Feb 27, 2011

BUKAN JODOH KITA

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

Perancangan Allah adalah lebih baik dari perancangan manusia.Kita perlu berusaha namun yang selebihnya adalah di atas Kuasa Yang Maha Esa. Pasti ada hikmahNya.
Namun jika kini ikatannya terlerai namun siapakan tahu bisa bercantum semua,andai telah tertulis rusuk itu bukan miliknya maka tidakkan tertukar rusuk yang lain..

~ Hati itu kadangkala perlu jua diketuk dengan ujian, agar terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada kesukaan, tapi juga selesa dengan kesakitan. Walaupun sering diruntun sayu namun bersabarlah walau suka walau duka, kerana yang suka itu anugerah dan yang duka itu tarbiyah dari ALLAH buat hambanya yang dikasihi.. (^____^*) ~

Feb 22, 2011

~SiRnAkaH SiNaR??~

Bahagia melihat kegembiraan itu..
Walaupun dari jauh hanya menatap sorotan kecil yang terpancar
Cuba juga diintai sebalik jendela itu..
Ternyata senyuman makin terukir,semakin berani melangkah,semakin megah di persada..
Walaupun jasad kini hanya mampu memerhati dari sudut kecil
Mungkin tidak bisa tahu kehadiran jasad ini yang masih kukuh berdiri kaku tanpa menyapa apa-apa..
namun ruang nurani masih ada tersisa baki tentang suatu yang tidak ketahui..
Senyum terukir namun masih menitis jua titis jernih yang sering tumpah..
Pejamkan mata,redakan jiwa menakis tanggapan di atma..
Perkara semalam kan jadi kenangan,walau ada pahit ada tawa..
Walau masih ada rasa sedangkan hidangannya sudah lama..
Pasrah atas suratan ini kerna Kau Maha Mengetahui..
Segala sorotan dan rintihan ini akan terus terbuku di benak
Cuma menanti masa mengharap segalanya pergi walau sukar
Kerna kesamaran masih bersarang di situ
Kerna cahaya mencerah jua walau sezarah
Kerna di sebalik jendela itu masih terselak walaupun seketika cuma...

Feb 21, 2011

Terkulai Layu..

"Seorang pemimpin harus kuat hadapi cabaran,seorang pemimpin perlu berperwatakan indah. seorang pemimpin tidakkan layu ditiup badai, seorang pemimpin perlu menjadi contoh ikutan..." Seorang pemimpin dilihat indah dan mantap luarannya namun jika dalamannya iaitu rohaninya kosong pastinya akan layu jua...Don't judge book by it's cover boleh juga dikaitkan dengan seorang pemimpin yang kelihatan cukup tenang dan yakin serta berketerampilan namun jauh di sudut hatinya siapakan tahu..
Sesungguhnya di zaman kegemilangan Islam para pahlawan dan serikandi sanggup berjuang iaitu syahid di jalan Allah.Pelbagai contoh ikutan yang dapat diteladani.Terutama kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w yang cukup disegani yang merupakan pemimpin yang sangat hebat hinggakan diangkat menjadi penghulu seluruh nabi dan ummat.
Maka hati yang tidak teguh mungkinkah bisa berdiri menungkah arus cabaran masa kini?Tanyalah hati.....

Feb 18, 2011

Seni Khat

Terpanggil ana untuk menulis mengenai seni kaligrafi yang merupakan seni penulisan tamadun Islam setelah menatap sehelai tulisan khat yang indah terukir.

Seni kaligrafi Islam merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam yang kini lebih sinonim dengan 'seni khat'. Perkembangan Islam yang tersebar ke seantero benua, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. 


Seni khat terus berkembang dalam bentuk jemputan perkahwinan dan majlis, reka bentuk fon/tipografi, reka bentuk tulisan tangan asal , seni keagamaan, pengumuman/reka bentuk grafik/khat ditempah, ukiran tulisan batu dan dokumen peringatan. Ia juga digunakan sebagai prop dan iemj bergerak bagi filem dan televisyen, persaksian, sijil kelahiran dan kematian/peta, dan hasil kerja lain yang membabitkan penulisan.
 
Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12. 

Pada kurun ke 10,seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa.

Nama-nama besar di alam Melayu dalam bidang seni khat seperti Profesor Mohd Bukhari Lubis dan Imad, sudah cukup membuktikan kesenian unggul Islam ini berkesinambungan selamanya. Usaha Pak Matlob yang giat meneruskan kesinambungan sistem tulisan jawi (asas dalam seni khat) sesuatu yang amat membanggakan. Seni khat tidak akan berkubur ditelan arus zaman dengan adanya insan-insan yang mewarisi bakat mempertahankan kesenian unggul Islam seperti mereka. Sesungguhnya seni kaligrafi Islam adalah lambang kesenian unggul tamadun Islam yang tiada tandingannya. 

Namun seni khat kini dilihat semakin pudar dan semakin dilupakan terutamanya oleh golongan perintis iaitu golongan muda-mudi. Seni khat kurang diketengahkan pada masa kini, mungkinkah kerana arus perdana yang melanda?Tetapi masih terdapat golongan yang prihatin yang masih memperjuangkan seni tamadun Islam ini.

Seni yang menjadi warisan dari zaman berzaman kepada yang mempunyai seni dalam penulisan khat ini teruskanlah mengembangkan bakat anda agar kesenian ini terus terbela dan menyinar.

*syukran diucapkan kepada individu yang menghadiahkan ana ukiran khat yang cantik.Semoga Allah membalas kebaikannya..amin.





 

Feb 17, 2011

Mengingati Mati

SAKARATUL MAUT!!

(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".

Latihan sketsa yang mengisahkan tentang kematian menginsafkan diri ini yang masih lalai dan leka..bagaimanakah jasadku semasa mati ku?bagaimanakah roh ku semasa ditariknya dari jasadku?adakah aku akan bisa mencium bau syurga Mu atau hanya mendapat seksaanMu azabMu yang Maha Pedih..YA ALLAH hampunkan dosa ku...

Hatiku merintih sayu..semoga diberi kekuatan untuk terus bernafas di bumi Mu Ya Allah...

Moga membawa pengajaran kepada semua


jika BELUM siap...cintailah dalam DIAM

#artikel ini saya pinjam melalui satu artikel seorang saudara seIslam ku..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...

Feb 12, 2011

Selamat Hari Lahir :)

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memberi ku peluang untuk bernafas di dunia ini, dapat melihat keindahan ciptaanMu dan dapat menikmati keindahan hubungan persaudaraan ini. Genaplah usia ku 22 tahun, apa ada pada angka?angka hanyalah fakta selebihnya bergantung kepada diri sendiri adakah lebih matang dalam mengharungi kehidupan di dunia ini yang penuh dengan pelbagai persoalan.






Syukran diucapkan kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan semua yang menyambut dan memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran saya. Semoga mendapat ganjaran dariNya.