Jul 25, 2011

Ya Allah..

Kilang air mata bagaikan tidak mahu berhenti.aktif sungguh bekerja..satu persatu ayat yang tertulis ku baca penuh penghayatan cuba memahami dan mengerti setiap ayat yang tertacap.Sungguh ditulis dengan jiwa, maka ku baca juga dengan jiwa.

Ya Allah berikan daku ruang untuk berada di sisinya tika gembira dan tika duka..Izinkan daku menjadi sahabat baiknya dan sahabat permainannya tika suka mahu pun duka..

Ya Allah Kau kuatkanlah hatinya..tiupkanlah semangat dalam dirinya dan keluarganya..sesungguhnya balasanMu pada mereka yang redha dengan qada' dan qadar Mu sangatlah besar.

Ya Allah izinkan daku menjadi penemannya..penenang jiwanya dan tempat dia mencurah kasih dan memberi kasih..Walaupun tidak bisa ku lafaskan semua ini..daku tahu kau bisa mengerti..

Tidak ku mahu melihat air mata mu gugur..namun andai itu terapi buatmu..menangislah...biar hilang duka walau sesaat...

Jul 22, 2011

Hikmah..

"Bukan ALLAH itu bakhil..Bukan ALLAH itu kedekut...namun ALLAH menahan sesuatu kepada kamu merupakan satu pemberian sekiranya ALLAH memberi sesuatu kepada kamu mungkin sesuatu hadiah atau larangan kepada kamu"

Allah mengatur sesuatu itu cukup cantik,cukup indah...walaupun kita sebagai seorang manusia kadang-kadang merasai kesukaran namun yakinlah dengan hikmah yang diaturkan oleh Allah..Dia yang Maha Menciptakan kita, maka pastinya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Bersyukurlah dengan nikmat iman dan islam sesungguhnya banyak hikmah dan nikmat-nikmat yang ALLAH berikan dan akan berikan..bersyukurlah dengan apa yang telah kita perolehi.

Ingat, tidak selalunya bumi ini terus dibasahi hujan namun akan tiba mentari muncul berseri bersama pelangi.Syukur dengan nikmatMu dan pemberianMu semoga pemberian dan pinjamanMu ini bukanlah sesuatu larangan untuk kecapi kebahagiaan..Menitis air mata kesyukuran setiap kali memikirkan..Ya ALLAH jangan Kau palingkan hati kami daripadaMu.

Nikmat pemberian dan pinjamanMu ini tak terkata dan tak terlafas oleh ku..Cukup sayang dan banyak nikmat yang Kau berikan..Kesedihan dan mendung yang pernah berarak kini makin hilang, bukan daku tiak redha dengan qada' dan qadar Mu, namun tidak ku sangka pemberian Mu kini lebih berharga..

Terima kasih Ya ALLAH...moga pemberianMu menambahkan kesyukuran ku padaMu dan mendekatkan diriku denganMu kasih utama yang memberi nikmat ini..


syukur padaMu

Jul 11, 2011

Menjenguk Kembali...Sesedap Rasa.. ;)

Hari ini cuti...maka tidak ke sekolah..masih berada di kampung halaman menghabiskan masa-masa menenangkan fikiran yang tidaklah kusut mana pun..^^ Alhamdulillah seminggu sudah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh dan mula menyesuaikan diri dengan keadaan.Mula-mula agak tertekan dengan gerak kerja dan layanan semua pihak namun sekarang sudah faham yang penting ikhlaskan niat.Wahai anak muridku,cikgu masih mencuba untuk memahami anda.Harap bagi kerjasamanya?Semoga pengalaman praktikum kali ini membawa kenangan terindah seperti sebelumnya. ^_^

Sebenarnya nak berkongsi kaedah campak-mencampak bahan dalam bekas or kuali dan jadilah juadah.Ingat nak mencampak pun kenalah ada cara..jangan main campak je..hihi Moh kita belajar cara membuat kek pisang.Senang je. ^_^

Kek Pisang

Bahan-bahan:
(A)
3 biji telur ayam
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak

(B)
1 cawan pisang dilecek
1 sudu teh soda bicabonat
1 sudu teh garam halus

Cara-cara penyediaan:
Gaulkan bahan A dan B sehingga sebati dan naik bau wangi.
Masukkan acuan ke dalam bekas pembakar.
Bakar pada suhu 160 selama 30-40minit
Selamat mencuba. (cara untuk pastikan kek masak atau tidak ialah cucuk bahagian kek dengan lidi bersih hingga ke dasar dan tarik semula lidi,andai tiada bahan yang tertinggal maka kek masak dengan baik jika ada bahan yang melekat maka kek masih belum masak dengan baik) ^_^

Pasta Goreng

Bahan-bahannya:
1 paket pasta 'macaroni'
1/2 kotak susu segar
mentega
1 labu bawang besar
4 sudu tepung gandum
garam secukup rasa
lada hitam
daging cincang
cendawan butang
brokoli
lobak merah

Cara penyediaan:
1. Rebus makaroni dan toskan
2.Panaskan mentega di dalam periuk
3.Gorengkan bawang merah+daging cincang+lobak+cendawan sehingga layu dan berubah warna
4.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat bagi mengelakkan berketul
5Masukkan susu,biarkan sehingga kuah pekat
6Masukkan garam dan lada hitam
7Masukkan makaroni yang telah direbus dan gaul sebati
8Bolehlah dihidangkan..Selamat mencuba...^_^

Jul 4, 2011

Selamat kembali Ke Sekolah

Praktikum fasa kedua kini sudah menjelang...hati,perasaan bercampur baur..tapi rasanya tiupan semangat tidaklah sesemangat praktikum fasa pertama mungkin kerana takut atau tidak tahu bagaimana situasi di sekolah baru ini iaitu Sekolah Pengakalan Pegoh.Macam-macam perkara bermain difikiran tambahan pula bakal mengajar mata pelajaran minor iaitu Pendidikan Jasmani yang bukanlah merupakan bidang kegemaranku maka daku berserah padaNya dan hanya mampu mencuba yang terbaik.InsyaAllah, redha andai apa jua yang berlaku tanamkan niat dalam hati untuk belajar menimba ilmu dan pengalaman menjadi guru.Moga anak murid kali ini dapatku didik sebaik-baiknya.Mulai hari ini,daku perlu buang sejauh-jauhnya pujian dan keadaan di sekolah lama agar daku tidak membanding-bandingkan sekolah lama dengan sekolah baru kini.Tinggal beberapa jam sahaja lagi daku bakal mendaftar di sekolah baru.InsyaAllah datang dengan hati yang terbuka,ingin bertemu anak-anak murid comel yang bakal mencairkan jiwa ini.(Segala yang terbaik cikgu akan cuba tanamkan dalam hati)

Walaupun banyak perkara yang perlu disiapkan dalam praktikum kedua ini seperti penilaian untuk memperoleh manikayu untuk pengakap dan beberapa aktiviti di IPG namun akan cuba kuatkan semangat jua.Ibu bapa dan keluarga serta sahabat-sahabat sering memberi sokongan dan dorongan.Begitu juga insan istimewa yang cukup baik dan memahami..InsyaAllah akan cuba menimba ilmu sebaik-baik dan sebanyak-banyaknya untuk masa depan bersama. Bergiat aktif dalam unit beruniform pengakap bukanlah sesuatu yang diimpikan tetapi setelah sampai ke peringkat ini mula merasakan minta itu mula bercambah.Cukup mengerti bahawa diri ini masih belum layak untuk menjadi pemimpin pengakap kerana banyak lagi perkara yang belum diketahui namun akan cuba menambahkan ilmu dari semasa ke semasa.Mendapat semangat baru setelah tamatnya Kursusu Kepemimpinan Manikayu 3A dan B.Selepas ini beberapa penilaian perlu ditempoh sebelum segala hasrat dan cita-cita tercapai.

(Sudah mengantuk..jom tidur) :)

Jul 1, 2011

Semoga Kau Aturkan Yang Terbaik

Alhamdulillah....mendapat panggilan telefon daripada pengerusi Masjid Al-Furqan berkenaan sewaan rumah wakaf masjid tersebut untuk didiami selama dua bulan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pengakalan Pegoh..hanya beberapa minit sahaja daripada Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh..Ya Allah,permudahkanlah segala urusan kami.Semoga praktikum kedua ini dapat daku tempuhi dengan baik dan daku akan menjadi seorang yang rajin.Amin....(hati sebenarnya sangat-sangat berdebar kerana bakal mengajar subjek Pendidikan Jasmani yang bukan merupakan kegemaranku namun akan ku cuba juga mengerah fikiran ini demi anak murid tercinta)

Hari ini pelbagai perkara gembira yang diperoleh..Bermula pada sebelah pagi melaksanakan BIG ke cameron angat menyeronokkan.Masing-masing sangat teruja melihat keindahan SK Convent Tanah Rata cukup cantik dan tersergam indah di atas bukit.Malar hijau pemandangan di sana cukup mendamaikan.terasa ingin posting di sini tetapi perlu batalkan niat agaknya kerana insan istimewa...^_^ Sabar duhai hati,setahun sahaja lagi.

Pengalaman paling berharga apabila dapat bersama dalam slot bersama guru cemerlang SK Convent ini iaitu Puan Rosnani binti Ghazali yang cukup memukau dan memang layak mendapat anugerah tersebut.Anda memang sangat hebat dan bersemangat serta kreatif.Semoga semangatnya turut dapat ditiupkan ke dalam diri ini untuk menjadi seorang warga pendidik yang berguna.Amin

Seterusnya,sebelah petang pula pertandingan futsal peringkat akhir.Walaupun agak terkilan kerana hanya dapat beraksi selama 3minit namun cukuplah sekadar memperoleh tempat kedua.Sebenarnya tujuan atau objektif utama mengambil bahagian dalam futsal ini ialah bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli JPP dan sekadar suka-suka ingin beriadah tetapi alhamdulillah rezeki menyebelahi kami hingga dapat layak ke pusingan akhir namun tewas 2-0 kepada pasukan lawan.

Minggu ini pelbagai aktiviti bakal berlangsung,semoga tabah dan kuat untuk daku tempuhi.Kepada semua sahabat yang bakal ke praktikum semoga berjaya.InsyaAllah..