May 14, 2012

Suara itu memanggil-manggilku

Ya Allah rindunya pada hembusan bayu yang lembut menyapa telinga...terpersona melihat keindahan ciptaan Ilahi hijau dan rimbun sekali pokok-pokok di sini..Setiap kali berada di sini terasa lain sekali. Alhamdulillah..hajat dan niat yang tersimpan kukuh di lubuk sanubari telah terlunas. Melihat wajah-wajah suci itu cukup menenangkan jiwa. Mereka hanyalah insan biasa yang bakal menjadi seorang yang luar biasa andai kena pada caranya, molek dengan asuhannya. Kenakalan mereka kadang kala cukup menguji kesabaran jiwa, namun amarah itu bukan kerana tidak sayang namun kerana sayanglah dan ku pasang rapi niat ingin mendidik. Senyuman cukup indah walaupun mereka hanya berbaju lusuh, tidak terurus tapi kata-kata mereka cukup ikhlas. Ya Allah terima kasih. 
Kali pertama melangkah kaki di sana daku bagaikan 'lembu dicucuk hidung' mengikut sahaja. Maklumlah baru cuba untuk membiasakan diri. :) Kali kedua...Ya Allah..ketenangan dan lain benar rasanya yang meresap ke dalam jiwa. Ikhlaskan hati pasti banyak perkara yang akan dipelajari. 
Oh, pulang sahaja terasa rindu pada wajah-wajah suci itu..Rindu yang sukar diluahkan..kalian juga pasti rindukan?? :'( Ada rezeki pasti kita akan ketemu lagi..
Sejak hari itu merindui kalian, sehingga sukar sekali ingin fokus pada pembacaanku. Aduhai, peperiksaan hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi..Jarum detik, saat, minit dan jam bergerak pantas namun daku masih dalam dunia ku termenung sendirian. Entah apa yang ku baca satu pun tidak melekat di kepala. Rindu kalian...Semoga kalian sihat-sihat belaka rindu kenakalan kalian..rindu senyuman dan celoteh kalian..