Jan 18, 2011

Rantaikanlah Diri Ini..

Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Ada 2 titisan yang ALLAH cintai iaitu titisan darah para syuhada dan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."


Sebagai seorang hamba yang sering alpa dan leka, sungguh sukar untuk menggapai titisan tersebut. Kadang kala terasa kuat iman memuncak namun seringkali bila badai melanda kembali menipis iman bagaikan kulit bawang.

Pelbagai persoalan sering berada dibenakku, benarkah daku dapat menjadi hambaMu yang diredhai?Untuk mendapat keredhaan dariMu Illahi pastinya bermula dari niat yang tertanam dari hati. Ingin ku sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur dengan nikmat kurniaanMu. Tika daku dihanyut dengan dosa, Kau kembali menarikku memberi sinar baru.Bersyukur daku dengan limpahan rahmatMu.Daku ingin terus berada di dalam safMu bersama para syuhada namun adakah langkah kaki ini akan sentiasa gagah?Kerna daku dapat rasai makin lemah jalan menuju Mu.

Rantaikanlah diri ini dari dosa dan noda.Peliharalah hati ini dari tipu duniawi yang penuh pancaroba.Daku ingin menikmati kemanisan iman, keharuman syurga walaupun daku tahu tidak layak untuk ku memilih syurga namun tidak sanggupku ke api nerakaMu..

Ya Allah...telah banyak pengajaran dan pelajaran Engkau berikan kepada hambaMu ini, daku mohon Kau pimpinlah dan bimbinglah daku agar daku bisa berdiri kembali,berjalan menuju jalanMu.Hanya jalan itu yang daku inginkan. Tiada jalan kedua, antara syurga dan neraka hanya satu pintu untuk kita. Kita tidak bisa memilih berada di titian siratal mustaqim. Rantaikanlah daku dari goda duniawi yang tiada bertepi..ampunkan hambaMu kerana sering kali lemah dan terlerai ikatan hati ini.Ya Allah pautkanlah daku pada jalanMu..amin

Rasulullah S.A.W. juga bersabda :

“Ada tiga manusia yang di dalam dirinya terdapat manisnya iman, iaitu : hendaknya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selain keduanya, hendaknya mencintai seseorang hanya semata-mata kerana Allah, dan hendaknya membenci kekufuran sesudah Allah menyelamatkannya daripada kekufuran itu, sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam api neraka.”

No comments: