Jul 1, 2011

Semoga Kau Aturkan Yang Terbaik

Alhamdulillah....mendapat panggilan telefon daripada pengerusi Masjid Al-Furqan berkenaan sewaan rumah wakaf masjid tersebut untuk didiami selama dua bulan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pengakalan Pegoh..hanya beberapa minit sahaja daripada Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh..Ya Allah,permudahkanlah segala urusan kami.Semoga praktikum kedua ini dapat daku tempuhi dengan baik dan daku akan menjadi seorang yang rajin.Amin....(hati sebenarnya sangat-sangat berdebar kerana bakal mengajar subjek Pendidikan Jasmani yang bukan merupakan kegemaranku namun akan ku cuba juga mengerah fikiran ini demi anak murid tercinta)

Hari ini pelbagai perkara gembira yang diperoleh..Bermula pada sebelah pagi melaksanakan BIG ke cameron angat menyeronokkan.Masing-masing sangat teruja melihat keindahan SK Convent Tanah Rata cukup cantik dan tersergam indah di atas bukit.Malar hijau pemandangan di sana cukup mendamaikan.terasa ingin posting di sini tetapi perlu batalkan niat agaknya kerana insan istimewa...^_^ Sabar duhai hati,setahun sahaja lagi.

Pengalaman paling berharga apabila dapat bersama dalam slot bersama guru cemerlang SK Convent ini iaitu Puan Rosnani binti Ghazali yang cukup memukau dan memang layak mendapat anugerah tersebut.Anda memang sangat hebat dan bersemangat serta kreatif.Semoga semangatnya turut dapat ditiupkan ke dalam diri ini untuk menjadi seorang warga pendidik yang berguna.Amin

Seterusnya,sebelah petang pula pertandingan futsal peringkat akhir.Walaupun agak terkilan kerana hanya dapat beraksi selama 3minit namun cukuplah sekadar memperoleh tempat kedua.Sebenarnya tujuan atau objektif utama mengambil bahagian dalam futsal ini ialah bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli JPP dan sekadar suka-suka ingin beriadah tetapi alhamdulillah rezeki menyebelahi kami hingga dapat layak ke pusingan akhir namun tewas 2-0 kepada pasukan lawan.

Minggu ini pelbagai aktiviti bakal berlangsung,semoga tabah dan kuat untuk daku tempuhi.Kepada semua sahabat yang bakal ke praktikum semoga berjaya.InsyaAllah..

No comments: