Jan 28, 2011

Gembira Dapat Bersama Kalian..

Walaupun baru sahaja diulit kisah duka..Alhamdulillah kini kembali ceria..Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang untuk tidak merampas kasih sayang antara kami.

Sahabat-sahabat teruskan perjuangan walau apa pun yang berlaku!!InsyaAllah kemanisan akan terpamir walaupun kepahitan yang mula yang mendatang.

Hari ini konvoi ke rumah Wanie..Kakaknya melangsungkan kenduri kahwin..cantik sungguh,terpegun melihat kecantikan decorationnya.. :) bila ye mahu kahwin??tapi calonnya tiada lagi..hihi





Sangat gembira bila dapat berjumpa kembali jiran depan bilik ku..cik alin yang dirasakan telah lama terpisah..baru sehari terpisah namun rasanya bagaikan se...??hihihi..Bersama Ani si muka garang tetapi sangat kelakar dan Kida yang sentiasa sopan..Memang kenangan yang sukar dilupakan kerana banyak yang manis-manis dan menarik di sini.

Alhamdulillah bersatunya dua hati,muka pengantin penuh berseri-seri bahagia sungguh rupanya.Semoga kekal hingga ke anak cucu dan ke syurga..amin :)




Jan 27, 2011

Sahabat Ku Ingin Selalu Diulit Tawamu..

Ku lihat disekelilingku ada tawa ada tangisan..bila ku tahu berita itu, terus akal ku kaku tidak dapat menterjemah langsung balit-balit tulisan patah-patah huruf yang terloret rapi di kertas putih itu. Hati sebak berbaur kemarahan.Entah pada siapa ingin aku lemparkan kemarahan ini??
Sahabat tidak rela daku berpisah dari kalian semua, ingin ku ikuti jejak langkah kalian namun, langkah kaki terhalang kerana tanggungjawab yang ku pikul.Ingin ku buang tanggungjawab ini,namun aku disedari oleh seorang sahabat, nasihatnya tentang “kita khalifah di bumi ini”.
Awan mendung kembali berarak, tika duka kembali bertukar ceria terpaksa ku berpisah dengan sahabat-sahabat yang banyak merawat luka ku.Yang tidak jemu melayan karenah ku.Terima kasih sahabat..ribuan malahan jutaan terima kasih atas budi yang disemai tak dapat ku balasi..
Mengapa kejap benar nikmat bersama kalian?setiap kali yang bakal dilalui tanpa kalian pasti memilukan..Ku lihat insan sekelilingku menangis,merapati perpisahan yang bakal berlaku ini.Daku??hilang sudah semangatku..Mana bisa ku bertahan tanpa gelak tawa kalian, tanpa nasihat dan motivasi kalian.Bersama kalian kita menyusuri alam mahasiswa, study bersama-sama. Ya Allah sangat indah kenangan bersama.
Ya Allah daku masih bertahan demi agama Mu demi tanggungjawab ini, berikanlah kami kekuatan..jangan Kau pisahkan hati-hati kami walaupun di alam realiti terpisah bukan lagi sebumbung namun ikatkanlah hati kami agar sentiasa bersama.
Nanti pulang dari kuliah tiada lagi bilik yang bakal daku kunjungi semata-mata ingin bertukar senyuman, hanya tinggal bilik kosong yang akan sentiasa terpahat kenangan kita bersama. Sahabat mengertilah yang daku benar-benar tidak kuat namun daku cuba mengumpul kekuatan hanya demi sebuah persahabatan..Terima kasih Ya Allah kerana berikan masa yang indah bersama mereka.
SAYANG KALIAN SEMUA

Jan 18, 2011

Rantaikanlah Diri Ini..

Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Ada 2 titisan yang ALLAH cintai iaitu titisan darah para syuhada dan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."


Sebagai seorang hamba yang sering alpa dan leka, sungguh sukar untuk menggapai titisan tersebut. Kadang kala terasa kuat iman memuncak namun seringkali bila badai melanda kembali menipis iman bagaikan kulit bawang.

Pelbagai persoalan sering berada dibenakku, benarkah daku dapat menjadi hambaMu yang diredhai?Untuk mendapat keredhaan dariMu Illahi pastinya bermula dari niat yang tertanam dari hati. Ingin ku sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur dengan nikmat kurniaanMu. Tika daku dihanyut dengan dosa, Kau kembali menarikku memberi sinar baru.Bersyukur daku dengan limpahan rahmatMu.Daku ingin terus berada di dalam safMu bersama para syuhada namun adakah langkah kaki ini akan sentiasa gagah?Kerna daku dapat rasai makin lemah jalan menuju Mu.

Rantaikanlah diri ini dari dosa dan noda.Peliharalah hati ini dari tipu duniawi yang penuh pancaroba.Daku ingin menikmati kemanisan iman, keharuman syurga walaupun daku tahu tidak layak untuk ku memilih syurga namun tidak sanggupku ke api nerakaMu..

Ya Allah...telah banyak pengajaran dan pelajaran Engkau berikan kepada hambaMu ini, daku mohon Kau pimpinlah dan bimbinglah daku agar daku bisa berdiri kembali,berjalan menuju jalanMu.Hanya jalan itu yang daku inginkan. Tiada jalan kedua, antara syurga dan neraka hanya satu pintu untuk kita. Kita tidak bisa memilih berada di titian siratal mustaqim. Rantaikanlah daku dari goda duniawi yang tiada bertepi..ampunkan hambaMu kerana sering kali lemah dan terlerai ikatan hati ini.Ya Allah pautkanlah daku pada jalanMu..amin

Rasulullah S.A.W. juga bersabda :

“Ada tiga manusia yang di dalam dirinya terdapat manisnya iman, iaitu : hendaknya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selain keduanya, hendaknya mencintai seseorang hanya semata-mata kerana Allah, dan hendaknya membenci kekufuran sesudah Allah menyelamatkannya daripada kekufuran itu, sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam api neraka.”

Jan 15, 2011

Takkan Melayu Hilang Di Dunia..

Memetik dari bicara tersebut,pastinya atma kita ligat mengimbau akan kata-kata pendekar lama yang menyatakan 'takkan Melayu hilang di dunia'. Marcapada kini kerap membincangkan tentang semangat patriotik yang merupakan semangat cinta akan negara. Semangat patriotik perlu lahir dalam diri setiap individu buktinya, sejak di bangku sekolah lagi guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni ini dalam diri murid-muridnya. Ingatlah wahai guru-guru anda bukan sahaja mendidik malah anda perlu membimbing.Menjadi seorang yang mendidik dengan hanya mengajar mungkin mudah namun untuk menjadi seorang yang membimbing?"tepuklah dada tanyalah iman"...

Tapi bukan tentang guru yang ingin ana persoalkan tetapi tentang Melayu dan Islam.Mungkin ramai pemikir-pemikir di luar sana atau ahli-ahli veteran negara yang sangat sensitif tentang isu Melayu. Tanah Melayu ini adalah hak milik orang Melayu. Benarkah? Mengapa isu Melayu yang sering diperkatakan? Namun, isu tentang Islam adakah diendahkan?Bila dikatakan Melayu adalah Islam namun benarkah orang Melayu itu Islam?Sering kali kita takuti adat melayu hilang di dunia namun tidak takutkah gaya hidup Islam semakin pupus dalam mengejar arus pemodenan negara. Pelbagai lintasan pemikiran seperti nasionalisme dan pelbagai lagi yang cuba menggugat kemurnian Islam. Marilah renungi bersama adakah kita telah layak digelar MELAYU yang dikatakan :

  • Bertutur dalam Bahasa Melayu
  • BERAGAMA ISLAM
  • mengamalkan adat istiadat dan tradisi Melayu


Jan 5, 2011

Perjalanan Semester Baru

Nampaknya semester baru ini dimulakan dengan semangat yang baru, buku-buku lama ditutup dan terus dibiarkan lembaran baru dalam hidup terus tercatit. Alhamdulillah, semester baru ini dimulakan dengan keputusan peperiksaan yang baik, alhamdulillah bersyukur walaupun tidak bersedia sepenuhnya semasa exam tapi alhamdulillah keputusan tetap menenangkan hati. Terima kasih Ya Allah, para lecture yang menanda kertas, sahabat-sahabat yang memberi input, tak lupa juga pada ibu bapa yang selalu mendoakan anaknya di sini dan semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung termasuklah aunty kedai photostad. ;)

Bermula semester baru, dapat jadual baru, kelas baru, lecture baru, aktiviti baru yang makin padat dan juga subjek baru yang lebih mencabar.Harap dapat tempuhi semester baru ini dengan baik.

Bermula semester baru banyak betul kisah baru tidak kira dari sahabat sendiri mahupun dari diri sendiri. Biasalah lumrah alam ada yang gembira, ada yang berduka. Tapi semuanya diharap dapat diambil sebagai pengajaran dalam hidup. Bermula semester baru, mengharapkan hubungan bersama keluarga dan juga sahabat-sahabat dapat lebih diakrabkan. Bak lirik lagu P.Ramlee "Buang yang keruh ambil yang jernih". Begitu juga dengan gerak kerja agar lebih baik,jangan malas-malas, banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Semoga semester baru ini, diberi banyak kesempatan, kelapangan dan kemudahan untuk melaksanakan tugasan.

Bermula semester baru, mulalah untuk lebih mengenali diri sendiri. Memuhasabah diri akan kelemahan dan kesilapan masa-masa lalu. Dengan harapan dapat membaiki diri dan dapat berkhidmat sebagai sayap-sayap di Saf Allah.Mengharapkan mendapat kesempatan untuk menabur bakti berdiri dalam SafNya selagi masih bernafas di atas bumi Mu..

~AMIN~