Kalaulah baca buku akademik boleh khatam macam baca novel, bukankah seronok begitu?(fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.) ^^
Baru semalam membelek novel yang dihadiahkan oleh adik.Sesudah makan tengah hari dan berehat-rehat, mulalah membaca novel tersebut. Dari satu helaian ke satu helaian dibaca dengan penuh khusyuk dan penghayatan. Semuanya 441 muka surat banyak kan?Jika buku akademik 200 muka surat pun sampai seminggu baru khatam..
Novel yang bertajuk "Terlanjur Mencintaimu" sebuah kisah yang santai dan menarik. Memang jadi kegemaranlah novel-novel romantis macam ni.Tambahan pula, ada sahaja bait-bait ayat sajak, kata-kata yang menarik perhatian. Kalau tengok muka hadapan novel pun kata-katanya "Cinta itu mudah datang kepada sesiapa yang bersedia menerima cinta" tertarik tak? ^_^ Maka, hanya mengambil masa kurang sehari sahaja saya dapat khatamkan novel ini dan yang paling penting, tidak kehujanan..(yes!hebatkan? ^^) cuma hilai tawa sahaja yang memenuhi ruang rumah sebab kelakar..
Hendak dijadikan cerita, sebenarnya membaca novel ini telah lama saya tinggalkan.Tidaklah tahu mengapa, hobi yang dulunya sangat diminati sejak bangku sekolah ditinggalkan apabila masuk ke menara gading. Entahlah macam tiada "hati" untuk membaca. Bukan menulis sahaja perluakan "hati" membaca pun perlu walhal dalam apa-apa juga perlukan "hati" atau niat. Niatkan lahir dari dalam hati. Kalau dahulu selalu memborong novel di kedai-kedai buku kini, memborong buku-buku resepi (masak tidak juga ^^) dan buku motivasi (dah makin tua agaknya).Namun nampaknya selepas saat ini, minat membaca atau "gila novel" kembali menjelma..Maka tunggulah kehadiranku di kedai-kedai buku berhampiran atau kawan-kawan yang ada novel akan saya pinjam.. :)
Penutu kata,
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..
Seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu..
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..
Seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..
(karya Kahlil Gibran: petikan Novel Terlanjur Mencintaimu)
*buat insan-insan yang teristimewa terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan positif dalam bidang yang saya minati.^_^*
No comments:
Post a Comment