Jan 5, 2011

Perjalanan Semester Baru

Nampaknya semester baru ini dimulakan dengan semangat yang baru, buku-buku lama ditutup dan terus dibiarkan lembaran baru dalam hidup terus tercatit. Alhamdulillah, semester baru ini dimulakan dengan keputusan peperiksaan yang baik, alhamdulillah bersyukur walaupun tidak bersedia sepenuhnya semasa exam tapi alhamdulillah keputusan tetap menenangkan hati. Terima kasih Ya Allah, para lecture yang menanda kertas, sahabat-sahabat yang memberi input, tak lupa juga pada ibu bapa yang selalu mendoakan anaknya di sini dan semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung termasuklah aunty kedai photostad. ;)

Bermula semester baru, dapat jadual baru, kelas baru, lecture baru, aktiviti baru yang makin padat dan juga subjek baru yang lebih mencabar.Harap dapat tempuhi semester baru ini dengan baik.

Bermula semester baru banyak betul kisah baru tidak kira dari sahabat sendiri mahupun dari diri sendiri. Biasalah lumrah alam ada yang gembira, ada yang berduka. Tapi semuanya diharap dapat diambil sebagai pengajaran dalam hidup. Bermula semester baru, mengharapkan hubungan bersama keluarga dan juga sahabat-sahabat dapat lebih diakrabkan. Bak lirik lagu P.Ramlee "Buang yang keruh ambil yang jernih". Begitu juga dengan gerak kerja agar lebih baik,jangan malas-malas, banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Semoga semester baru ini, diberi banyak kesempatan, kelapangan dan kemudahan untuk melaksanakan tugasan.

Bermula semester baru, mulalah untuk lebih mengenali diri sendiri. Memuhasabah diri akan kelemahan dan kesilapan masa-masa lalu. Dengan harapan dapat membaiki diri dan dapat berkhidmat sebagai sayap-sayap di Saf Allah.Mengharapkan mendapat kesempatan untuk menabur bakti berdiri dalam SafNya selagi masih bernafas di atas bumi Mu..

~AMIN~

No comments: