Dec 26, 2011

Ku Capai Awan!!

Assalamualaikum..lama sudah tidak tercoret apa-apa di laman ini kan?Rindu membuak-buak ingin menulis pelbagai pengalaman menarik sepanjang cuti ini.

Pengalaman mendaki Puncak Tertinggi Di Asia Tenggara iaitu Puncak Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut. Memang sesungguhnya tidak pernah terlintas dek fikiran untuk menjadi salah seorang pendaki gunung. Walaupun memang meminati aktiviti lasak, namun tidaklah pernah mengidamkan sesuatu yang diluar jangkaan, terima kasih Ya Allah memilih hambaMu yang kerdil ini untuk sama-sama melihat keindahan ciptaanMu. Apabila berada di atas puncak menjadikan daku semakin kerdil.Luas terbentang kuasa Mu mencipta bumi ini penuh dengan keindahan. Benarlah, mengembaralah kalian untuk mencari keagunganNya untuk mendekatkan diri kepadaNya. 

Dalam banyak-banyak pengalaman, teringat semasa menunaikan solat subuh berjemaah semasa menuju ke puncak. Jam menunjukkan pukul 5.20 pagi.Waktu subuh telah pun masuk beberapa minit yang lepas. Perjalanan yang agak penat kerana berlawan dengan kesejukan angin gunung cukup menguji ketabahan dan kekuatan mental serta fizikal. Kadang kala, kaki ibarat membeku berhenti berjalan.Aduhai,berikanlah kekuatan.Hanya zikir-zikir untuk menguatkan rohani. Semasa rakaat pertama, ku sujud menyembahMu terasa amat sayu sekali,tidak pernah terlintas akan dapat sujud di batu sejuk ini di atas Gunung Kinabalu ini. Daku solat duduk berimamkan Ustaz Zakaria, air mata jernih jatuh satu persatu.Cukup sayu,dengan angin bertiup sejuk sekali nyaman terasa.Ku pohon keampunan padaMu dan memohon agar diberi kekuatan untuk terus bertahan agar dapat meneruskan langkah-langkah terakhir sebelum sampai ke puncak yang tidaklah beberapa jauh lagi. 

Alhamdulillah,sujud syukur di atas puncak Gunung Kinabalu.Itulah satu memori yang sukar digambarkan dan sukar untuk diluahkan.Hanya diri sendiri yang dapat menterjemahkannya. Semuanya dengan diri masing-masing apabila sampai ke puncak, hilang terus penat dan lelah mendaki. Selepas mendaki kami menyelam pula ke dasar laut.Subhanallah sungguh cantik di Pulau Mamutik. Dahulunya, Izz Zayani pernah menyelam di Pulau Manukan tapi Pulau Mamutik lebih indah dan cukup memberi kepuasan kepada pencinta kehidupan dasar laut. Terumbu karang yang cantik dan pelbagai spesies ikan yang jinak. 

Ingin juga dikongsi pengalaman menaiki "Paragliding boat' belon yang ditarik oleh bot di atas laut dan di udara. Memang satu percutian yang menarik. Alhamdulillah..syukur kerana menjadi tetamu di Sabah. :) Andai ada peluang, mahu lagi ke sana dengan insan-insan tersayang pula..amin..


Inilah contoh Paragliding best tau! :)

Dec 17, 2011

Menghitung Hari

Tinggal beberapa jam sahaja lagi akan bertolak menuju ke bumi di bawah bayu.Persediaan fizikal mahu pun mental nampaknya kurang sekali.Aduhai,tidak praktis langsung cuma tawakal sahaja kepadaNya.Boleh pula tawakal tanpa usaha aduhai redha sahajalah. Sahabat-sahabat dan pembaca diharap dapat mendoakan Izz Zayani agar sepanjang pendakian ke Gunung Kinabalu semuanya berjalan lancar dan selamat serta yang paling penting dapat menjejak ke puncak Gunung Kinabalu..Tidak sabar rasanya mahu melihat keindahan ciptaan Allah lagi.Pasti terdapat kelainan kali ini.Moga pendakian ini dapat mendekatkan hambaMu ini kepadaMu.Amin....


Seminggu ini terasa hati melayang-layang bagai mahu terbang ke awan..(aduhai ayat sabar jela) alhamdulillah sedang merancang sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup.Moga dipermudahkan jua hendaknya.Penat juga mencari barang-barang terima kasih tidak terhingga kepada Mama dan Abah  ,begitu juga kepada "Mak dan Abah". Kepada insan istimewa terima kasih dan sangat terharu.InsyaAllah


Tahun depan bukanya semester baru pengajian di IPG Kampus Ipoh..Banyak juga perancangan tahun depan.Satu per satu perlu disusun dengan baik, tapi semestinya akan merindui kesibukan dalam berorganisasi namun bersyukur kerana amanah tidak perlu digalas lagi.Terasa sangat banyk dosa kerana tidak dapat melunaskan tanggungjawab dengan baik.. :'( Banyak lagi kelemahan diri yang perlu diperbaiki untuk menjadi seorang guru yang dapat mendidik anak bangsa dengan baik. Alhamdulillah, peperiksaan tidak mendukacitakan..Terima kasih Ya Allah memberi rezeki ini kepadaku,terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang banyak membantu.Terima kasih buat mama abah yang mendoakan anakmu ini. P/s:Kalau macam ini bolehlah kahwin awal!!hehe (yelah tu..ish3) ;)

Dec 5, 2011

Kek Pic ^_^

Khas untuk Shamimi...nie resepinya..Kek Pic..senang je nak buat..semoga rawatan mimie berjalan dengan baik dan diberi kekuatan serta lesihatan yang baik.Nanti boleh kita tukar-tukar resepi lagi..Sayang mimie... ^_^


Bahan-bahan:

300g mentega
250g gula kastor
4 biji telur
250g tepung naik sendiri
100g buah pic (kisar tanpa air)
Cara buat:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu kemudian kacau sebati
3. Masuk tepung dan buah pic yang dikisar kemudian kacau sebati
4. Tuang dalam acuan dan 
bakar pada suhu 170 darjah celcius sampai masak (40-50 minit)

p/s:kek boleh dihias mengikut kreativiti..



Selamat mencuba :)

Dec 2, 2011

Semanis Kurma

Sebelum bertolak ke kampung petang ni,nak mencoret menconteng-conteng sedikit. Tengok-tengok apa yang patut. Hari ini nak cerita tentang "mama dan abah" insan yang amat daku cintai. Pagi-pagi lagi mereka sudah sibuk memotong daging dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak daging masak hitam. Masakan ini merupakan masakan orang Perak. Bagi memastikan masakan ini sedap dan terasa aromanya pemilihan rempah masak hitam yang berkualiti perlulah dilakukan.Kena pastikan cap orang kampung maknanya yang dibuat oleh orang-orang yang telah mahir.

Bukan nak bercerita tentang masak hitam tetapi tentang mama dengan abah.Mereka saling bantu-membantu di dapur. Abah sangat ringan tulang membantu mama di dapur maklumlah sama-sama bekerja maka penatnya turut sama merasa.Anak-anak pun ramai dahla semuanya kuat-kuat makan, masakan mama dan abah lah yang terbaik, restoren mana-mana pun tidak dapat tanding.

Kalau tidak percaya datanglah rumah rasa masakan mama dan abah.(ewah lebih-lebih pula) Mungkin inilah salah satu resepi untuk kekal harmoni dalam rumah tangga. Tipulah kalau tidak pernah bergaduh tapi biasalah gaduh-gaduh sayang.Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri?(bak kata P.Ramlee) ^_^

Macam mana agaknya penerimaan orang lelaki sekarang untuk membantu isteri di dapur?Bolehkah?Dahulunya, suami bekerja tetapi si isteri menjadi suri rumah sepanjang masa. Kini rata-rata pasangan bekerja dan tanggungjawab di rumah masih terletak pada bahu seorang isteri. Mana nak menjaga anak,memasak,basuh baju,basuh pinggan, kemas rumah itulah kehebatan seorang perempuan tetapi untuk memastikan sebuah rumah tangga yang harmoni suami isteri perlulah saling bantu membantu. Ringankan mana yang berat kalau berat sama-sama merasa.Fikir-fikrikanlah wahai kaum Adam. Kalaulah si Adam yang menjadi jantung hati si Hawa seorang yang ringan tulang pasti mendapat markah bonus dan akan disayangi oleh si Hawa. ^^,

Macam mama dan abah, abah tidak segan silu membantu mama di dapur, membansuh pinggan, menyidai kain.haaa...kan manis tu? "Semanis Kurma" Semoga rumah tangga yang mereka layari diberkati hingga ke syurga..amin "sayang mama abah"

Dec 1, 2011

Sedapnya...

Cuma nak ucapkan terima kasih kepada Adik Shamimi kerana bagi resepi puding telur yang sedap..Mudah je cara membuatnya dan rasanya alhamdulillah suka..Memang suka pun puding dan kek.Terima kasih nanti ada resepi upload lagi boleh belajar buat. ^_^

Lembutkan Hatimu

Ku biar kalam berbicara 

Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 

Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku 

C/O : 
Oh Tuhan 
Tunjukkan ku jalan 
Untuk menempuhi dugaan ini 
Teman, maafkan jika ku melukaimu 
Moga ikatan ukhwah yang dibina 
Ke akhirnya 

Aku tidak kan berdaya 
Menahan hibanya rasa 
Kau pergi meninggalkan diriku 
Redhalah apa terjadi 
Usahlah kau kesali 
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi




Bisakah berulang semua ini...huhu