Apr 29, 2011

Temasya Sukan G3 :)

Banner Cantik XXX??



Amali Sukaneka ini perlu dikendalikan oleh setiap pelatih yang mengambil subjek Pendidikan Jasmani Semester 5. Begitu juga dengan unit G3 yang dibimbing oleh Encik Saiful Bahri bin Mat. Dengan memilih tajuk, “Temasya Sukan G3” dan kostum pelbagai jenis binatang maka amali ini dilaksanakan bagi memenuhi  jam kredit dalam subjek pengurusan dan pentadbiran sukan. Dapat dilihat setiap kumpulan telah bersiap sedia dan bersemangat dalam melaksanakan sukaneka masing-masing. Terdapat empat rumah sukan yang bertemakan binatang iaitu harimau, ulat, arnab dan lebah.



Pada 27 April 2011 telah diadakan sukaneka bagi unit G3 yang diberi nama Temasya Sukan Unit G3. Temasya Sukan yang julung kali diadakan ini menuntut pengorbanan dan komitmen yang tinggi dari setiap ahli unit G3. Bermula dengan mengambil peralatan sehinggalah semasa aktiviti berlangsung dan selepas aktiviti semasa sesi mengemas lokasi dan peralatan yang digunakan.

Pensyarah pembimbing













Tepat jam 7.15 pagi semua ahli telah berkumpul untuk  mengambil  barang daripada stor sukan dan mula menyusun di tapak yang telah dipilih. Oleh sebab berlaku kekangan dan masalah lokasi terpaksa ditukar namun atas semangat kerjasama dan bantu-membantu yang tinggi semuanya dapat diatasi dengan baik. Kawasan sukaneka dihias cantik dan menarik bersesuaian dengan "Temasya Sukan G3".

Temasya sukan dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen yang mengambil bahagian iaitu kumpulan lebah, ulat, arnab dan harimau. Setiap kumpulan dilihat sangat bersungguh-sungguh dan kreatif dalam penyediaan kostum serta hiasan kumpulan masing-masing. Dengan sikap positif beginilah pastinya dapat melahirkan seorang warga pendidik yang berdedikasi dan cemerlang. Semasa temasya sukan dilaksanakan, Pensyarah Pembimbing kami iaitu Encik Saiful Bahri bin Mat menilai kami. Perasaan terharu dan bangga lahir di dalam hati kepada pensyarah pembimbing kerana sanggup meluangkan masa bagi menilai kami dan di atas setiap tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami.







Setiap pasukan melaksanakan tugasan dengan baik iaitu bagi kumpulan Arnab melakukan sukaneka yang bertajuk “Lempar Saja Selipar Itu” diikuti oleh kumpulan ulat iaitu “Pukulan Ali Yakin”, kumpulan Lebah “Bola Swing Over The Rainbow” serta yang terakhir ialah kumpulan Harimau iaitu “Serangan Lanun”. Setiap sukaneka yang dilaksanakan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. 

Antara kekuatan yang dapat dilihat ialah setiap kumpulan mengikuti aspek yang telah ditetapkan dengan baik. Sukaneka yang dimainkan juga mengambil kira aspek-aspek yang telah ditetapkan iaitu keselamatan, lokasi dan pelbagai lagi. Para pengendali sukaneka juga dilihat mahir dan faham akan sukaneka yang mereka kendalikan. Selain itu, para ahli kumpulan yang terlibat juga menunjukkan kerjasama dan semangat kesukanan yang tinggi. Sepanjang sukaneka berlangsung tiada sebarang kecederaan dan aspek keselamatan amatlah dititik beratkan. Walaupun terdapat kemalangan kecil seperti terjatuh namun kemalangan ini tidak melibatkan kecederaan yang serius. Pelatih juga dilihat sangat gembira dan berpuas hati dalam setiap sukaneka yang mereka ceburi. Semua ahli G3 sangat aktif dan ini memudahkan pengendalian atau melancarkan acara sukaneka tersebut. Macam kanak-kanak ribena pun ada..^^,

penentuan juara baling selipar..harimau juara!! :)













Kesimpulannya, melalui sukaneka ini terdapat pelbagai perkara yang dapat diambil antaranya terdapat kelemahan dan kekuatan serta terdapat juga nilai-nilai murni yang dapat diketangahkan. Alhamdulillah..sukaneka ini dapat berjalan dengan lancar dan berjaya. Setiap ahli unit G3 berpuas hati dan tiada berlaku sebarang unsur negatif ^^, kerana semangat kesukanan yang tinggi yang wujud dalam diri setiap individu maklumlah cikgu PJ kan? 

p/s:alhamdulillah...akan datang boleh buat lagi ye??gambar cikgu-cikgu ribena IPG IPOH...





No comments: