May 31, 2011

Riadah Bersama Keluarga

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk hidup di bumi Allah ini. Hari ini kepenatan sedikit, esok akan disambung pekerjaan hari ini yang masih belum selesai sepenuhnya. Cuaca cerah hari ini apabila petang menjelma mulalah mengatur aktiviti petang bersama adik-adik.Terasa macam yang sulung pula bila mengarah adik-adik buat kerja. Hari ini aktiviti gotong-royong bersihkan kawasan rumah. (Macam di sekolah pula) Maklumlah sudah lama tidak pulang ke kampung halaman. Maka masa yang ada inilah bolehlah taburkan bakti semaikan budi kepada kedua ayahanda dan bonda tercinta. Mengemas dan membersihkan kawasan halaman rumah yang penuh dengan pokok-pokok tumbuhan kesayangan mama dan abah. Kedua-dua ayahanda dan bonda memang mempunyai hobi yang sama iaitu suka berkebun dan menanam maka rumah pun penuhlah dengan pokok-pokok tidak kira tumbuhan hiasa sehinggalah tumbuhan berbuah.

"Kalau berbakti pada tanah pastikan ada hasilnya" ^_^

Tetapi anaknya ini memang agak teruk sikit, habis pokok-pokok yang dilihat kurang senang di mata akan dicantas dan dipangkas. Buat cepat-cepat sementara tuan punya pokok tidak keluar lagi.Sabar jela..Adik-adik dah mula takut sebab banyak yang dipangkas oleh saya.Tapi nampaknya tidak habis lagi, perlu sambung lagi mungkin esok pula.

Apabila semuanya sudah penat membanting tulang, maka tibalah masa untuk minum petang. Alhamdulillah sempat juga menyediakan puding pic.Masih dalam situasi "saya budak baru belajar" tapi alhamdulillah habis sudah. ^_^

Meh nak kongis resepi kejap je buatnya, mudah sahaja:
~orang tua-tua pesan:tak boleh kedekut ilmu~ ^^,

Bahan-bahan:
1 tin buah pic
90gm gula
20gm tepung kastad
6gm serbuk agar-agar
1 biji telur
500ml air
200ml susu cair

Cara memasak: 
1.Didihkan air bersama serbuk agar-agar sehingga larut.
2.Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga larut.
3.Seterusnya pukul telur bersama tepung kastad dan susu cair. Kacau sebati.
4.Apabila adunan agar-agar telah larut,masukkan pula adunan susu cair dan kacau sehingga hampir pekat.
5.Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai.(jangan lupa masukkan juga potongan buah pic dalam acuan tadi)
6.Akhir sekali, sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

p/s:boleh juga menukar buah lain selain buah pic mengikut citarasa masing-masing.Selamat mencuba.. :)

gambar hiasan sahaja :)




No comments: