cinta Illahi yang akan kita buru..bukan si dia. Apabila rasa rindu pada si dia, kita berdoa pada Allah minta Allah gantikn rindu itu kepada rindu Illahi. Hati kita tak akan resah walau tak berjumpa, tak keluar bersama, malah tak bermesej pun kerana kita telah memburu cinta Illahi yang kita harapkan akan menyatukan dua jiwa ini. Makin hari makin kita cuba untuk dekatkan diri pada Allah, perbaiki akhlak diri kerana kita ingin menjadi pasangan yang terbaik buatnya kelak. Dalam kesibukan kita mendamba cinta Illahi, perasaan kita terhadapnya akan disimpan jauh dalam sudut hati kerana Cinta Allah membaluti perasaan itu.”

“Boleh ke bertahan hubungan tu kalau tak berjumpa?”

“Boleh,insyaAllah. Kerana apabila kita bermujahadah menahan nafsu daripada keluar berdating, selalu kesana sini bersama, Allah akan menjaga kedua-dua hati ini agar perasaan sayang itu kekal sehingga ke gerbang perkahwinan yang akan membuahkan cinta. Inilah yang dikatakan apabila Allah yang menjaga sesuatu hubungan itu, maka segalanya kita sandarkan pada Allah. Walau tidak berjumpa, hati kita tenang & tidak risau akan perasaan si dia terhadap kita kerana kita yakin dengan janji Allah yang menjanjikan rahmat ke atas hambaNya yang menjaga hak2Nya. Kerana cinta kita pada Allah, demi menggapai redhaNya, kita menahan diri daripada keluar bersama-sama dengan si dia dan kerana itu, Allah balas dengan sebaik-baik balasan iaitu kemanisan cinta selepas berkahwin. Inilah cinta yang sebenarnya, tulus lagi suci & diredhai Illahi.”

“Janganlah terpesona dengan cinta nafsu kerana kelak kita akan kehilangan nikmat cinta yang hadir dalam perkahwinan. Ingatlah redha Allah yang kita dambakan untuk mengiringi sebuah perkahwinan bukan kemurkaanNya”



*musahabah diri, moga dibawah redhaNya* 

May 21, 2011

Selamat Hari Guru

Macam dah terlewatkan?tapi nak tulis juga sebab hari ini pergi sekolah jumpa anak-anak murid tercinta..^^ Alhamdulillah..rindu sungguh...Terima kasih anak murid ku..

Terharu sungguh...

*Hari ni rasa rindu pada anak murid sudah terubat, tapi rindu nak balik rumah..Aduhai...satu minggu lagi tinggal tapi nak balik rumah dah rasanya....cepat-cepat nak balik rumah....Rindu sungguh kampung halaman... :'(

May 18, 2011

A.Samad Said

 A Samad Said 

May 15, 2011

Janjejalan Taiping....

Aduhai mungkinkah kerana tekanan yang meninggi atau pun kerana ramai yang pulang ke kampung...idea rakan sebilik terus disokong dan disetujui.Sebenarnya ingin terus ke Gerik menemui ayahanda dan bonda yang tersayang tetapi jauh la pula..jadi keputusan dan haluan ditukar ke Taiping...

Walaupun memang orang Perak tetapi tidak habis lagi kawasan dan tempat-tempat menarik yang dilawati.Maka kiranya,menyambung kembali lawatan yang dahulu.. ^_^ Kura-kura hijau meluncur terus ke Tesco Taiping membeli santapan petang a.k.a makan malam..berhenti di Tasik Taiping makan tepi tasik..romantik kan?Permandangan yang cantik dan menghijau sangat menyamankan..segar..hilang tekanan yang memberat di kepala.Alhamdulillah...terima kasih sahabat-sahabatku memang hilai tawa kalian sangat bermakna..

Safari Night, pertama kali menjejakkan kaki di zoo di kala bulan purnama..hihi Alhamdulillah,seronok juga..terasa ibarat pencinta kehidupan liar dan alam sekitar pula.Namun rasanya kurang puas kerana banyak haiwan yang sudah lelapkan mata tetapi yang penting dapat mensyukuri keindahan ciptaan Allah.Subhanallah cantikkan kejadian makhluk yang Allah ciptakan..terutama manusia maka bersyukurlah..Kura-kura ku meluncur laju menuju ke Alor Pongsu rumah sahabat bagi melelapkan mata. Perjalanan akan diteruskan lagi ke Bukit Merah Lake Town Resort pula.

Mulanya ingin bertolak seawal yang mungkin..tetapi bila matahari sudah meninggi baru bertolak ke Bukit Merah..aduhai, perempuan lambatlah sikit...(yela..hihi) Kura-kura kembali digerakkan meluncur laju dan kadang-kadang perlahan kerana jalannya agak kurang baik..dah macam naik Roller Coster la eja..sabar ye sahabat..hihi Alhamdulillah sampai juga di Bukit Merah.Niat bukan hendak merendamkan diri tapi menuju ke Pulau Orang Utan dan melihat serta mengabdikan kenangan di sana di dalam kamera.

Pertama kali juga jejak kaki di Pulau Orang Utan.Agak sedih sebab tak dapat nak pegang dan sentuh orang utan.Baby orang utan sangat comel.Ada dua orang pelancong yang sangat excited masa tengok baby orang utan.Sampai riuh tempat tu dengan ajukan mereka pada baby orang utan tu tapi apa yang diperkatakan satu patah pun kami tak faham.Hanya senyumanlah yang dapat kami ukirkan.

Menjelang petang sebelum masuk solat Asar kami menuju pulang ke Ipoh.Kejap je kan??

Banyaknya ikan..eii....


cantiknya permandangan

tiket night safari

semangat bagi makan ikan



besarnya mike..garang..


baby orang utan comel!!


awak..nak yang ni boleh?? ^_^ (pada yang berkenaan)

Bergambar kenangan



Al Quran telah banyak menyebutkan di dalam ayatnya bahawasannya Allah SWT telah menciptakan alam ini dalam waktu 6 hari, di antaranya adalah:


ولقد خلقنا السماوات والأرض وما بينهما في ستة أيام وما مسنا من لغوب 

"Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, dan Kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan." (Qaaf: 38)

May 13, 2011

Sabar Duhai Sahabat...Demi MU..

"Janganlah kamu terasa terhina dan janganlah kamu bersedih hati...dan ingatlah kamu tidak akan menanggung bebanan daripada orang lain"

YA ALLAH BANTULAH KAMI DALAM MENEGAKKAN AGAMAMU...
TUNJUKKAN KAMI JALAN YANG TERBAIK..ANDAI INI DUGAAN UNTUK MENDAPAT KEMANISAN DI JALAN MU KAMI REDHA...ALLAH...KUATKAN KAMI SATUKAN HATI KAMI DIJALANMU...AMIN...

May 11, 2011

Kisah Hari Ini

Alhamdulillah dapat berjumpa ayahanda tercinta...:) Makan hari ini kononnya nak belanja adik akhirnya abah yang bayar..bagus punya anak kan?hihi...rezeki jangan ditolak..hihi

Hari ini penat memecut kereta agaknya...dari Giant mencari hadiah istimewa buat kekasih hati..sampai sahaja di Giant, aduhai last stok telah dijual..waaa...sedihnya..macam mana ni nak beli di mana?aduhai sudahlah seorang diri..haaa,padan muka tak nak ajak kawan teman lagi kan dah gelabah..baiklah setelah berfikir-fikir panjang akan ke Tesco pula,manalah tahu ada hadiah tersebut.

Berlari-lari anak keluar menuju ke Car Wash..alahai,tak siap lagi ye?apa..lagi setengah jam?Allah..macam mana ni..terus mengambil troli dan membeli hadiah yang kedua..hadiah pertama KIV dulu.hihi Demi kekasih hati ku yang seorang ini sanggup ku tunggu sanggup ku cari biar pun payah..(ayat nak gempak je kan?) ^_^ Usai hadiah kedua dibalut cantik dan kemas terus menuju ke Car Wash..ambil kereta dan memecut laju ke Tesco pula..(laju k?mungkinlah..)hihi

Di Tesco memang pening cari parking pun xada maka letak je di parking tanpa bumbung..tak apalah kejap je..ambil troli dan terus ke alatan elektrik..wah,alhamdulillah stok baru...cantik...terus ambil-check-bayar-beli pembalut-bayar-pergi customer service-balut hadiah dan pulang. Dalam perjalanan pulang pula,kring..kring..kring..."Fakhrul Celcom" memanggil (macam betul je ringtone macam tu) ^^, terus tukar arah ke KTM pula..

Adik ku yang pertama ini merangkap anak keempat sudah mula cuti sem,seronoknya....aduhai tak sabar nak berkumpul bersama keluarga..kemudian terus menuju ke "Kedai Makan Arifullah" atas permintaan adik sebab kakaknya pernah janji nak bawakan..Nasib baik kedai tu buka hari ini.Makan di sana sambil tunggu ayahanda sampai.

Antara yang kelakar berlaku di kedai makan tadi:
1.Ada classmate yang makan berdekatan dengan kedai..datang dengan muka pelik "mesti ingat makan dengan teetttttt" sabar jela..maka terus kenalkan adik kepada mereka.
2.Lalu, dua orang junior duduk di meja belakang,tersenyum-senyum..aduhai..."buat-buat tanya buat apa kat sana dan terus kenalkan adik" kontroversi juga kalau adik nie lagi tinggi dari kakaknya tapi nampak sangatlah kakaknya ni awet muda...(perasan sungguh) ^_^

*Sedang menanti jawapan buah hati suka atau tidak dengan hadiah yang diberi..."SELAMAT HARI IBU" eh..."SELAMAT HARI MAMA" ikhlas daripada semua anak-anakmu...7 power ranges yang nakal..hihi

May 10, 2011

Maaf Andai Salah Faham

Entah apa yang bersarang di jiwa ini..tiba-tiba muncul rasa mendung hadir.Dari tadi gembira menyelubungi dan gelak tawa bersama sahabat dan adik-adik junior tiba-tiba jiwa dan akal yang kurang waras ini dibawa berfikir akan perkara yang kabur.

Apakah sebenarnya?Sungguh daku tidak faham..Ingin sekali mengendahkan dan membiarkan sahaja perkara itu berlalu kerana rasanya tidaklah sebesar mana..rasanya biasa-biasa sahaja namun mengapa perlu hati ini ditarik-tarik rasa ingin tahu?

Ya Allah andai ada bisikan syaitan jauhkanlah..andai daku tersalah mentafsir maafkanlah..Sungguh daku tidak faham dan tidak tahu apa sebenarnya....

Tunjukkan dan terangkan perkara sebenar agar musnah kegusaran dan rasa bersalah yang mungkin hadir tidak pada tempatnya...maafkan daku kalian... ='(

May 8, 2011

Program Intervensi Pelajar


"Anak mithali menjadi penyejuk mata ayah dan bonda..
sejuk mata memandang perilakunya..
sejuk lagi perut ibu yang mengandungkannya
sejuk hati ayah yang banyak berkorban untuknya.." (Majalah Solusi)

Program yang berlangsung dua hari satu malam ini sedikit sebanyak memberi pengalaman baru kepada saya dan rakan-rakan.Mungkin anda semua pernah menceburkan diri menjadi facilitator namun saya inilah kali pertama menjadi facilitator secara rasmi.Sebelum-sebelum ini hanya membantu rakan-rakan kali ini perlu mengendalikan satu slot 'Terapi Muzik' dan menjadi facilitator bagi kumpulan dua. 

Melihat sahaja muka-muka pelajar seramai 27 orang ini, macam-macam perkara bermain di benak ku. Mereka ini golongan yang mengungguli markah tertinggi untuk Ranking Masalah Disiplin sekolah mereka.Tetapi jauh di sudut hati ku tahu mereka pun pasti ada potensi untuk berjaya cuma nakal sikit, kurang kasih-sayang barangkali..Saya pun nakal juga dulu.. :)

Sebenarnya Cikgu takut juga nak berhadapan dengan kamu semua maklumlah pelajar sekolah menengah..Cikgu tak ada pengalaman handle pelajar sekolah menengah...mula-mula garanglah, walaupun ramai yang gelak dan ada yang cakap muka tak sesuai jadi garang...(baru nak berlakon) tapi langsung tak jadi garang lepas...faci-faci lain gelak dan kata "garanglah sangat"..(kacau mood je)hihi.. 

Tapi adik-adik memang bestlah..sporting..rupa-rupanya kamu semua memang baik,rajin,pandai...banyak yang kamu semua tanya pada akak dan faci-faci yang lain maknanya menunjukkan minat kamu untuk terus berjaya dan nak tahu lebih lanjut tentang sesuatu perkara..Jangan jadikan kisah luka dan duka semalam penghenti langkah anda..teruskan berjuang jadikan kisah semalam pengalaman yang mematangkan untuk berubah menjadi yang lebih baik..InsyaAllah...ingat tau jangan tinggal solat..sayang mak dan ayah..hormat guru-guru..baik dengan kawan-kawan...rajin belajar pasti kejayaan dalam genggaman..yang penting, jadilah insan yang berguna... 



Menikmati Sakit

~Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan "Sesungguhnya para ulama dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau"...

~Maka beruntunglah bagi mereka yang diberi nikmat sakit..bersyukurlah....Apabila seseorang hamba itu bersabar menahan beratnya penyakit tersebut dan rasa sakit yang hebat, itu lebih baik daripada menempuh cara yang akan mengiringinya ke dalam neraka yang menyala-nyala..


Sudah pergi dapatkan rawatan???




makan ubat jangan buat pameran je ubat tu (pandai nasihat orang)


*semoga cepat sembuh ye.....jangan lupa makan ubat* :)