Apr 30, 2011

Beberapa Kisah...

Kembali menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Puteh..niat di hati nak sambung buat mural yang tak habis diwarnakan...gementar sungguh, memikirkan reaksi warga sekolah..semuanya menjadi satu apabila rindu+sedih+gembira+takut..dapat past pelawat bila sampai di pondok pengawal.Pengawal tu pun segan-segan nak bagi sebab kenal kami.hihi Terima kasih dik,kami bukan orang jahat-jahat..^^

Sampai di pejabat, di sambut oleh Guru Besar.."Amboi, datang lagi?Rindu kat sekolah ye?"sambil tersenyum."A'a..rindu dan nak sambung mural yang xhabis lagi tu"malu juga jawab begitu..tapi memang itulah niat ye...Sambil menyelam minum air,maka mestilah pergi berkunjung ke Kelas 5 Al-Biruni..belum sempat masuk ke kelas telah ditarik oleh murid-murid.."Yei..Cikgu datang!!"..Jam menunjukkan pukul 11.50 dah masa loceng balik berbunyi.."Cepat..dah boleh balik..cikgu nak salam dengan cikgu dulu"..Tersenyum saya..datang pula seorang pelajar perempuan.."Cikgu untuk cikgu"terharu sebab nampak dia berkejaran ke KOOP membeli bunga tu...sabar hati jangan nangis.."Cikgu, hari tu xsempat nak bagi hadiah..ambil la cikgu" seorang pelajar lelaki yang sangat nakal."Aik...awak bawa hari ni k?Mana tahu saya nak datang hari ni?"pelik bin ajaib la...

Jawapan murid lelaki itu:" Tak ada lah cikgu...saya memang bawa hadiah ni hari-hari ke sekolah..saya simpan dalam beg..bila cikgu datang, saya akan bagi pada cikgu..hari ni kan cikgu datang jadi nie untuk cikgu..hari-hari saya tunggu cikgu datang"aduhai...terima kasih ye?sangat-sangat-sangat terharu..

Terima kasih zul


JaLaN-JaLaN Di TaIpInG

Walaupun agak lama juga telah berlaku peristiwa ni tapi nak cerita juga..pergi rumah Penjaga masa kecil-kecil ku.."pah long..eja sayang pah long"..pergi rumah mak angkat..pergi makan durian..nie jalan-jalan cari makan juga.. bersama Cikgu Salwa, Cikgu Siti Fatimah, Kak Salma(partner praktikum) dan saya..








Eja saaayang pah long..nnti eja pergi sana lagi ye?:)



Mak angkat... :)


Makan sampai kenyang..tangki perut dah full nie..huu




Sulaman

Senyap menyusup ke dalam jiwa
Rasa halus  sukar dimengerti
Bagai jarum... tajam menyisip kain 
Terukir indah tiada tafsiran

Pancaindera tidak bisa membaca
Kerna yang tersulam di dalam jiwa
Dibiar sahaja jarum tersisip
Mencipta sulaman bunga ilusi

Kain terus membalut jiwa
Tiada tertafsir sulamannya
Lidah membisu kelu
Realiti masih belum terpamer
Pegang kuat benang di jarum
Jangan terhenti sulaman jiwa






Apr 29, 2011

Temasya Sukan G3 :)

Banner Cantik XXX??



Amali Sukaneka ini perlu dikendalikan oleh setiap pelatih yang mengambil subjek Pendidikan Jasmani Semester 5. Begitu juga dengan unit G3 yang dibimbing oleh Encik Saiful Bahri bin Mat. Dengan memilih tajuk, “Temasya Sukan G3” dan kostum pelbagai jenis binatang maka amali ini dilaksanakan bagi memenuhi  jam kredit dalam subjek pengurusan dan pentadbiran sukan. Dapat dilihat setiap kumpulan telah bersiap sedia dan bersemangat dalam melaksanakan sukaneka masing-masing. Terdapat empat rumah sukan yang bertemakan binatang iaitu harimau, ulat, arnab dan lebah.



Pada 27 April 2011 telah diadakan sukaneka bagi unit G3 yang diberi nama Temasya Sukan Unit G3. Temasya Sukan yang julung kali diadakan ini menuntut pengorbanan dan komitmen yang tinggi dari setiap ahli unit G3. Bermula dengan mengambil peralatan sehinggalah semasa aktiviti berlangsung dan selepas aktiviti semasa sesi mengemas lokasi dan peralatan yang digunakan.

Pensyarah pembimbing













Tepat jam 7.15 pagi semua ahli telah berkumpul untuk  mengambil  barang daripada stor sukan dan mula menyusun di tapak yang telah dipilih. Oleh sebab berlaku kekangan dan masalah lokasi terpaksa ditukar namun atas semangat kerjasama dan bantu-membantu yang tinggi semuanya dapat diatasi dengan baik. Kawasan sukaneka dihias cantik dan menarik bersesuaian dengan "Temasya Sukan G3".

Temasya sukan dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen yang mengambil bahagian iaitu kumpulan lebah, ulat, arnab dan harimau. Setiap kumpulan dilihat sangat bersungguh-sungguh dan kreatif dalam penyediaan kostum serta hiasan kumpulan masing-masing. Dengan sikap positif beginilah pastinya dapat melahirkan seorang warga pendidik yang berdedikasi dan cemerlang. Semasa temasya sukan dilaksanakan, Pensyarah Pembimbing kami iaitu Encik Saiful Bahri bin Mat menilai kami. Perasaan terharu dan bangga lahir di dalam hati kepada pensyarah pembimbing kerana sanggup meluangkan masa bagi menilai kami dan di atas setiap tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami.







Setiap pasukan melaksanakan tugasan dengan baik iaitu bagi kumpulan Arnab melakukan sukaneka yang bertajuk “Lempar Saja Selipar Itu” diikuti oleh kumpulan ulat iaitu “Pukulan Ali Yakin”, kumpulan Lebah “Bola Swing Over The Rainbow” serta yang terakhir ialah kumpulan Harimau iaitu “Serangan Lanun”. Setiap sukaneka yang dilaksanakan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. 

Antara kekuatan yang dapat dilihat ialah setiap kumpulan mengikuti aspek yang telah ditetapkan dengan baik. Sukaneka yang dimainkan juga mengambil kira aspek-aspek yang telah ditetapkan iaitu keselamatan, lokasi dan pelbagai lagi. Para pengendali sukaneka juga dilihat mahir dan faham akan sukaneka yang mereka kendalikan. Selain itu, para ahli kumpulan yang terlibat juga menunjukkan kerjasama dan semangat kesukanan yang tinggi. Sepanjang sukaneka berlangsung tiada sebarang kecederaan dan aspek keselamatan amatlah dititik beratkan. Walaupun terdapat kemalangan kecil seperti terjatuh namun kemalangan ini tidak melibatkan kecederaan yang serius. Pelatih juga dilihat sangat gembira dan berpuas hati dalam setiap sukaneka yang mereka ceburi. Semua ahli G3 sangat aktif dan ini memudahkan pengendalian atau melancarkan acara sukaneka tersebut. Macam kanak-kanak ribena pun ada..^^,

penentuan juara baling selipar..harimau juara!! :)













Kesimpulannya, melalui sukaneka ini terdapat pelbagai perkara yang dapat diambil antaranya terdapat kelemahan dan kekuatan serta terdapat juga nilai-nilai murni yang dapat diketangahkan. Alhamdulillah..sukaneka ini dapat berjalan dengan lancar dan berjaya. Setiap ahli unit G3 berpuas hati dan tiada berlaku sebarang unsur negatif ^^, kerana semangat kesukanan yang tinggi yang wujud dalam diri setiap individu maklumlah cikgu PJ kan? 

p/s:alhamdulillah...akan datang boleh buat lagi ye??gambar cikgu-cikgu ribena IPG IPOH...





Apr 25, 2011

Amali Gerko

Alhamdulillah lepas satu ujian..amali Gerko Olahraga yang berlangsung pada pagi tadi.Bermula jam 8.00pagi sehingga 9.30 pagi..

Tapi lewat sampai ke padang sebabnya terpaksa bekejar ke board jpp ada penambahan dan penambahbaikkan.Aduhaiii..dalam 30orang yang lalu dalam 3orang jela yang puji yang lain macam-macam kritikan dapat..ada yang cakap.."ha...tula lambat lagi buat" aduhai..sabar jela kawan-kawannye??kita sahaja yang tahu segala-galanya..peruntukan tidak diberi mengomennya mengalahkan duit seribu ringgit melayang diberi..tapi apa-apa pun Good Job kawan-kawan...akhirnya,hari ini kan dah dapat pujian membina.."Cantik board jpp anda,nanti ada masa tambah lagi ye?liminate mana yang patut bagi lagi timbul"alhamdulillah..bukan mengharapkan pujian tetapi cukuplah penghargaan untuk meningkatkan lagi semangat motivasi kami..huhu :(

Kemudian, berlari-lari menuju ke padang untuk sesi amali jam di tangan sudah menunjukkan pukul 8.10 pagi.sabar jela..pandang pensyarah-pensyarah PJ dengan muka tersenyum-senyum kambing sebenarnya takut dan malu..boleh pula datang lambat masa amali..aishhhh!!!sabar jela nasib baik berempat lambat kalau sorang-sorang mahunya kena baling dengan starting block tu..hihi

Kawan-kawan kelas sudah mula mencuba starting block..aduhai..nombor giliranku sudahlah yang keempat..memang cepat-cepat mengambil tempat mencuba starting block..Alhamdulillah ujian pertama larian seratus meter berjaya diharungi dengan...entahlah baik atau tidak..sebabnya lari je menggunakan teknik yang diajar iaitu fasa permulaan,perkembangan dan penamat..moga molek-moleklah markahnya.Tiba pula ke ujian yang kedua iaitu lontar peluru.aduhai..lecture ye sudahlah tegas hanya satu percubaan sahaja yang diberi..bila nama yang keempat dipanggil maka perlulah membuat lontaran pelurunya...huhu (memang tak puas hati tapi dah cuba kan?tidak mengapalah..redha je dengan markah walaupun sudah tahu tahap yang diberi oleh lecture..sabar jela..huhu)

Ha..ujian ketiga ialah lompat jauh..dalam hati bulatkan tekad..lepaskan tension di stesyen akhir nie setelah tidak berpuas hati dengan markah di bahagian lontar peluru mungkin pensyarahnya moodnya kurang baik agaknya maka semua yang diujinya mendapat markah yang kurang baik..atau mungkin itulah tahap kami..Di bahagian lompat jauh perlu menjadi orang yang pertama sebabnya nak mengejar Karnival Inovasi dan Kreativiti yang diadakan di IPG Ipoh ini..Peringkat IPG Ipoh dan dirasmikan oleh Reaktor IPG Kementerian Pelajaran Malaysia Dato' Dr, Haili bin Dolhan...

Tahniah kepada yang jabatan-jabatan dan unit-unit yang berjaya mendapat tempat bagi pertandingan inovasi ini.Memang menarik dan tertarik macam-macam ciptaan direkakan.Tapi bagi yang kurang bernasib baik,tidak mengapa yang penting komitmen dan semangat yang kita perlukan.Semoga tahun depan lebih baik.Tepat jam 6petang barulah kembali ke asrama untuk bersiap-siap menunaikan solat maghrib dan menuju ke pasar malam mencari kedai-kedai yang dapat membantu dalam jualan esok untuk Mahrojan Bahasa Arab atau Karnival Bahasa Arab..Kuat..kuat...:)

Apr 24, 2011

Makan-makan

Selepas make up board jpp terus menuju ke kedai,kononnya nak mencari air untuk membasahkan tekak..alih-alih aduhai..jauhnya terus menuju kedai berdekatan dengan GreenTown Mall..Lama sudah berhajat hendak ke sana tapi tidaklah dapat-dapat.Maka hari ini dengan rasminya telah memesan makanan tengah hari di sana. Restoran Simpang Tiga yang menyediakan menu masakan padang dari Indonesia..wah jauh juga terbang ye masakan-masakan ni ^^ .

Nie la restorannya

Sedap-sedap banyak lagi menunya

Mula-mula menjejak kaki tadi agak teruja sebabnya.."wah,lawa ye..very nice"dengan decoration ye..aduhai..memang rasa duduk tak nak bangun-bangun dah..hihi..Masing-masing order air, "Ais Teller" apa tu?boleh la cuma..boleh tangan sedap juga segar je..Makanan yang diambil tadi Nasi separuh+Ayam Kampung Bambu +bergedil+masak lemak pucuk ubi kayu..tapi sayangnya masak lemak pucuk ubi kayu yang ditumbuk-tumbuk halus tak dapat nak dihabiskan sebab agak pahit tetapi memang segar rasanya.Mungkin selalu makan yang mama masak tak tumbuk halus-halus tu yang rasa lain.hihi (memang tak awet muda la macam ni).

ha..tu la masak lemak pucuk ubi kayu
Nak tambah lagi,tapi tiada kena mengena dengan Restoren Simpang Tiga ni..Kalau dah dikatakan "hantu mempelam" memang tidak boleh dinafikan lagi..Hari tu pergi ke Taiping sudah bawa balik banyak mempelam termasuklah jeruk mempelam..Sedapnya..semalam di pasar malam.."Akak,tu mempelam.."kata adik junior."Ha..boleh la"hihi..belilah satu plastik nasib baik rasanya tidak mendukacitakan..alhamdulillah...

Teringat pula masa jamuan di Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Puteh.."Cikgu,cikgu suka duriankan?ha..nah nie durian saya bawakan untuk cikgu..makan ye cikgu"teruja tengok anak murid pegang pisau pemotong daging mengopek durian..(terharu-terharu)..Seorang lagi datang, "Cikgu,cikgu...cikgu suka mempelamkan?ni saya bawakan..untuk cikgu tau"sambil tersenyum anak muridku menunjukkan mempelam yang masih berkulit hijau..Dalam hatiku,mesti sedap ni..Terima kasih semua..^_^ (sambil mengupas mempelam)




sedapnya

Apr 18, 2011

Hati Berdetik??

Kembali ku  membelek buku-buku yang berada di rak..melihat satu persatu...gementar hatiku bila mata terarah pada buku penulisan Ustaz Hasrizal berwarna biru dan merah jambu (warna kegemaranku)..InsyaAllah...janji Allah itu pasti..Daku Yakin padaMu Ya Allah...segalanya daku serahkan padaMu kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang terhijab dari pandanganku.."REZEKI..JODOH..AJAL DAN MAUT" hanya Engkau yang bisa menentukan..

Namun manusia harus berusaha..namun apa juga perbuatan dan usaha harus disandarkan padaNya..ketenangan itu daku rasai namun perjalanannya masih jauh.Moga Allah tunjukkan jalan yang lurus,bantu dalam setiap amal perbuatan..diberikan ketetapan hati..semoga terjalin sesuatu yang murni dengan kesabaran di hati dan diredhai olehMu..

Semoga yang terbaik untuk semua...amin...

Sungguh Cikgu Rindu Kalian… :(

Hari ini hari ketiga daku meninggalkan Sekolah kebangsaan Kampong Pasir Puteh.. Benar, banyak kenangan yang tertinggal di sana.Bukan sahaja tapak kaki yang entah tidak terhitung banyaknya ku tinggalkan ^^ tetapi daku juga tinggalkan anak-anak muridku..guru-guru yang sememangnya sangatlah baik dan sporting. Terima kasih kepada Cikgu Siti Rodziah, Cikgu Nor Laila,Cikgu Hashimah dan Cikgu Sopian..begitu juga kepada guru besar,guru-guru kanan dan semua guru serta warga SKKPP yang sangatlah baik hati dan memahami.

Sepanjang berada di sana, pada hari pertama lagi hati ini telah terpikat dengan suasana sekolah ini. Mungkin kerana suasana separuh bandar separuh kampung ini yang sangat mendamaikan. Raut-raut wajah murid-murid yang sentiasa dahagakan ilmu dan kasih sayang menjadi penyejuk mata dan hatiku. Alhamdulillah sangat bersyukur. 5 Al-Biruni memang sangat beruntung daku dapat mengajar di kelas ini. Walaupun pelbagai latar belakang murid namun mereka sangat baik.Nakal itu macam biasalah budak-budak tapi tetap comel.Maaflah, gara-gara kerusi yang diikat dan kurangnya keprihatinan Cikgu pada hari pertama, seorang murid telah ku marahi.Maaf Syakira cikgu tidak sengaja..huhu..(sedih sungguh bila dikenang kembali)

Sangat kelakar bila cuba untuk serius tapi akhirnya tersenyum dan tergelak juga bila melihat raut wajah mereka.."ish..cikgu nie buat suspend je..ingat cikgu marah"kata anak muridku sambil tersenyum lalu satu kelas bergema dengan ketawa. Dalam hati ku "aduhai..macam mana nak marah..kamu semua kelakar sungguh!".Bila di kantin pula,memang bermacam ragam.Ada yang dari jauh telah mempelawa untuk makan,ada pula tersipu-sipu malu..Hai anak muridku...sebulan memang tidak cukup untuk mengenali kalian..Kad merah,kuning dan hijau memang sentiasa di tangan cikgu..Kalau bising je..siaplah...

Cikgu paling terharu bila tiba hari terakhir, cikgu tahu 5B nak adakan jamuan tapi cikgu biarkan je..biar kamu yang handle seratus peratus.Cikgu tahu, status kewangan ibu bapa anak murid cikgu byk yg kurang baik..jadi seboleh2nya cikgu tidak mengharapkan apa2 balasan..Cikgu ikhlas mengajar kalian tapi majlis ini buatkan cikgu lagi terharu..Alhamdulillah.pandai rupa-rupanya anak murid cikgu..Banyak ye makanan kamu bawa..yang paling cikgu teruja bila ada durian..wah..sedap ye...:) Kek yang kamu bawa cantik2..sedap2..tapi tiba-tiba selera cikgu hilang,sebab terlalu terharu..sayang kalian..rindunya...

Terima kasih juga pada yang telah bersusah payah berikan hadiah pada cikgu..ada buku resepi..best ye!nanti kalau ada rezeki,cikgu masakkan ye?(kalau xsedap jgnlah merungut!)hihi..rindu sungguh pada kalian..harap talian ukhwah ini berkekalan..bukan sahaja dengan murid-murid malah dengan guru-guru serta seluruh warga SKKPP yang best!! amin ^_^


Lupa pula...maaf cikgu hulurkan andai ada salah silap..terutama telah menyebabkan kalian menangis tidak henti akibat video motivasi anak derhaka dan restu ibu bapa itu..Alhamdulillah..semoga rajin belajar..


















Apr 6, 2011

Pengakap!! Buat Sehabis Baik!

Memori Bersama..Muka penat semua mahu pulang




p/s:sempat curi masa kejap.. ^_^

Apr 5, 2011

Kambus Kembali Ruang Itu

Harapan dan keinginan yang hadir ini bagaikan melonjak-lonjak untuk diluahkan.Namun sabarlah duhai hati, jangan nanti termalu sendiri atas niat dan harapan yang tidak pasti.Mana bisa pokok bergoyang tanpa ada anginnya, mana bisa tepukan kedengaran andai sebelah tangan yang menepuk,mana mungkin bumi kan terang andai tiada mentari dan purnama yang sentiasa bergilir musim siang dan malam.Begitu juga, mana mungkin adam hadir tanpa hawa di sisinya.Walau terpisah namun kembali bertemu dan tertaut di dunia.

Ruang yang mula dibuka itu,kembali patutku timbus dan ku kambus.Bukan kerna tidak ingin tetapi cukup sukar ku mengerti perancangan yang sedang Kau aturkan untukku.Keikhlasan dan kejujuran sangat tidak dapat ku lihat, andai bisa diukur pasti mudah untuk ku memilih. Risau juga, andai bertepuk sebelah tangan, pastikan merah pipi kerana malu yang menyelubungi diri.Bawalah diri jauh agar bisa tenang dan jauh dari Sang Perindu.Sang Perindu yang tiba-tiba hadir mengetuk jendela hati, dengan sikap dan ketaqwaanmu.Sang Perindu yang mendapat kelebihan daripada Sang Kumbang yang lain.Sang Perindulah yang dikirim emas jauh dari seberang menuju ke jemarimu.Walaupun emas hadir tanpa dinyatakan nilainya...

Masih ada juga Sang Kumbang yang tidak serik dan perih berusaha walau telah diberi cuka dan dihambur dengan luka.Aduh, hadir pula Sang Kumbang Cinta yang datang membawa mahar.Sukar-sukar kerana Sang Perindu juga yang mendahului segalanya..

Ketuk jendela hati, kambus kembali ruang itu.."Istikarahkan jendela hati..biar jauh dari kecewa, biar semuakan bahagia" amin..