- Ibnu Qayim meletakkan tiga motif yang membawa kepada cinta manusia yang dipanggil "simpulan cinta":
- Simpulan pertama ialah sifat orang yang dicintai dan ciri-ciri fizikalnya.
- Simpulan kedua ialah perasaan orang yang mencintai kepada orang yang dicintai.
- Simpulan ketiga ialah keserasian yang wujud antara pasangan.
Bertambah atau berkurangnya rasa cinta dalam hati, bergantung pada erat ataupun longgarnya ketiga-tiga simpulan ini. Setiap simpulan tidak boleh kehilangan satu daripada faktor itu.
Dalam ketiga-tiga faktor ini Izz Zayani ingin menyentuh simpulan cinta yang ketiga iaitu keserasian yang wujud antara pasangan. Keserasian yang bermula daripada penampilan fizikal tidak dapat dielak.
Nabi Muhammad s.a.w menyatakan, harus untuk lelaki melihat wajah pasangan yang mahu dijadikan teman hidupnya, supaya lebih kukuh rasa hati dengan cinta dan kebersamaan kepada gadis yang mahu dikahwini.
Keserasian roh menjamin timbulnya cinta antara pasangan. Berkongsi matlamat hidup yang sama secara langsung mewujudkan keserasian dalam jiwa. Keserasian secara semulajadi mendorong cinta, adalah secocok dari sudut akhlak,persamaan jiwa, dan kerinduan kepada jiwa yang serasi dengannya. Persamaan mewujudkan daya tarikan antara satu sama lain.
Kata pujangga menyebut, cinta tidak timbul kerana alasan keindahan dan keelokan yang tampak di mata, dengan anggapan tanpa kedua-duanya tiada cinta. Tetapi cinta adalah keserasian jiwa dan tabiat yang secocok.
Sekiranya cinta diibaratkan seperti manusia yang berhadapan dengan cermin, kita akan melihat cinta memantulkan kembali setiap gerakan yang dilakukan. Keserasian antara manusia dan imej, seumpama cinta dalam diri yang menjadi cermin, memantul kembali imej diri. Setiap satunya sama, serasi bergerak searah.Keserasian selalu menggerakkan jiwa pasangan bagi bertindak dalam gerak langkah yang sama. Adakalanya, apa yang menimpa kepada pasangannya akan turut menimpanya jua.
Bagi pembaca yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi bolehlah mendapatkan Buku Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa yang ditulis oleh Zamri Mohamad.Buku yang diolah secara santai dan mudah difahami. ^_^ Bercintalah untuk menuju ke alam pernikahan andai bukan pernikahan matlamatnya tangguhkan dahulu. (muhasabah diri)
p/s: (sekadar perkongsian bersama dan renungan untuk diri sendiri jua..semoga mencapai matlamatnya..amin)
No comments:
Post a Comment