Dec 3, 2019

Homestay Gerik Perak

Sape2 yang berminat nak sewa homestay di GERIK boleh pm ye.

Nak  hantar anak  ke asrama, menghadiri kenduri, mesyuarat, kursus dan lain2 boleh hubungi Wizara Homestay.

Details homestay seperti dibawah ni ya..  Wizara Homestay @ Gerik 🏡 - Jenis : Teres Corner Lot Satu Tingkat - No 127, Jalan Raflesia 3, Taman Raflesia, 33300 Gerik, Perak

Kelengkapan bilik =============
 - 3 bilik tidur - 2 bilik air - Katil queen size & aircond (di bilik utama dan ke-3) - 2 Katil Single (Bilik ke-2) - selimut, cadar dll  Kelengkapan rumah ==============
 - Sofa - Meja kopi - TV flatscreen  - Astro Enjoy - Wifi 10mbps - Meja makan  - Peti Sejuk - Jug kettle - iron steam - Alat memasak - Pinggan mangkuk & cawan - Mesin basuh - toto / bantal extra  Kapasiti keselesaan 6-8orang tetamu ==============

Lokasi berdekatan==============
A. Dalam Kawasan Perumahan - Restoran Raheem Maidin - Rafflesia Mini Market - Restoran D' Rumbia - Restoran Nurul Tomyam - Warung Burger (ptg/mlm) - Warung Sate (mlm) - Kedai Dobi - Kedai Tayar - Kedai Gunting Rambut - Kedai Makanan Frozen - Pusat Khidmat - Bengkel Kereta

B. Lokasi Berhampiran - Pekan Gerik (2km) - Jabatan Kerajaan (2km) - Pasar Malam (Jumaat) (2km) - Pasar pagi (Selasa & Sabtu) (2km) - Masjid Gerik (1.8km) - Stesyen2 minyak (Petronas, Petron, Shell) (1.8km) - Kolej Komuniti Gerik ( 9.9km ) - MRSM Gerik ( 9.9km ) - Kolej Vokasional Gerik ( 5.8km ) - Royal Belum (Jeti Amanjaya, Pulau Banding) (46km)

C. Lokasi popular di GERIK - Denai Kabus - Castela Cafe - Taman Inai - Nasi Lemak Highway - Restoran D'wasin - ABC Camp Site - Lapangan Terbang Gerik - Medan Embun (Dataran Bas) - Royal Belum (Jeti Amanjaya, Pulau Banding 

Kadar sewaan semalam ========= RM160 per/day  (weekdays /weekends/ public holiday/ school holiday)











 Check in : selepas 2.00 pm Check out : sebelum 12.00 pm keesokan.

Hubungi:
Amirul: http://www.wasap.my/60193705054
Eja : http://www.wasap.my/60194194190


Jul 26, 2012

Cinta Terpatri

Alhamdulillah kini telah terpatri dua hati menjadi satu..sahlah kini daku bergelar isteri kepada seorang lelaki yang telah mencuri hati ku ini. Terima kasih kekanda.. :) Pertunangan yang hanya seketika terus terjalin dengan ikatan lafaz sakinah di Masjid Gerik..

Antara sahabat-sahabat yang sporting yang sudi hadir ..terima kasih :)
Pelbagai perasaan yang lahir tika saat itu tiba, segalanya tersimpan kukuh di dalam hati.Terima kasih kepada keluarga terutamanya mama, abah yang banyak membantu dan berkorban demi anakmu yang tersayang ini. Begitu juga kepada mak dan abah terima kasih yang tak terhingga. Tidak lupa juga kepada keluarga ku serta saudara mara yang sangat-sangat banyak membantu.kepada kawan-kawan, sahabat handai yang datang terima kasih juga dihulurkan.

Dan yang teristimewa buat suami yang tercinta Encik Muhamad Amirul Hakim bin Ahmad Lutfi terima kasih moga bahtera yang dibina dapat kita sama-sama layari dengan dipayungi redhaNya.. amin..

Semoga dibawah rahmatMu..terima kasih Ya Allah.. :')

Sempat ke pasar malam selepas akad nikah..
Main baling-baling bunga pula... nie la photograper saya  http://www.facebook.com/pages/Azlan-Yusof-Concept-TWJ/181040968613836

Nie masa bertunang

May 14, 2012

Suara itu memanggil-manggilku

Ya Allah rindunya pada hembusan bayu yang lembut menyapa telinga...terpersona melihat keindahan ciptaan Ilahi hijau dan rimbun sekali pokok-pokok di sini..Setiap kali berada di sini terasa lain sekali. Alhamdulillah..hajat dan niat yang tersimpan kukuh di lubuk sanubari telah terlunas. Melihat wajah-wajah suci itu cukup menenangkan jiwa. Mereka hanyalah insan biasa yang bakal menjadi seorang yang luar biasa andai kena pada caranya, molek dengan asuhannya. Kenakalan mereka kadang kala cukup menguji kesabaran jiwa, namun amarah itu bukan kerana tidak sayang namun kerana sayanglah dan ku pasang rapi niat ingin mendidik. Senyuman cukup indah walaupun mereka hanya berbaju lusuh, tidak terurus tapi kata-kata mereka cukup ikhlas. Ya Allah terima kasih. 
Kali pertama melangkah kaki di sana daku bagaikan 'lembu dicucuk hidung' mengikut sahaja. Maklumlah baru cuba untuk membiasakan diri. :) Kali kedua...Ya Allah..ketenangan dan lain benar rasanya yang meresap ke dalam jiwa. Ikhlaskan hati pasti banyak perkara yang akan dipelajari. 
Oh, pulang sahaja terasa rindu pada wajah-wajah suci itu..Rindu yang sukar diluahkan..kalian juga pasti rindukan?? :'( Ada rezeki pasti kita akan ketemu lagi..
Sejak hari itu merindui kalian, sehingga sukar sekali ingin fokus pada pembacaanku. Aduhai, peperiksaan hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi..Jarum detik, saat, minit dan jam bergerak pantas namun daku masih dalam dunia ku termenung sendirian. Entah apa yang ku baca satu pun tidak melekat di kepala. Rindu kalian...Semoga kalian sihat-sihat belaka rindu kenakalan kalian..rindu senyuman dan celoteh kalian.. 

Mar 27, 2012

Rindu Menggamit Hati

Ya Allah rindunya ingin berjumpa mereka-mereka...
Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi..
Aduhai,baki beberapa bulan ini dirasakan lama namun pasti sekejap sahaja masa akan berlalu..
Semoga diberi kesempatan untuk meluangkan masa bersama mereka..
Amin..

Mar 7, 2012

:) fikir-fikirkan..

"Adakalanya kita diuji dengan berbagai2 ujian dari Allah, jika kita redha dan ikhlas untuk sesuatu yang lebih baik yang bakal diberikan Allah, maka kita akan dapat ganjaran itu dengan penuh kenikmatan"




Mar 2, 2012

Kata Seorang Sahabat

"Memang katang la hati ko nie..aku tau muka ko tu nampak je lembut tapi hati cekal..Kalau dah kata tu, tu lah..hihi "

Mendapat motivasi dari seorang sahabat yang memahami..Terima kasih Ya Allah masih ramai sahabat yang berada di sekeliling dan memberikan daku sahabat yang baik-baik.

Alhamdulillah.. :)

Feb 22, 2012

Keikhlasan Tidak Bisa Dilihat dari wajah.....

Benar menjadi seseorang yang ikhlas itu amatlah susah dan sukar..Walaupun dari riak wajah mungkin terkadang melihatkan kelembutan jiwa namun benar, HATI adalah segala-galanya..andai kotor hati tersebut pasti bicaranya juga pincang.

Terubatkah hati tatkala lara melanda?
Serahkan PadaNya Maha Pengatur segala-galaNya..
Diamkan diri itu lebih baik daripada berbicara perkara yang tidak pasti..
Diamkan diri itu lebih baik daripada mencetus dan mencari masalah...
Biarlah ramai menuding jari menyatakan perlu diselesaikan..Namun entah apa yang hendak diselesaikan..entah apa masalahnya..fikiran ini pun tidak dapat membaca lagi..

Jangan biarkan mulut pedas berbicara kelak akan ada hati yang merana..simpan dan ikat kuat tali itu agar segala yang tersimpan terus terpendam..biar pendam jadi bara..Jangan meletus munculnya lava...

Biar angin bawa segalanya seusai hujan pasti pelangi muncul mentari menjelma..
Letakkan padaNya perancang JODOH pertemuan...
Alhamdulillah...

(lama sudah tidak ku lawat laman ini cukup banyak sawangnya)  ^_^ V

Jan 6, 2012

Bersyukur



Belajar Erti Bersyukur
Banyak Lagi Kelemahan Diri Ini
Ingat Kena FOKUS... :)
Mama Abah Rindu Mahu Pulang Ke Rumah...hee

Jan 5, 2012

Entah Apa Yang Difikir

Shuuuu...pergi jauh-jauh perkara yang bersarang di minda dan di hati...
moga segala-galanya adalah yang terbaik sahaja....
Ish3...janganlah fikir bukan-bukan tak baik...sabar... senyum-senyum..
Jangan terpengaruh dengan anasir luar... 

Dec 26, 2011

Ku Capai Awan!!

Assalamualaikum..lama sudah tidak tercoret apa-apa di laman ini kan?Rindu membuak-buak ingin menulis pelbagai pengalaman menarik sepanjang cuti ini.

Pengalaman mendaki Puncak Tertinggi Di Asia Tenggara iaitu Puncak Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut. Memang sesungguhnya tidak pernah terlintas dek fikiran untuk menjadi salah seorang pendaki gunung. Walaupun memang meminati aktiviti lasak, namun tidaklah pernah mengidamkan sesuatu yang diluar jangkaan, terima kasih Ya Allah memilih hambaMu yang kerdil ini untuk sama-sama melihat keindahan ciptaanMu. Apabila berada di atas puncak menjadikan daku semakin kerdil.Luas terbentang kuasa Mu mencipta bumi ini penuh dengan keindahan. Benarlah, mengembaralah kalian untuk mencari keagunganNya untuk mendekatkan diri kepadaNya. 

Dalam banyak-banyak pengalaman, teringat semasa menunaikan solat subuh berjemaah semasa menuju ke puncak. Jam menunjukkan pukul 5.20 pagi.Waktu subuh telah pun masuk beberapa minit yang lepas. Perjalanan yang agak penat kerana berlawan dengan kesejukan angin gunung cukup menguji ketabahan dan kekuatan mental serta fizikal. Kadang kala, kaki ibarat membeku berhenti berjalan.Aduhai,berikanlah kekuatan.Hanya zikir-zikir untuk menguatkan rohani. Semasa rakaat pertama, ku sujud menyembahMu terasa amat sayu sekali,tidak pernah terlintas akan dapat sujud di batu sejuk ini di atas Gunung Kinabalu ini. Daku solat duduk berimamkan Ustaz Zakaria, air mata jernih jatuh satu persatu.Cukup sayu,dengan angin bertiup sejuk sekali nyaman terasa.Ku pohon keampunan padaMu dan memohon agar diberi kekuatan untuk terus bertahan agar dapat meneruskan langkah-langkah terakhir sebelum sampai ke puncak yang tidaklah beberapa jauh lagi. 

Alhamdulillah,sujud syukur di atas puncak Gunung Kinabalu.Itulah satu memori yang sukar digambarkan dan sukar untuk diluahkan.Hanya diri sendiri yang dapat menterjemahkannya. Semuanya dengan diri masing-masing apabila sampai ke puncak, hilang terus penat dan lelah mendaki. Selepas mendaki kami menyelam pula ke dasar laut.Subhanallah sungguh cantik di Pulau Mamutik. Dahulunya, Izz Zayani pernah menyelam di Pulau Manukan tapi Pulau Mamutik lebih indah dan cukup memberi kepuasan kepada pencinta kehidupan dasar laut. Terumbu karang yang cantik dan pelbagai spesies ikan yang jinak. 

Ingin juga dikongsi pengalaman menaiki "Paragliding boat' belon yang ditarik oleh bot di atas laut dan di udara. Memang satu percutian yang menarik. Alhamdulillah..syukur kerana menjadi tetamu di Sabah. :) Andai ada peluang, mahu lagi ke sana dengan insan-insan tersayang pula..amin..


Inilah contoh Paragliding best tau! :)

Dec 17, 2011

Menghitung Hari

Tinggal beberapa jam sahaja lagi akan bertolak menuju ke bumi di bawah bayu.Persediaan fizikal mahu pun mental nampaknya kurang sekali.Aduhai,tidak praktis langsung cuma tawakal sahaja kepadaNya.Boleh pula tawakal tanpa usaha aduhai redha sahajalah. Sahabat-sahabat dan pembaca diharap dapat mendoakan Izz Zayani agar sepanjang pendakian ke Gunung Kinabalu semuanya berjalan lancar dan selamat serta yang paling penting dapat menjejak ke puncak Gunung Kinabalu..Tidak sabar rasanya mahu melihat keindahan ciptaan Allah lagi.Pasti terdapat kelainan kali ini.Moga pendakian ini dapat mendekatkan hambaMu ini kepadaMu.Amin....


Seminggu ini terasa hati melayang-layang bagai mahu terbang ke awan..(aduhai ayat sabar jela) alhamdulillah sedang merancang sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup.Moga dipermudahkan jua hendaknya.Penat juga mencari barang-barang terima kasih tidak terhingga kepada Mama dan Abah  ,begitu juga kepada "Mak dan Abah". Kepada insan istimewa terima kasih dan sangat terharu.InsyaAllah


Tahun depan bukanya semester baru pengajian di IPG Kampus Ipoh..Banyak juga perancangan tahun depan.Satu per satu perlu disusun dengan baik, tapi semestinya akan merindui kesibukan dalam berorganisasi namun bersyukur kerana amanah tidak perlu digalas lagi.Terasa sangat banyk dosa kerana tidak dapat melunaskan tanggungjawab dengan baik.. :'( Banyak lagi kelemahan diri yang perlu diperbaiki untuk menjadi seorang guru yang dapat mendidik anak bangsa dengan baik. Alhamdulillah, peperiksaan tidak mendukacitakan..Terima kasih Ya Allah memberi rezeki ini kepadaku,terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang banyak membantu.Terima kasih buat mama abah yang mendoakan anakmu ini. P/s:Kalau macam ini bolehlah kahwin awal!!hehe (yelah tu..ish3) ;)

Dec 5, 2011

Kek Pic ^_^

Khas untuk Shamimi...nie resepinya..Kek Pic..senang je nak buat..semoga rawatan mimie berjalan dengan baik dan diberi kekuatan serta lesihatan yang baik.Nanti boleh kita tukar-tukar resepi lagi..Sayang mimie... ^_^


Bahan-bahan:

300g mentega
250g gula kastor
4 biji telur
250g tepung naik sendiri
100g buah pic (kisar tanpa air)
Cara buat:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu kemudian kacau sebati
3. Masuk tepung dan buah pic yang dikisar kemudian kacau sebati
4. Tuang dalam acuan dan 
bakar pada suhu 170 darjah celcius sampai masak (40-50 minit)

p/s:kek boleh dihias mengikut kreativiti..



Selamat mencuba :)

Dec 2, 2011

Semanis Kurma

Sebelum bertolak ke kampung petang ni,nak mencoret menconteng-conteng sedikit. Tengok-tengok apa yang patut. Hari ini nak cerita tentang "mama dan abah" insan yang amat daku cintai. Pagi-pagi lagi mereka sudah sibuk memotong daging dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak daging masak hitam. Masakan ini merupakan masakan orang Perak. Bagi memastikan masakan ini sedap dan terasa aromanya pemilihan rempah masak hitam yang berkualiti perlulah dilakukan.Kena pastikan cap orang kampung maknanya yang dibuat oleh orang-orang yang telah mahir.

Bukan nak bercerita tentang masak hitam tetapi tentang mama dengan abah.Mereka saling bantu-membantu di dapur. Abah sangat ringan tulang membantu mama di dapur maklumlah sama-sama bekerja maka penatnya turut sama merasa.Anak-anak pun ramai dahla semuanya kuat-kuat makan, masakan mama dan abah lah yang terbaik, restoren mana-mana pun tidak dapat tanding.

Kalau tidak percaya datanglah rumah rasa masakan mama dan abah.(ewah lebih-lebih pula) Mungkin inilah salah satu resepi untuk kekal harmoni dalam rumah tangga. Tipulah kalau tidak pernah bergaduh tapi biasalah gaduh-gaduh sayang.Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri?(bak kata P.Ramlee) ^_^

Macam mana agaknya penerimaan orang lelaki sekarang untuk membantu isteri di dapur?Bolehkah?Dahulunya, suami bekerja tetapi si isteri menjadi suri rumah sepanjang masa. Kini rata-rata pasangan bekerja dan tanggungjawab di rumah masih terletak pada bahu seorang isteri. Mana nak menjaga anak,memasak,basuh baju,basuh pinggan, kemas rumah itulah kehebatan seorang perempuan tetapi untuk memastikan sebuah rumah tangga yang harmoni suami isteri perlulah saling bantu membantu. Ringankan mana yang berat kalau berat sama-sama merasa.Fikir-fikrikanlah wahai kaum Adam. Kalaulah si Adam yang menjadi jantung hati si Hawa seorang yang ringan tulang pasti mendapat markah bonus dan akan disayangi oleh si Hawa. ^^,

Macam mama dan abah, abah tidak segan silu membantu mama di dapur, membansuh pinggan, menyidai kain.haaa...kan manis tu? "Semanis Kurma" Semoga rumah tangga yang mereka layari diberkati hingga ke syurga..amin "sayang mama abah"

Dec 1, 2011

Sedapnya...

Cuma nak ucapkan terima kasih kepada Adik Shamimi kerana bagi resepi puding telur yang sedap..Mudah je cara membuatnya dan rasanya alhamdulillah suka..Memang suka pun puding dan kek.Terima kasih nanti ada resepi upload lagi boleh belajar buat. ^_^

Lembutkan Hatimu

Ku biar kalam berbicara 

Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 

Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku 

C/O : 
Oh Tuhan 
Tunjukkan ku jalan 
Untuk menempuhi dugaan ini 
Teman, maafkan jika ku melukaimu 
Moga ikatan ukhwah yang dibina 
Ke akhirnya 

Aku tidak kan berdaya 
Menahan hibanya rasa 
Kau pergi meninggalkan diriku 
Redhalah apa terjadi 
Usahlah kau kesali 
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi




Bisakah berulang semua ini...huhu 


Nov 30, 2011

SeBaNtaL

Bersyukur kepada Ilahi diberikan beberapa hari untuk merasai batuk,demam dan selesema. Diri ini bersyukur sudah lama rasanya tidak merasai nikmat sakit ini.Kadang kala, pabila larut malam menjelma hidung  daku tersumbat  menyebabkan sukar untuk bernafas.Pada masa ini otak ligat mengimbau kenangan lepas,kenangan bersama sahabat-sahabat yang tidur sebantal iaitu teman sebilikku.

Dahulunya Farahana seorang yang periang dan sangat happy go lucky.Hari-hari dihiasi dengan gelak tawa di bilik.Kemudiannya Noor Haszwani ini pun apa kurangnya,dahulu pendiam sekarang..hihi berjangkit dengan teman sebilik agaknya,sudah pandai mengenakan orang. Walaupun dua insan yang berbeza tapi yang samanya, kedua-duanya diberi ujian yang hebat iaitu "Ujian Kesihatan". 

Wujud juga rasa cemburu kerana daku tahu insan-insan yang hebat dan dikasihi olehNya sahaja yang akan diberi ujian sehebat itu.Jika daku ditempat mereka entah tabah tidak melawan semua itu. Daku sangat bangga dan memuji kekuatan mereka. 

Jika ingin dibandingkan dengan ubat yang ada boleh dijadikan farmasi sudah..Banyak sungguh..Daku yang jarang sakit ini, andai disuruh makan ubat, aduhai..sangatlah malas..kalau boleh ingin sahaja ada yang menyuap terus ke dalam mulut tetapi mereka perlu ikut jadual ubat yang disediakan.

Pernah juga menjadi "jururawat" yang xbertauliah.Mengatur jadual makan ubat.Aduhai sudah sama seperti jadual waktu belajar.Tapi memang daku akui kalian insan yang hebat.Semoga cepat sembuh ya sahabat.Jangan sedih-sedih,pasti ada hikmahnya...Tidak lupa juga kepada adik tersayang Shamimi semoga selamat dalam rawatan kimoterapi..^_^ Semoga diberi kekuatan kepada kalian..amin...

Nov 29, 2011

Tajamnya Sembilu

Masih dalam rupanya luka itu menghiris halus dalam hatimu..Walau berkali dicuba merawat luka itu namun masih sukar,kerna dalam terhunus..Benar,daku pun mengerti sungguh tajam belati yang tertikam.Kalau daku di tempatmu mungkin daku juga persis seperti mu melakukan perkara yang sama.Aduhai,tapi hati ini mengapa kini makin dirobek-robek rasa bersalah.Rasa rindu yang membuak-buak kepadamu.Ketahuilah bahawa hati ini menunggu dirimu kembali seperti sedia kala.Agar kita dapat kembali menyulam erti sebuah kasih dan sayang. 

Tapi daku tahu,sukar bagimu menerima semua ini kerana masakan dulu telah campakmu jauh-jauh tanpa belas kini ingin kembali menagih kasih..Maafkan daku..Namun akan ku cuba mencuri hati itu semampuku.Entah mampu entah tidak dengan hanya berbakikan beberapa purnama.Aduhai..rasa bersalah bersarang di jiwa..rindu padamu terlalu mencengkam jiwa..Entah silap di mana silaturrahim ini terkubur.
Doaku moga kembali dieratkan seperti dahulu.."akak rindu kamu" (jujur setulus hati)

Nov 25, 2011

Tidur-Tidur Ayam

Beberapa malam ini nampaknya tidak dapt tidur dengan lena tidak seperti selalu.Aduhai,bilalah akan tidur sambil diulit mimpi-mimpi indah?(cewah) hehe...
Bukulah menjadi teman setia tatkala mata tidak boleh terpejam..Mungkin banyak yang difikir sehingga tidak dapat melelapkan mata..
Hanya Allah sahaja tahu, betapa gementarnya hati ini.Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar..Kisah lama telahku kuburkan dalam-dalam namun nisannya pasti tampak jua..Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini untuk menghadapi setiap saat dan ketika.amin..
Tapi excited juga semalam walaupun penat pusing-pusing kedai,tesco, barang tidak juga ditemui.Aduhai,memang benarlah barang yang paling mahal di dunia "barang baby dan barang pengantin" siapa setuju?bunga-bunga yang kecil-kecil pun sudah seringgit dua..ish3..maka kepada bakal-bakal pengantin silalah berbelanja dengan berhemah..

Nov 21, 2011

Tamatnya Semester 6

Alhamdulillah..tirai semester 6 ditamatkan dengan Pertandingan Forum Peringkat IPG..Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan kepada pasukan yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan.
Tidak lama lagi, peletakkan jawatan..Alhamdulillah masa-masa dan detik-detik yang dinanti akan tiba..Mendoakan agar tiada lagi kerungsingan,tiada lagi kesibukan dan boleh terus fokus akan beberapa perancangan di dalam hidup..Selamat datang tahun 2012..(berdebar rasanya)

Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan ahli jawatankuasa forum yang banyak membantu..terutama kepada group URUS SETIA..yang sentiasa SETIA...^_^ Tahniah wanie,mimie,ika,nani,zima,salma dan yang lain-lain lupa nama..hee..(maaf ye) atas kerja dan pengorbanan anda...

Sepanjang beberapa hari di maktab dan pulang ke asrama beberapa topik didiskusi bersama roomate...muhasabah diri sebenarnya dan terima kasih juga kepada roomate di rumah..aduhai...kesian tidur kesorangan..rindu pula pada anda..teringat diskusi di bilik...bertuahnya rasa ada sahabat-sahabat sebaik kalian dan yang memahami semoga kalian dimurahkan rezeki dan apa yang diingini dimakbulkan..amin..^_^ moga diri ini tidak tergolong dalam kalangan insan yang riak dan takbur serta golongan insan yang rugi (takut sebenarnya)..semoga memberi pengajaran kepada semua..amin..

Doaku moga segala perancangan berjalan dengan lancar..amin...

Nov 9, 2011

Nikmat dunia yang sementara..

Usai menghantar seorang sahabat karib,terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama. Aduhai bila teringat kata-katanya "lepas nie tidak bolehlah selalu macam nie (tak boleh ronggeng bersama lagi) terasa sayu juga hati ini..Tidak mengapa banyak masa lagi untuk bersama...InsyaAllah.. ^_^ Terasa erti sebuah persahabatan yang terjalin sejak hingusan di bangku persekolahan. kemudian, kembali membuka mata untuk meneruskan sisa-sisa semester yang tinggal.Beberapa hari lagi bakal menjelang hari yang mencabar iaitu 'Peperiksaan'.Kemudian,menghitung hari pula hari yang bermakna..Persediaan langsung diabaikan..Lantaran, menyiapkan tugasan yang entah bilakan siap rasanya.Kadang kala ingin memarahi diri kerana sanggup menerima tugasan tersebut namun, daku insan biasa tidak reti menyatakan tidak kepada insan yang memberi ilmu, terhutang budi rasanya..Kala insan lain sibuk menelaah untuk menyiapkan diri mental dan fizikal menghadapi peperiksaan daku pula sibuk mencari isi-isi penting untuk menyiapkan tugasan-tugasan tersebut. Ya Allah bantulah daku agar diberi kekuatan dan masa yang mencukupi untuk menelaah pula..

Pelbagai perkara yang bermain di fikiran kala ini.Satu persatu...Semoga semuanya dipermudahkan..Aduhai,risau memikirkan mama dan abah di rumah.Moga segalanya berjalan lancar.Mungkin sepatutnya tidak perlu terlalu memikirkan namun sebagai seorang anak perempuan pastinya memikirkannya juga.Otak perlu di set dengan "exam"..bantu..bantu..bantu..jangan tension,tension...huhuhu

Serahkan segalanya padaMu kerana segalanya telah Engkau aturkan...kata-kata penguat jiwa. "Semuanya dalam perancanganNya" amin.......