Mar 15, 2011

Sanggupkah Berlari Lagi?

Sambil menyiapkan tugasan seperti biasa, tanganku akan sibuk men ‘klik’ blog2 sahabat-sahabat dan artikel-artikel serta informasi yang berada di dunia cyber ini. Tersentuhku tatkala membaca blog yang selalu daku kunjungi..tersentap hati ini buat seketika dan kembali memuhasabahkan diri akan keldinya jiwa ini.

Daku sangat takut untuk berdiri di permulaan kerana bila berada dipermulaan perlu terus berlari. Cuma larian itu, akan menuju penamat atau tetap terkandas di tengah larian? Kerana itu, daku takut ingin mulakan dirian di permulaan itu..takut “pisang berbuah dua kali”..takut rebah dan tidak bias bangun lagi..dulu daku rebah namun daku bangun kembali kerana insan-insan tersayang sekelilingku yang sudi memimpinku bawa daku kembali meneruskan larian. Larian baru yang mengajarku berlari menujuMu Ya Rabb dengan menyingkirkan segalaNya melalui itu hati kembali tenang.

Namun kini…pintu hati ini..bagaikan ada sesuatu yang sedang mengetuk pintu hati ini.Sesuatu yang sukar digambarkan,datangnya secara tiba-tiba tanpa disedari.Sukar ditafsir kerana ianya sukar diucap tidak terucap dengan kata-kata mahupun perbuatan.Tidak terjangkau oleh atma namun ada bisikan di hati. Bagaikan bunga kembali kembang di taman yang dulunya tiada serinya.

Ya Allah,andai ini adalah dugaan Mu buat hambaMu ini pimpinlah daku menuju redha Mu..Usah Kau lalaikan hati ini dengan sesuatu yang bukan diredhai olehMu.Andai ini yang terbaik buatku,tunjukkanlah daku jalan yang terbaik menuju redha Mu..Menangis hati ini mengenangkan rapuhnya hati.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:  Ketika Tuhan memberitahu: Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Ku tambah nikmat yang ada padamu. tetapi, jika kamu kufur, sesungguhnya seksaanKu amat keras”. ( Surah Ibrahim: 7 )







No comments: