Feb 18, 2011

Seni Khat

Terpanggil ana untuk menulis mengenai seni kaligrafi yang merupakan seni penulisan tamadun Islam setelah menatap sehelai tulisan khat yang indah terukir.

Seni kaligrafi Islam merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam yang kini lebih sinonim dengan 'seni khat'. Perkembangan Islam yang tersebar ke seantero benua, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. 


Seni khat terus berkembang dalam bentuk jemputan perkahwinan dan majlis, reka bentuk fon/tipografi, reka bentuk tulisan tangan asal , seni keagamaan, pengumuman/reka bentuk grafik/khat ditempah, ukiran tulisan batu dan dokumen peringatan. Ia juga digunakan sebagai prop dan iemj bergerak bagi filem dan televisyen, persaksian, sijil kelahiran dan kematian/peta, dan hasil kerja lain yang membabitkan penulisan.
 
Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12. 

Pada kurun ke 10,seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa.

Nama-nama besar di alam Melayu dalam bidang seni khat seperti Profesor Mohd Bukhari Lubis dan Imad, sudah cukup membuktikan kesenian unggul Islam ini berkesinambungan selamanya. Usaha Pak Matlob yang giat meneruskan kesinambungan sistem tulisan jawi (asas dalam seni khat) sesuatu yang amat membanggakan. Seni khat tidak akan berkubur ditelan arus zaman dengan adanya insan-insan yang mewarisi bakat mempertahankan kesenian unggul Islam seperti mereka. Sesungguhnya seni kaligrafi Islam adalah lambang kesenian unggul tamadun Islam yang tiada tandingannya. 

Namun seni khat kini dilihat semakin pudar dan semakin dilupakan terutamanya oleh golongan perintis iaitu golongan muda-mudi. Seni khat kurang diketengahkan pada masa kini, mungkinkah kerana arus perdana yang melanda?Tetapi masih terdapat golongan yang prihatin yang masih memperjuangkan seni tamadun Islam ini.

Seni yang menjadi warisan dari zaman berzaman kepada yang mempunyai seni dalam penulisan khat ini teruskanlah mengembangkan bakat anda agar kesenian ini terus terbela dan menyinar.

*syukran diucapkan kepada individu yang menghadiahkan ana ukiran khat yang cantik.Semoga Allah membalas kebaikannya..amin.





 

No comments: